Showing posts with label perangai pelik. Show all posts
Showing posts with label perangai pelik. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

Perangai Pelik 49: Cahaya


Masa awal awal idea aku nak berkahwin, ramai bagitau dekat aku, “nanti kau dah kahwin, kau sendiri akan tau lagi 99% perangai bini kau. Sekarang ni kau baru tau 1% je bai”

Setelah aku kahwin, aku tunggu tunggu jugak mana 99% yang akan aku dapat tau di kemudian hari. Manalah tau kot kot isteri aku sebenarnya pemakan darah ke, alien ke, boleh terbang ke. Manalah tau kot kot.


HB: apasal gelap sangat rumah ni b, apasal tak bukak lampu?
PS: kenape nak bukak lampu?
HB: sebab gelap le
PS: kenape nak terang?
HB: hmmm susah nak jawab tu


HB: B! u dekat mana?
PS: mandi  oi
HB: mandi? Apasal tak pasang lampu?
PS: kenape nak pasang lampu?
HB: sebab u mandi  pukul 9 malam, dan 9 malam tak ada cahaya matahari? I bukak ea lampu
PS: tak naaaak! Jangan la bukak lampu! Tak suke !
HB: hmm macam mana u nak tau mana satu sabun mana satu ubat gigi?


PS: b, bangun…subuh!
HB: mane suis lampu…
PS: nak buat ape! Tak payah la pasang lampu! Ambik jela air semayang…tak payah bukak lampu!
HB: abih kalau dah tak bukak lampu, celah mane nak nampak jalan ke tandas? Macam mana nak nampak pili air dan macam mana nak nampak sejadah pun?
PS: ala..nanti bila lama sikit, anak mata kita akan mengembang dan anak mata akan cuba menyerap cahaya yang masih ada di sekitar, oleh itu kita akan dapat melihat jugak walaupun gelap.
HB: huyo


Aku doa doa Petisuara bukanlah orang kelawar. Oh…Petisuara sekarang dah cergas balik. Perut pun dah maju kedepan.

Psss: Aku ingat aku nak buat lagi cerita karut marut macam dulu…tengoklah kalau rajin. Mengantuk betul sekarang ni




Friday, March 8, 2013

Perangai Pelik 49: TLC

Banyak perkataan perkataan baru aku belajar semasa Petisuara sedang mengandung. Entah...dia kata memang biasa orang pakai ayat ayat. Manalah aku tau sebab aku bukan selalu duduk dengan orang yang mengandung pun. Ini pertama kali. Oh..Petisuara sekarang dah nak masuk bulan ke 3-4 kalau tak salah kira. Sindrom 'trimester' pertama dah banyak kurang. Wek wek tetap ada tapi berkadar. Dah boleh keluar sekali sekala dari 'sarang' dia.

TLC,

TLC sering digunapakai oleh Petisuara baru baru ini. Mana dia belajar entah. Masa mula mula dia sebut TLC, aku pandang lama dekat muka dia. Apa benda TLC ni? TLC yang aku tau satu saja. Table, Ladders and Chairs...TLC Match. Ini kalau TLC match ada main dalam gusti WWE memang power. Paling power TLC match adalah pada tahun 2000. Tak kan Petisuara ajak main TLC. Syok jugak sekali sekala tapi bahaya. Ada yang patah tengkok karang.

"TLC tu Tender, Love and Care laaah!"

Wooooh. Mana lah aku tau. TLC tu boleh jadi macam macam. 'Tepi Lah Cikit' ke 'Tolong Lap Cermin' ke Tipah yamaha LC' ke 'Tampar, Lempang Cium' ke sebagai contoh. Sebagai lelaki yang rokers, kena cakap terus terus baru faham saksama.

PS: B....
HB: ape?
PS: charge kan hp I....
HB: sebelah u tu je plug dan juga charger...tinggal nak cucuk je dekat hp tu
PS: emph!
HB: laa bukan jauh pun, sebelah tu je
PS: tapi i pregnant...i kene TLC..i kene TLC
HB: peh

PS: B...
HB: yes?
PS: nak air kosong....
HB: kan ada sebelah tu
PS: alaa yang tu air dia tak sedap dah. Rasa dia pelik
HB: air kosong rasa ada satu je kot...rasa kosong
PS: alaaa nak air baru
HB: tapi kalau nak ambik yang baru, i kena turung tangga pada pukul 12 tengah malam ni
PS: tapi....i rasa mual mual....i kena TLC
HB: peh

HB: B..
PS: ye?
HB: tolong lipat selimut
PS: emm emm emm
HB: kenape?
PS: i kene TLC...pagi pagi kenelah TLC
HB: ape kene mengene TLC dengan lipat selimut?
PS: lipatkanlah
HB: peh





Thursday, January 3, 2013

Perangai Pelik 48: Beauty

Masuk hari ini dah lebih sebulan aku menjawat jawatan suami dan kini aku lebih steady. Aku dah steady suruh Petisuara buat kopi pagi dan goreng tempe untuk vitamin aku.

