Thursday, April 21, 2011

Kalau tanya saya....saya nak hidup aman aje...Plis!!

KITA
hidup dalam bumi yang boooolat


dan KITA
hidup pulak dalam negara Malaysia yang kecik aje..ok lupa nak lukis gambar jalur gemilang kat atas bangunan tu


PEREMPUAN
ada yang suka pakai shawl...belit kepala selagi boleh belit, selagi ada kain tudung, selagi itulah pusing sana sini. Ada juga yang suka tudung bawal, tudung kembong, tudung buntal dan ada juga yang suka shawl penuh gaya masakini dengan macam-macam aksesori letak atas kepala. Ada yang free hair, rambut panjang iklan sunsilk lah kerinting sana sini lah, pendek ala-ala wyona rider dan jenis yang suka kaler rambut dengan riang.


LELAKI
ada yang suka rambut ala-ala konon hippies, ada geng surau, ada jugak geng jambu-jambu korea, banyak lagi kalau nak senarai pasal lelaki, tapi maleh lah nak lukis banyak sangat



SELERA
makan pun lain-lain juga. Ada yang suka makan kedai mahal-mahal, tak kisah berapa pun harga makanan tu, asalkan makanan tu sedap dan best! ada juga yang lebih suka lepak mamak aje, walaupun banyak kes mamak kotor rendam spender dalam kari lah, potong kuku dalam kuah dal lah dan macam-macam lagi, tapi mamak tetap juga di hati..lepas tu yang suka makan tempat mahal pulak, walaupun dengar macam-macam cerita pasal chef suka rasa makanan dengan jari sendiri lah, dekat dapur diorang lagi teruk dari kedai mamaklah, tapi diorang still jugak nak makan di kedai-kedai yang mahal..sebab? sebab selera masing-masing kan?


GAYA
ada yang suka pakai belek-belek beri, ada suka pakai norkiah yang cokia, ada juga yang suka pakai henpon cap buah epal kena gigit..ada yang jenis kalau dah beli belek-beek beri, kalau boleh satu kampung nak heboh, ada pulak kalau dah beli henpon buah epal kena gigit, tak heran pun, macam beli henpon norkiah yang cokia aje


ZAMAN
makin canggih, kalau boleh tiap orang mesti nak ada blog. Blog pun ada banyak kategori jugak. ada blog iklan, asyik-asyik nak kejar traffic, lepas tu asyik nak duit aje, ada blog personal, kalau boleh semualah dia nak bagitahu kat orang, apa dia makan, apa dia beli, ada blog pulak jenis blog emo yang 'deep' tu, kadang-kadang bila baca rasa macam depress sekali dengan tuan punya blog, dan ada juga blog fesyen, kalau boleh satu hari semua baju mesti kena tangkap gambar, habis penuh blog dengan gambar sendiri.


KITA, KITA dan tetap KITA
bila pikir-pikir balik, bumi kita kan bulat. Harini hari aku, esok lusa hari kau pula, dan lagi best kalau hari ini atau besok adalah hari KITA. Hari ini kutuk orang, esok lusa kena kutuk pula...tak kemana langsung...KITA asyek kompelin sana dan kompelin sini tapi langsung tak mahu bagi cadangan, bagi pandangan untuk perubahan....sampai bila pun macam itu juga....Oleh itu..KITA patut cuba lebih menerima dari menolak kan...barulah hidup ini meriah. Sebab bumi KITA kan booolat!


-sekian-

pahal tah tiba-tiba nak serius, berjangkit hentakbelipat kot.

Monday, April 18, 2011

Tak payah la nak lucah saaaangaaatttt

Kau tahu, aku kalau bab-bab social network ni cukup batal. Entah, rasa diri ni hulu betul.

Friendster...aku hanya daftar masa tengah semester tahun satu dekat UTM.
Facebook...nak hujung-hujung tahun 2 dekat UTM
Twitter....baru lagi
Oh...Myspace....haram aku tak pernah tahu benda tu.

Berapa umur kau ni!!...baru masuk 24 tahun. Perangai dah macam 42. Aku memang liat sikit bila benda-benda baru ni. Malas nak masuk campur sangat. Yang betulnya aku memang tak berapa selesa dengan perubahan. Lebih suka pada yang lama.

Macam MIRC dulu, aku champion beb...tapi nama aku dulu memang bangang habis. Ada orang nak letak nama Millennium-boyz lagi ke sekarang? Siap berbalas surat juga lah dengan budak entah hapa nama dia.

Bila entah aku tak ingat, ada satu budak entah datang dari mana add aku dekat YM satu hari. Aku macam biasa yakin terus tekan yes. Sebab aku ingat budak-budak sekolah lama. Mana lah tau jenis budak suka pakai nama pelik-pelik.

Tapi kesudahnya lain jadi dia. Cukup aku tak paham perangai apa ni. Brader Telordibasuh kompem suka benda-benda macam ini haha...ok aku gurau, kau jangan nak mengada-ngada ambil serius.










Setan betul. Benda-benda macam ni jangan dibuat main-main. Perasaan remaja macam aku jangan lah ambil mudah. Marah betul.

Segala semua nak Spam sekarang ni. Dekat Fb lagi pelbagai. Video-video pun nak Spam. Cukup tak paham.