Monday, May 17, 2010

Malaria


Hari minggu sudah aku balik Seremban jumpa Bonda dan King. Geng Al aku nampak makin pandai dalam seni mempertahankan diri. Kalau dulu aku siku pinggang diorang dah lemas sesak nafas..kali ni dia sempat balas balik 2-3 lutut baru diorang rebah senak. Bonda dan King nampak sihat. Itu sudah bagus.. Aku dah buat cadangan dari 2 minggu lepas yakni ingin mengadakan sesi memanggang ayam sempena hari bonda lagaknya. Aku buat 'invitation' pada ahli ahli 'barbarian tanah' yang lain. Cuma sorang menyahut..Darby selaku perosak akhlak budak bawah umur.

Darby dengan aku kamcing habis dari sekolah menengah lagi. Kalau dia lari kelas, aku lari kelas. Kalau dia pecah masuk dewan, aku tolong angkat tembikai. Kalau dia makan meggi aku tolong perabih. Kamcing aku dengan dia membawa sampai ke rumah aku. Asal ada lapang rumah aku memang 'port' manusia ni bertandang. Kira kalau dia kena halau dengan mak dia tak perlu risau lah..Bonda dan King pun dah anggap dia macam anak sendiri. Kemana saja keluarga aku pergi ada saja Darby. Raya ada Darby, bukan raya pun ada Darby, pergi kenduri ada Darby, pergi mandi laut pun ada Darby. Lagi satu sebab dia suka datang umah aku kerana King memang suka jamu dia dengan jamuan jamuan dari kayangan. Lagi lagi kari. Itu wajib menu King. Memang tegak ke langit.

Hujung tahun lepas Darby buat satu kenyataan mengejut. Dia kata dia nak pencen dari menjadi 'Barbarian'. Dia nak kearah jantan indie possing ala2 Diva. Aku iyakan saja. Ahli-ahli barbarian yang lain mencemuh kejam dengan kenyataan dia. Dia kata demi wawasan dia...aku senyum saja. Tapi bila sejak 2-3 bulan aku lepak dengan dia aku dah mula takut dengan wawasan dia. Nampak memang kasar cara dia nak lari dari image barbarian. Punca mungkin sebab lagi senang dia nak cari mangsa., Kira pelaburan jangka masa panjang..



Sewaktu ketika dulu masa zaman barbarian masih segar. Waktu ini kalau kau suruh darby sergah kanak kanak bawah 12 tahun ada yang kencing malam selama 2 minggu. Ibarat kalau aku dan dia jalan beriringan dekat kompleks berkuak orang ketepi..punya aura bunuh yang kuat.


Hasil dia lepas 2-3 bulan

Aku cuba tanya dia mana tau dia kena malaria atau demam jenis merbahaya sampai begini sekali sedih perut dia hilang..dia jawab "aku mengamalkan sistem pemakanan yang cilake..secara purata aku memakan hanya paku pakis, kulit-kulit pokok dan kadang kadang penambah perisa aku buah jus buah berangan"....Gila Ba. Tak silap aku juga dia memang mengamalkan aktiviti sukan yang berpeluh. Contoh berlari keliling padang sampai sakit urat dahi dan futsal. Dia punya larian kalau orang tengok macam boleh buat kelayakan peringkat daerah. Hari hari paling busuk 8-10 pusingan.. Kalau dia rasa belum cukup peluh dia lebih gemar dirinya dikejar anjing gila sebarang 3-4 ekor. Tak silap aku lah..dia pun ada mengamalkan senaman ringan macam angkat baldi dalam bilik air, tekan tubi bertubi tubi dan membiarkan rakan rakan kuliah memijak perut dia bergilir gilir..Kesan nya..Nah!!memang memukau. Ramai berkata dia pakai gam uhu atau ganja class A. Tapi itu semua kata kata berbau hasad. Semangat dia yang berapi pun dah cukup boleh buat dia berpeluh, belum lagi perlaksanaan. Kagum sambil mulut terbuka.