Tapi, sejak baru baru ini, aku tak berapa nak steady. Perangai Petisuara buat aku goyah dan juga terumbang ambing. Bila aku tanya tanya orang, diorang cakap ini lah dinamakan BEAUTY OF PREGNANCY.

(situasi satu)
PS : Alaaa mane kad atam i...dah hilang!
HB: U bia betul?
PS: Hilaaang! macam mana nak beli stok ni alaaaa
HB: U bia betul??
PS: Ape yang betul nye u ni! dah hilang mane la i tau betul ke tak!
HB: U bia betul???
PS: U nak kene ke ape!
HB: Uish, baru 5 minit tadi u bagi dekat i kad atam u kot...ape bende yang hilang nye?
PS: alaaa ish! itu dinamakan PREGNANCY BRAIN!!
HB: huyoo

(situasi dua)
PS: b... i lapa gile ni
HB: pergh...bukan baru tadi kite baru makan nasi ayam penyet ke?
PS: tapi i lapa gileee
HB: ok nak makan ape?
PS: tak tau.....tapi lapa gile
HB: subway ok?
PS: yeay...lapa....

(10 minit kemudian)

PS: b... i lapa gile ni
HB: pergh...bukan baru tadi u baru makan nasi ayam penyet dan subway ke?
PS: tapi i lapa gileee
HB: ok nak makan ape?
PS: tak tau.....tapi lapa gile
HB: roti telor ok?
PS: yeay...lapa....

(10 minit kemudian)
PS: b... i lapa gile ni
HB: woi!! ini apasal ni? apasal ini? bukan baru tadi u baru makan nasi ayam penyet, subway dan roti telor ke?
PS: u nih!! ini dinamakan PREGNANCY STOMACH!!
HB: perghhhh
PS: lagipun dalam perut ni HB junior...memang la macam raksasa nafsu makan i
HB: perghhhh

(situasi tiga)
PS: b...jom tengok dvd 'aku terima nikahnya'
HB: perghhhhh cerite mende tu?
PS: alaaa
HB: okey okey....
PS: b......
HB: ye....uish! u ni kenape dah banjir nih? scene ni bukan sedih pun. Mamat tu kene langgar kan, bukan sedih tapi thrill.
PS: tak boleh tahan air mate......
HB: saba saba..nah tisu
PS: waaaaaaaa! u cakap macam tu lagi sedih...nangis lagi!
HB: jangan la nangis sangat..nanti pening
PS: emmmm u cakap macam tu lagi nak nangiss......
HB: ok..ok tak cakap dah
PS: tapi tengok muke u pun dah nak nangis lagi!!! waaaa!!!
HB: Hoi!! ape bende ni? apasal dengan muke i? kacak sangat ke sampai terharu?
PS: u nih!! ini dinamakan PREGNANCY SADNESS!!
HB: perghhhh


ini adalah seberapa sebab peranan aku sebagai suami agah goyah. Dashat dashat.

Pssst: dalam cerita 'aku terima nikahnya'...ada scene yang hero cakap 'kalau kita betul dapat rasakan apa yang kita rasa...kita pasti akan dapat rasakan apa yang kita rasa' pada heroin.
Ape kebende entah yang hero ni nak sampaikan? Kalau aku jadi heroin masa, nescaya aku bagi backhand terus.....cakap berbelit macam ular.

Tuesday, October 16, 2012

Perangai Pelik 47: Arah


Aku ada kawan yang bila ada waktu dia akan keliru mana satu kanan dan mana satu kiri. Penyakit ini diberi nama Bengapleftrightphobia. OK cuba satu hari nanti, kalau kau jumpa Petisuara...cuba kau tanya arah sesuatu tempat ke arah jalan kea tau arah kiblat. Dengar dan fahami jawapan dia. Lepas itu kita sama sama fikirkan penyakit apa yang merasuk Petisuara

PS: Wan u kena tolong i poskan barang customer besok tau..i tak sempat nak pergi sebab i kena attend persatuan pertudung hip....please wan pleaseeee !!
HB: Okay
PS: Yeay..nanti petang i bagi siap-siap semua yang nak kena pos ok?
HB: Okay....tapi i mana tau jalan nak pi sana
PS: u niih...kan selalu u pergi
HB: Baru 2 kali..
PS: U niih..
HB: Bagi jelah direction i carik sendiri
PS: U niih...dari rumah i ni...u terussss lepas tu u belok sana...lepas tu u ke sana ha! sampai punye.
HB: Hoh?

