Thursday, April 1, 2010

Kenderaan: Edisi Petisuara

Beruang emas (Kancil 850) aku dulu memang diguna pakai secara menyeluruh oleh aku dan petisuara. Segala ceruk hutan kami terjah. Menyelam saja aku belum berani try. Bila Petisuara dah ada nafsu nak rembat kenderaan sendiri, aku jadi serba salah. Aku rasa ada kemungkinan aku memandu sekali dua kereta nanti. Membela binatang-binatang tu satu hal. Aku senyum saja bila Petisuara dah mula sibuk-sibuk bertanya jenis-jenis kenderaan apa yang best. Dalam hati harap-harap dapat Toyota Caldina. Boleh tumpang bangga. Encik Khairuddin menyarankan bahawa Viva 1.0 menjadi taruhan. Petisuara akur..

Bukan main lebar senyuman Petisuara pabila membeli-belah Viva bersama bonda beliau

Gembira habis Petisuara dapat memiliki Perodua Viva bercat silver. Gaya pemanduan beliau pun dah lain macam dengan Viva. Masa dengan beruang aku dulu dia was-was nak memandu laju. Tapi dengan meggunakan Viva, bebas sungguh beliau memecut laju. Dengan memegang stereng sebelah tangan, kaki ditongkat ala-ala main judi, mulut bersiul kencang...memang bersahaja. Mentang-mentang automatis. Penjagaan Viva memang menyeluruh. Kalau boleh dimandikan Viva 2 kali sehari. Pantang ada habuk secubut, habis amuk sekereta.

Angan-angan untuk mengubah-suai sudah ditanam dalam hati. Paling busuk pun nak tambah stiker-stiker corak bagi nampak jahat sikit. Aku turut setuju. Bukan duit aku pun. Lagi-lagi Cik Kikin memiliki Viva bercat hitam dengan corak-corak emas. Terbakar juga Petisuara tengok.


Lebih kurang macam ni la idaman Petisuara

Penggunaan Viva aku tengok boleh tahan lasak. Memang tak sia-sia Viva tu dibeli. Bukan macam sesetengah individu. Beli kereta tapi sayang nak guna. Pakai pun ala kadar. Plastik sarung kerusi pun manja-manja nak tanggalkan. Mengada sungguh. Petisuara lain. Dia memang jujur dengan kereta beliau. habis serata JB dah dijajah. Dari JB ke KL, dari KL ke Perak. Memang ganas. Aku pun turut setuju dengan prinsip Petisuara iaitu kereta adalah anugerah yang bertujuan untuk digunakan sehabis lalu.

Tapi aku tengok sistem jalan raya dalam UTM ni agak Haram J. Bonggol dia kalau pemandu pacuan 4 roda pun boleh putus asa. Asal ada simpang nak diletakkan bonggol, asal ada kemalangan mesti tumbuh bonggol baru. Macam cendawan. Kadar petak letak kereta juga boleh membuahkan caci nista. Sikit punya kedekut. Kalau boleh aku lipat2 kereta tu dah lama aku tak bising. Kereta bukan macam basikal boleh disorok celah2 tangga. Begitu juga dengan Petisuara. Habis siksa dia nak parking. Lagipun Petisuara memang suka benda mencabar. Kalau sempit mana pun parking tu selamba dia sumbat Viva...tidak melepaskan peluang. setahun menggunakan Viva dalam UTM aku dah nampak hasil dia. Petisuara dah tak payah risau pasal stiker corak-corak untuk badan kereta. Dia dah boleh wujud secara semulajadi.


Satu: Belakang Viva

Dua: pintu pemandu

Tiga: belakang lagi

Empat: kesalahan aku..maaf

Lima: Yang ini memang kesalahan petisuara. Mungkin dia memang suka tengok jentolak. Habis semua dia mahu sodok.


Kenderaan baru yang lain ambil masa 2 tahun nak tukar tayar dan bateri, tapi cukup bagus Viva petisuara ni baru setahun dah kena tukar semua bagai. Terguris hati Petisuara. Pengeluaran duit juga memainkan peranan mengguris hati dia. Wajah beliau juga dah tak macam waktu dia ber'shopping' Viva bersama bonda nya.


Cukup kelat.....

Tapi aku dah mula 'survey' bengkel-begkel, kedai ketuk kereta dekat area sini. Aku nak ubah suai sikit Viva. Lepas ni dah tak payah takut dah pasal parking sempit-sempit. Aku rasa lalu atas bonggol pun selamba aku tak tekan 'break'. Lagi bagus aku sodok bonggol tu terus. Tinggal jenis tayar saja aku belum sempat pikir nak pakai apa.....











14 comments:

FyZa said...

wah1 bwk keta ke apa nie? huhu..x pa la...nex time cnfrm x wat dah..btul x? ^^,

NichKhun said...

hehehe alah bisa tegal biasa kan.. hahaha act saya konpius ney.. peti suara ke hentak belipat? waaaa

hentakbelipat said...

yang post ni adalah hentakbelipat...blog ni kepunyaan hentakbelipat dan petisuara...dua-dua pun menyumbang kan entry di blog ni..cube refer dkt bawah..post by sape...kat situ dah tau sape yang tulis

diLL said...

haahahah~ kelakar btol.. oh2. ada kemungkinan x kereta dlm last picca 2 akn muncul kat parking kolej perdana nih..?? ihiks~

urm.. adatla kan.. biasala utm nih.. m'jahanamkn kereta org jek~ sengal

cikkiah said...

eh,sape yg student utm nih??
konpius2..huhu...

hentakbelipat said...

hentakbelipat dan petisuara dah genap 4 tahun dekat UTM nih...

TiTin said...

just wondering laa...ape hbgn hentak berlipat ngan petisuara ek...tp, korang dua mmg comel n sweet... :)

sugar2 kapas strawberry said...

agak ganas gak la..huhu

ajie panggilanku said...

gila ganas pakai kereta...hehe..
UTM skudai ker korunk nie..

cikgadis said...

ok...kereta hitam bunga2 tu sangat wow!!

sweet.ants said...

oh hai, sy pon pakai viva aka myboo
hehee..sy mmg pantang tgk viva sy calar sikitttt pon..mesti kuar duit gak nk repair. setakat ni dah dekat 500 jgk repair kecacatan viva tu ats kesalahan sndri..klu x repair mmg x leh tdo..serius

.::WaNiE::. said...

ramai new reader eh? sbg pengunjung tetap dh dpt differentiate dh mana entry hb ngn ps. haha

ganas !!

Enchaoz said...

ganas gile! hehe

ishiko said...

hahaha.. lamenye ta singgah sini..