Lagipun dia kata letih badan hebat macam dulu. Nak cari baju bukan main leceh. Aku memang paham perasaan dia ni. Dulu pun aku mengalami sindrom yang sama. Waktu itu kalau susah sangat nak cari baju aku langsung tak pakai baju. Biar berbirat belakang aku pun aku tak kesah. Geram punya pasal. Mana tidak..kedai baju yang 'cool' semua jual baju jenis badan orang afrika. Tak tahu kah yang penduduk malaysia mempunyai nafsu serakah makan yang merbahaya. Malaysia juga mempunyai pelbagai dan berbilang jenis makanan lazat mazat. Tak belajar tinggi betul tokey tokey ni. Bukan susah pun nak mencongak..kalau kau jual baju baju bersaiz badan malaria, mana nak ada orang beli sebab sudah tentu orang berbadan malaria nak beli makanan pun terkedu. Kalau kau jual baju bersaiz hebat macam aku dan darby dahulu..mesti punya ramai pembeli. Kalau burger McD pun boleh beli 2-3 set sorang ini kan pula baju yang 'cool'. Baru macam artist.



Aku dengar lepas ini dia kata nak 'up' sikit lagi. Dia kalau boleh sampai dia muat pakai baju bersaiz S atau baby T..lantak kau lah.Janji nanti kau dah jadi ala ala arti jangan lupa aku pula. Urat urat kau dah lama aku tak tinju laju laju. Bagi kau mengeliat pelik.








14 comments:

Ida Sazarina said...

wah kurus da dia...hehehe...org sban ye?? meh2...nana senawang!! :P

NICK IRFAN said...

kurus giler korg!! wah! bru nmpk smart bro! hahaha eh! dulu smart jgk? diet berkesan btol! hahha eh! bro hentak belipat! aku confius jgk blog ni owner sapa? ko pnye ke? peti suara? sbb dlm blog cte ko pun ade cte peti suara pun ade? korg kongsi ker?? hehe

Nand Nasyari said...

wah.... suh dye buat buku....nand org 1st beli!!!!..kagum..nk nom fon bole..? wakakakaa

*erk no fon darby ye..bkn hentak...kang xpasal2 nand kene hentak ngn petisuara..wakakaka ;D

Unknown said...

perghhhhhhh....*dgn mulut t'nganga*
mntap dowh...laen giler kot~
best ah jd lelaki ni, senang je nak kurus,..abg aku dulu lagi gemokkkkk gilaaa cam aizat AF dolu2 tu..masuk U je dah slimmmm kering..jeles2

Hellioz said...

nycey~
best tol kalo ary2 bole goreng ayat2 jadik camtuh...

Miss Devilicious said...

wan da kurus! :D

hentakbelipat said...

Nana! wahh..jom lepak AnW..hahaha
nick! kami kongsi blog ni..hehehe.kadang2 petisuara yang tulis kadang2 aku..

nand!hahaha ad jugak kembang darby tu karang

hellioz! hari2 goreng mmg kolestrol

Devil! yeeee

Afyrd™ best said...

waa kurus2 ..:)

Syue said...

pukul berapa tu? kereta tkde langsung. hehhe.

eh, takde la gemuk kan? =) nnt boleh kurus mcm aizat,dafi.hehee

zai said...

wauuuu memang mantop diet dgn schedule exercise dia

habis lemak2 dia bakar kaw kaw daripada bentuk donut terus jadi kuih keria.

tricksrex said...

mcm tu dah ok nape nk size baby tee plak da darby tuh?

hentakbelipat said...

trick: sebab die nak gedik

kata kila said...

waaah kurus sudahh O_____O

zamankacak said...

hahhaaa...lu mmg terbaek ahh bro....gua suda kembang nehhhhh...hahahaaa...terima kaseh semua yg membaca artikel ini....ikhlas dari darby:-)