PS: Alaaaa battery hp dah habis!!
HB: Pegi la charge..
PS: Em...Waaan, tolong ambik kan charger....please wan pleaseeee!!
HB: Pegi la ambik sendiri!
PS: Em... tapi i pening kepala
HB: Dan dan terus pening....mana u letak charger?
PS: Ala...dekat tepi situ
HB: Tepi situ tu belah mana??
PS: Dekat situ jelah!! Tepi dinding situ!!
HB: Pehh

HB: Yana!! Mana u save boring convo tu? I nak print nih
PS: Ade la dalam laptop i!!
HB: Memang la dalam laptop tapi dekat mana?? Dekat file mana u buboh oi?
PS: Alaaa ade la dekat situ!! Ishh u nihhh!!
HB: Situ tu mana?? Berejam dah mencari ni
PS: Ade dekat situ punyee dekat situ jelah i letak
HB: Ok macam ni...u save dekat desktop ke dekat dalam drive D?
PS: alaaaa xtau lah Wan!! Dekat situ jelah i save kan poon
HB: Setan!!!



Thursday, September 27, 2012

Perangai Pelik 46 : Makan


Sepanjang aku hidup, jarang aku jumpa awek yang makan macam beruang. Makan beriya iya. Yang kalau makan nasi, mesti ada ayam goreng, daging masak kicap, sayur kobis, labu masak lemak, kentang lenyek dan ikan siakap tiga rasa dalam satu pinggan. Jarang benar. Benar benar jarang. Mungkin ada tapi jarang aku jumpa.


Yang selalu aku jumpa, bila makan nasi, dekat pinggan dia ada 15 biji nasi, tiga ketul togey dan daging ayam 3 bijik yang dipotong dadu. Kucing aku lagi makan banyak aku rasa. Kadang kadang langsung tak nak makan pun. Sindrom nak kurus. Selalu nak kurus. Kalau boleh nak kurus sampai bila bila.


Macam Petisuara, dia lain sikit. Lain banyak aku rasa. Bila tengah lepak dekat gerai makan, jarang dia pesan makanan. Dia hanya pesan air. “sekarang ni nafsu makan i dah tak ada laaaa”, “i dah tak boleh nak makan banyak la sekarang, tak ada selera!” atau “i tak ada rasa nak makan lagi!!” adalah beberapa alasan bila Petisuara kena tanya.

Selain alasan - alasan yang diberikan, Petisuara juga mengamalkan sikap sikap sebegini


Miss: Kenapa u tak nak pesan makanan? Meehon ni sedap kot
PS: Emm tak tau la nak makan apa..stress....tak nak lah
Miss: Habis tak kesah i makan sorang?
PS: tak kesah pun
Miss: Okey, Emm....tapi kenapa u dah standby tadah tangan baca doa makan ni?
PS: Kalau i order mesti tak sedap, kalau u yang order mesti sedap...i makan u punye je lah!
Miss: Hoh?

Miss: Kenapa u macam tak nak makan? Mee TomYam dia kan sedap tu
PS: Tak ada rasa lah nak makan la pulak
Miss: Pulak...habis pergi order sapa suruh!
PS: U punya nasi goreng tu macam sedaaaap je
Miss: Nak rasa?
PS: Nak!
Miss: Tapi kenapa cara u rasa macam u nak makan semua ni
PS: Kalau i order mesti tak sedap, kalau u yang order mesti sedap...i makan u punye je lah!
Miss: Mother F!! (kata miss di dalam hati)

*Miss adalah adik kepada Petisuara
**Mother F adalah singkatan kepada Mother Father. Adik tidak akan mencarut pada kakak kerana adik sayang akan kakak

Monday, June 25, 2012

Perangai Pelik 45: L.E.M.B.U.T

Satu benda aku perasan dengan perempuan adalah, bila kita sedang bercakap dengan dia, kita haruslah mempunyai intonasi atau pun getaran suara yang maha rendah. Dalam bahasa lain adalah bercakap dengan lembut. Lembut...but...but..but. Lembut selembut sutera, lembut selembut lembu dan lembut selembut lembut. Mesti kena lembut punya. Tak boleh lebih kurang sikit....Lembut. Kena lembut...........L.E.M.B.U.T. 

Padahal bila diorang cakap pun bukan lembuuuuut mana pun. 


PS: Wan, u ada nampak tak pendrive putih I? hilang la dalam tu ada thesis nak kena email dekat opis...
HB: Mane lah I nampak, bukan itu hari ada dalam kereta ke?
PS: Alaaaaa tak de pun
HB: Letak merate sape suruh, bende penting simpan la dalam laptop. Pendrive hilang pun tak kesah mana.
PS: Alah, mara pulak
HB: Eh tak mara, I bagitau je ni.
PS: Maraaaa.
HB: Tidaaaaak
PS: Bye.

HB: Dekat mana sebenarnya rumah kenduri ni, I kalau jalan KL memang meraba raba. Pakai lah GPS kan mudah.
PS: Mane I reti nak guna, tak suke guna GPS bodo.
HB: GPS pun tak reti guna...apebende, hp dah canggih dah.
PS: Tak payah la mara....
HB: Eh tak mara, I bagitau je ni.
PS: Maraaaa.
HB: Tidaaaaak
PS: Bye.

HB: I panas hati betul lah dengan Kamarul Jusoh tu, cakap bukan main sedap mulot.
PS: Die memang macam tu kot perangai
HB: Perangai pebende macam tu, ishhh sikit lagi dah nak kene patah leher Kamarul Jusoh tu!! Wargh!
PS: Tak payah la marah I
HB: Huh? I memang la tengah marah, tapi marah I pada Kamarul Jusoh...bukan marah dekat U
PS: Maraaaa.
HB: Tidaaaaak
PS: Bye.

PS: Wan, I terlupe la nak beli popia goreng pak ya tadi. I ralit sangat tengok running man sampai malas dan terus lupa pasal popia pak ya tu, sedangkan apelah sangat kalau I berjalan depan rumah je punkan....disebabkan I malas tapi macam terlupa sebab tengok runnig man, jadi i tak beli. 
HB: Huh? Ini memang marah!! MARAH!!! marah marah marah marah!!
PS: Tak payah la mara...
HB: Memang la kena marah kalau situasi yang macam ini!!
PS: Maraaaa.
HB: Memang mara!!!
PS: Bye.
HB: Warghhhhhhh!!!!!


Amacam? 

Thursday, May 10, 2012

Perangai Pelik 44: Kecelaruan

Assalamualaikum dan selamat bergembira.

Aku sekarang ni dah kena fikir macam macam. Bukan setakat mengurus Cala Man sahaja, malah macam macam perihal dunia. Oleh itu, aku banyak mengatur strategi untuk menghadapi hari-hari esok. Aku pun dah dapat kerja dekat Shah Alam, syukur dan berterima kasih kepada tuhan.

Begitu juga halnya dengan Petisuara. Dia lagi laaaah. Bagai bagai sangat dia kena fikir. Kadang kadang benda yang tak payah fikir pun nak fikir sebagai contoh, kenapa kereta ada empat tayar dan kenapa pula beruang suka makan betik. Jika perkara-perkara ini terjadi, aku sering menasihati dia supaya banyak bersabar dan sembahyang sunat taubat.

Ada suatu perkara yang masih Petisuara tidak dapat selesaikan walaupun dah lama dia handle benda ni. Seperti yang kita tahu, Petisuara adalah bos Cala Qisya, maka di dalam beg tangan dia akan sentiasa tersedia duit dari hasil penjualan Cala Qisya atau kita panggil duit Company.

Ok mari kita singkap balik kejadian ini yang boleh dikatakan aneh atau ajaib.

HB: Tadi masa bayar tol, i pinjam duit u tau..i pinjam seringgit...nah ambik i bayar balik.
PS: Eh, tadi tu i terbagi duit Cala Qisya lah, seringgit tadi tu duit Cala Qisya lah
HB: Hoh? yelah i bagi jelah seringgit ni kat u
PS: Eh jangan, tu kena bayar dekat Cala Qisya bukan bayar dekat i
HB: Hoh? Yelah..i bayar dekat u jelah.
PS: Itu duit Cala Qisya lah, nanti susah nanti, jangan bayar dekat i
HB: Hoh? habis i nak bayar dekat siapa? kalau i bayar dekat u apa beza i bayar dekat Cala Qisya?
PS: Kejap...kita tukar. U bagi seringgit tu dekat i, i bagi seringgit yang i punya dekat u. Jadi sekarang u sedang pinjam duit i dan bukan duit Cala Qisya tau. Haaa
HB: Hoh??

PS: Ok sekarang bayar lah balik duit seringgit i.....

HB: Setan betul kejadian hari ini


Jadi ya rakan rakan, apa akan terjadi jika saya membayar sahaja duit yang dikatakan duit Cala qisya itu kepada petisuara? adakah petisuara akan disabitkan kesalahan songlap duit company sendiri? adakah petisuara akan dipanah petir? Bukan kah lebih senang petisuara ambil sahaja duit tersebut dan menjadikan ia sebagai duit company tanpa perlu bertukar tukar bagai...hmmm? Aneh bukan? Oleh itu eloklah kita banyakkan berdoa agar kehidupan kita lebih sejahtera


Psst: siapa ada tengok aku  dalam safiyya tempoh hari? siapa tak tengok tak anak kawan

Monday, March 26, 2012

Perangai Pelik 43 : Tabiat

Alam sekitar banyak mempengaruhi kehidupan kita. Sebagai contoh, kalau tinggal di kawasan yang menghijau, kita akan menjadi penghijau yakni suka akan tumbuh tumbuhan. Jika kita selalu lepak di kawasan makanan, kita akan jadi diabetes dan yang terakhir jika kita selalu naik kereta di kawasan yang sesak, kita banyak dosa sebab kuat mencarut.

Di sini, kita dapat sedikit sebanyak belajar cara kehidupan. Cara kehidupan manusia yang semakin menjadi orang gua...orang pakai baju singlet sebelah tapi labuh sampai ke lutut dan bercorak binatang.

Macam aku, aku banyak juga menyerap cara kehidupan di jalan raya KL. Rahsia? kalau nak berselisih dengan lori atau bas, pastikan dalam kereta ada tin minuman, kalau anda dihimpit dengan kasar..gunakan tin tersebut untuk baling ke lori atau bas. Satu lagi, kalau nak memotong tapi motor semua sup! sup! laju di bahagian kanan langsung tak bagi peluang. Masuk secara mengejut dan jika motor berlaga, teruskan perjalanan sambil pasang lagu kuat kuat.

Macam Petisuara, dia ada rahsia yang paling power.

Kalau dia bawa kereta dan orang lain semua sibuk sing-a-long lagu..eh bukan lagu, cuma korus..eh bukan korus..cuma yang part hujuuuung sekali, yang bunyi kosong...kooosong...koooooosooooooong dari Najwa Latip, Petisuara akan senyap dan garis garis kasar di dahi akan timbul dengan banyak. Ini menunjukkan dia begitu fokus dan In To dalam memandu.

kita dapati rahsia petisuara untuk absorb kehidupan jalan raya di KL adalah dengan cara fokus dan berkedut dahi.



Hakikatnya, ini bukanlah rahsia Petisuara. Ini adalah skill dimana akan membawa bencana kepada orang lain.


Petisuara: I pening!!!
Mis: Apasal? apasal?
Petisuara: I tak boleh nak drive dah!!!
Mis: Apasal? apasal?
Petisuara: I pening!!
Mis: Tau la pening, tapi apasal tiba-tiba?
Petisuara: I tak boleh la drive, I asyik nak baca semua no. plat kereta!! ha tu WWF 3346..ha di sana ada PUK 123 dan di situ ada ABG 1145. Bukan sekadar itu, semua pelekat dekat kereta pun i nak baca!! Ha di sana ada pelekat 'Jangan langgar, kalau langgar kau siap!' dekat sana pula ada pelekat 'L' dan hujung sana ada pelekat 'saya bersekolah di sekolah, tak kan di kedai potostate'
Mis: Abis sini macam mana..macam mana nak buat U tak baca segala gala nya?
Petisuara: bawak kan kereta pliss! bawakan pliss! bawakan plis!!



" Mother F" kata Mis di dalam hati



Psst: Mother F tu kata panjang dia adalah Mother Fun!

Thursday, March 1, 2012

Perangai Pelik 42: Goreng

Assalamualaikum dan salam bulan Mac. Bulan mac adalah bulan yang paling powerful sekali. Kena ingat 

Kali ini saya menggunakan pendekatan saya...'SAYA'. Kemudian nanti saya akan terangkan. Sepanjang saya berada di Kuala Lumpur, saya telah menjumpai satu perkara paling menggerunkan, paling mengujakan dan paling brutal. Perkara tersebut adalah Popia Goreng Pak Ya. Popia Goreng Pak Ya hanya dapat dijumpai di pasar malam Sentul setiap hari jumaat waktu petang. Ke'pegi'an Popia Goreng Pak Ya hanya tuhan sahaja yang tahu, Cukuplah sekadar saya mengatakan yang semasa saya mula menggigit popia tersebut, tanpa saya sedari, sekurang-kurangnya 15 batang tiang letrik telah saya sepak patah tiga. Pegi tak pegi Popia Goreng Pak Ya ini tuan tuan.

Dijadikan cerita, di suatu Jumaat yang mendung, saya merasakan tidak sempat untuk pergi ke pasar malam sentul dan membeli Popia Goreng Pak Ya. Oleh itu, saya mengirim sahaja kepada Petisuara dan seperti biasa, Petisuara akan mengirim pula kepada adik beliau yakni Farah Mislina.

Yana: Wan..u nak popia goreng ke popia basah?
Saya: Goreng oi goreng..
Yana: I suruh Mis belikan. Nanti kitorang hanta 
Saya: Cun!

Sebaik sahaja bungkusan itu saya terima, amatlah saya terkejut dan berdukacita.

"padiaa ni? mana popia goreng? i order popia goreng lah" saya cuba memberontak. 
"hah? popia lah tu!" jawan Farah Mislina iaitu adik Petisuara
"Ini popia basah...i nak popia goreng" kata saya nada merajuk
"Manelah I tau popia goreng macam mana!! Pakcik tu pun cakap I tak paham!!" jawab farah Mislina tegas

Sebaik saya dengar jawapan Farah Mislina, saya terdiam dan bertafakur. Ini kerana jarang-jaranag saya berhadapan dengan situasi macam gini.



Baiklah tuan-tuan...mari kita ungkap balik apa dia POPIA GORENG dan apa dia POPIA BASAH



Ini Popia yang Digoreng. Cuba kita lihat tuan-tuan, kulit popia ini nampak keras dan lebih berminyak. Ini kerana popia ini telah dihumban ke dalam minyak dan di'GORENG'. Menjadi lumrah sesuatu yang digoreng akan bertukar kaler seperti cokelat keemasan. Lainlah tuan tuan menggoreng sellipar. Itu mungkin lain hasilnya.



 Ini pula adalah popia yang tidak digoreng tetapi hanya dibiarkan 'BASAH'. Sifat popia ini lebih lembut, manja dan juga basah. Ia juga tidak mendatangkan bunyi 'KRUUPP' jika digigit kerana sifatnya yang mudah lentur dan lembik. 


Oleh itu amat terkejutlah saya bila mendengarkan yang Farah Mislina tidak dapat membezakan yang mana GORENG dan yang mana BASAH. Dimanakah silapnya ini tuan tuan? Sistem kenaikan bahan mentah kah? pengurusan pengangkutan awam kah atau penglibatan politik dalam hal ini yang menyebabkan Farah Mislina tidak kenal popia goreng dan popia basah?



 Lain lah jika saya memesan sebegini, "Mis..tolong belikan I beruang jantan goreng satu" Ini kerana agak susah juga nak bezakan yang mana jantan dan yang mana betina.




Mungkin jika popia itu sendiri memiliki jantina, saya akan faham kenapa Farah Mislina tidak kenal yang mana satu Popia Goreng dan Popia Basah.


Seperti yang cakap tadi, saya kena sedikit sopan kali ini memandang kan Farah Mislina bakal menjadi adik ipar saya. Jadi skill ambil hati perlu ada.


Semoga adik Farah Mislina berjaya dimasa hadapan....sekian

Wednesday, February 22, 2012

Perangai Pelik 41: Malik

Sroot Sroot Sroot... Zaman sedup air nescafe O ais yang strong. Itu yang dia pesan pada brader mamak tadi. Strong itu mungkin maksudnya lebih sikit serbuk nescafenya? 

Wan..aku nak cakap kau satu perkara, tapi kau jangan cerita dekat orang lain tau. Zaman memulakan bicara. Apa benda? kau ngorat nenek orang ke? Aku meneka. Zaman dah mula bakar sebatang rokok. Ini tandanya bakal ada satu luahan perasaan. 

Bukan la setan, aku bukan nak jadi batu api ke apa, cuma aku macam kecik hati lah, Aku....ishhh, aku tersinggung lah.. tersinggung!! luah Zaman bersungguh. Bergenang air mata sedikit. Walaupun nampak sedih tapi ada sedikit rasa geli geleman. Aku sigung juga Zaman ni karang.

Apa bendanya? cuba cerita terus-terus. Aku mula hilang sabar. Marah juga ada orang buat kawan aku tersinggung.

Aku bengang dengan Malik la siapa lagi, berlagak gila nak mati. Aku punyalah nak mesra mesra, dia boleh buat tahi dengan aku. Puas kot aku panggil-panggil nama dia.. Malik....Malik...tapi satu haram pun dia tak menyahut. Sudah la tak menyahut, pandang muka aku pun tak hingin. Apa aneh sangat ke muka aku ha? Luah Zaman sungguh.

Malik mana ni? budak mana? duduk mana? berani betul dia nih? kau nampak kerusi plastik ni...kalau tak hinggap ke dahi dia memang saja laa kan! Aku menambah perisa. Biasalah bagi hangat sikit suasana.

Alah, Malik lah siapa lagi, mana ada Malik lain lagi. Aku bukan nak laga-laga kan kau orang, tapi aku sedih la diperlakukan macam ini.

Malik mana satu ni? Aku dah hilang sabar ni. Kalau betul aku kenal malam ini juga kita settlekan!

Ini yang aku takut cerita dekat kau ni, baran cepat sangat...Alah Malik lah! Kau kenal satu je kot nama Malik dalam dunia ni aku rasa.

Malik mana satu!!

Malik budak rumah kau lah!! dari petang tadi aku tegur dia seperti, "Malik..kau dah makan?" atau "Malik..kau tengok bola tak hari ini?" tapi langsung dia tak layan aku. 

Sahabat, sahabat...manusia itu dilahirkan dengan nama Majid. Kalau kau panggil dia dengan Malik, lagi 3 kali raya puasa pun belum tentu dia akan menyahut. 

Sejurus itu juga Zaman terbaring mengerang kesakitan. Patah dua juga kerusi plastik tu aku libas.




Tuesday, February 14, 2012

Perangai Pelik 40: Jalan

Jika Hentakbelipat mengambil kuasa sebagai pemandu, nescaya penumpang haruslah sentiasa berwaspada, mengantuk ya amat sekalipun, mata haruslah ditongkat dengan batang mancis, ini adalah kerana HB adalah satu mahkluk yang paling istimewa...

Dia tak pernah ingat jalan walaupun tiap hari ikut jalan yang sama


Syiro: Wan, bukan kau kata nak pergi Stellar ke tadi?
HB: yelah, abis tu nak ke mana lagi pulak?
Syiro: Tapi, kenapa kita ni macam nak pergi sg besi je nampak gayanya, ini bukan Subang!!!
HB:takpe, nanti kita buat u turn dekat tol tu
Syiro:...............



HB: harini aku drive lah, kesian pulak kau baru balik kerja, aku rasa nak makan dekat rasta, jom
Syiro: Ok, aku pun macam penat ni, aku tidur kejap, nanti sampai kau kejut
.................................................................................................................

Syiro: Kau ni dah kenapa???ni kita kat mana pulak ni?
HB:aku jalan straight je tapi tak sampai-sampai pulak
Syiso: Apahal kau nak straight je?kau ingat jalan highway ke?
HB: mana aku tau, kau tak suruh aku belok ke apa pun!!!!
Syiro:.........................


Pagi tadi, HB pergi interview dekat Mantin: Appointment pukul 9 AM


8.10 AM

PS: Wan, u dah ready ke? kat mana dah tu?
HB:I dah sampai ni, I duduk station minyak
PS:gila semangat! breakfast ke apa tu?
HB: I tengah nak ingat jalan ni, esok2 senang dah
PS:T_________T



lepas ni, HB dah tak perlu resah gelisah nak cari jalan pergi bazaar


sebab lagi 2 minggu, dia cuma perlu ingat macam mana nak pergi kerja di Mantin tiap hari..good luck :)


Friday, December 23, 2011

Perangai Pelik 39: Lame

Tahu tak seronok yang macam mana bila dapat tahu yang semua hal pasal Masters dah hampir selesai? Tahu tak? Seronok dia yang macam wohhhh!!!

Masa nak kena call dari pejabat yang dia orang bagitahu lagi seminggu tarikh presentation, barulah tercungap-cungap nak buat slide lah apa lah. Masa ini lah godek balik folder tulis 'masters' yang boleh sapu dah sawang-sawang dalam tu. Masa ini lah perah balik otak nak ingat "apa benda yang aku buat sebenarnya itu hari??"

Tension bertambah bila dapat tahu hentakbelipat punya presentation seminggu awal dari I. Mana boleh dia merdeka awal kan. Merdeka patut dirai bersama. Ok lah, tak kesah lah. Tapi yang lebih bertambah tension bila  hentakbelipat tak habis-habis mengadu dia tak boleh buat slide. Apa benda yang susah sangat buatnya? 'Copy' lepas tu 'Paste' ajelah dari 'Thesis' ke 'powerpoint'. Haih.

" Apa yang susahnya, u copy jelah pastu paste"
" Tak boleh..susah"
" Kenapenye, ape yang susah"
" I tak reti pakai la laptop u ni, lain dia punya powerpoint, word suma..lain"
" Ape yang lain? sama jelah dengan laptop u...yang bagi rosak laptop sapa suruh!"
" Tak boleeeh, u punya lain"
" Ish..ape yang lain? laptop u pakai powerpoint ape sampai lain?"
" I punya 95 punya..word pun 95. Ni laptop u ni ape benda vista vista ni, entah mana satu butang nak tekan entah"
"......."

Tak tahulah zaman bila hentakbelipat ni hidup agaknya. Dia pernah cerita dekat I, masa tahun satu dekat  UTM, orang lain semua sibuk cari MP3 lah MP4 lah tapi dia setia dengan Discman dia. Katanya beli hasil gaji pertama dia kerja McD. Dia juga suka dengar lagu bila jogging. Bila i tanya dia, dengar pakai apa, dia jawab "Abeh discman tu beli mahal-mahal tak pakai buat apa?" Macam mana jogging sambil bawa Discman? hah? macam mana? sangkut dekat mana? tak berat ke?

Bila dekat bazaar...

"Wan!dah lah tu, bak la sini hp i!"
"Kejap le oi!nak reply email customer ni! Alah, kecoh gila, hambik la simpan jauh-jauh"
"Tula, orang suruh beli hp latest tak nak, simpan duit banyak-banyak pun nak buat apa?"
"Ni bukan masalah simpan duit ke apa, masalahnya, i lagi suka hp I ni, kan ke senang, nak type message call  semua senang! tak payah bertouch-touch screen bagai, Jari i ni besar, takut berlubang hp tu i tekan. Nak letak dalam poket hp ribu-ribu, ey, I nak buang air pun tak senang lah nak menatang bagai minyak yang penuh pulak hp tu, ei, tak senang!"
"T________________T"



apa kau rasa?oren?

Monday, October 24, 2011

Perangai Pelik 37: Teleng

Hari yang nak ke petang meniupkan angin sejuk dari arah barat. Pokok besar yang rendang itu bergoyang rancak sambil melepaskann mana-mana daun yang sudah kering untuk dibawa oleh angin entah ke mana.

Aku: Yana....i nak tanya sikit boleh?
PS: Tanya apa? kejap lagi lah i tengah layan customer nih.
Aku: Ini dah tak boleh tahan dah ni...kena tanya jugak hari ini. Apa nak jadi jadi lah.
PS: Ishh..pebende!
Aku: Dah lame dah i perati u nih, kenapa u suka senget-sengetkan kepala?
PS: Senget? amende u nih!
Aku: Alah...kalau u dok layan hp ke, makam ke, borak ke, dok temenung ke hatta tengah berlari pun mesti senget-senget kan kepala punya. Tulang tengkok u alignment lari ke ape?
PS: Mane ade! ish





Aku: hah! tu dok teleng....kepala berat sangat ke camne?
PS: Bia lah oi...i nak letupkan tulang.
Aku: Pergh....brutal gila main letup tulang leher. Ni kalau sekali sekala tak kesah yana, dah naik risau tengok dah ni
PS: Amende u nih...kadang-kadang i pening pun i buat camtu lah..sibuk jelah!





Aku: err...okay. Hati-hati lah ye, jangan sampai terkehel pulak leher tu. Bahaye oi.
PS: Takkan lah sampai terkehel...ngarut jelah!







Aku: tapi kalau dah laju macam gini ni tak betul ni yana....oi!!! apasaalll ni oi!! APASAAALLLLLL!!!!
PS: Amende u nih!! ish!!!







Friday, October 7, 2011

Perangai Pelik 36: 1986

Dalam suasana gadis-gadis berkeliaran dengan liar di kedai mamak

Sedap gila nasi lemak kedai ni, huyoo! Jerkah bro acoi sambil dari tadi tak putus-putus memerhatikan gadis dimeja sebelah. Yang mungkin putus adalah urat leher dia kejap lagi sebab minah tu dah macam perasan dan sedang mengelurkan parang dalam handbeg.

Aku menunjukkan isyarat tangan kepada mamat nepal atau bangla atau mamak supaya datang mengambil pesanan. Dan macam biasa, aku memesan nescafe tarik. Sambil itu, ada bunyi 'ting' menandakan ada pesanan ringkas. Kah kah kah kaaaah, aku gelak riang. Ini barangkali ada perkara lucu sedang berlaku di twitter.

lu untung lah ada benda-benda ni sekarang. Gua dulu kalau nak berborak dengan member pun kena gayut dekat pondok telifon, satu pernyataan dari bro acoi. Kini dia sedang buat-buat hisap rokok setelah gerun dengan minah tadi. Ouhh, kesian eh lu dulu, aku menambah sambil mata masih kesahkan hal twitter. Gua 20 tahun dulu! 20 tahun dulu! Kalau nak mengorat awek punya payah lu tau, siap pakai surat letak bedak wangi bagai. Kahkahkah, gelak bro acoi dengan penjelasannya tadi. Entah dimana lawak pun aku tak cam. Huyoo! Aku membalas sambil menghirup air yang dipesan tadi.

Gua 20 tahun dulu! Budak-budak gua time tu, mana ada macam budak zaman sekarang bai. Semua kalau jahat pun bertempat, tegas bro ayie. Kali ini kelihatan raut wajah dia agak serius. Yeke, budak sekarang lagi teruk ke? Aku bertanya. Winston aku nyalakan menandakan aku berminat mahu mendengar. Memang! Zaman gua 20 tahun yang lampau, kalau jahat pun setakat curi line telipon je atau curi- curi merokok atau paling paling jahat pun setakat simpan rambut ekor panjang bai! Penuh emosi bro ayie. Tertumpah sedikit teh halianya akibat gegaran meja.

Gua dulu mana ada nak pukul-pukul cikgu ni, kalau otai pun dekat sekolah, bila cikgu marah melutut beb hormat. Ini sekarang baru cikgu cubit peha kiri dia balas sepak pipi kanan, pebenda! Sambung bro ayie sambil mengetap bibir tanda geram. Aku titiskan abu rokok yang dah panjang pada bekas, punyalah kusyuk dengar. Membazir.

Awek-awek masa zaman gua dulu pun, mana ada daring macam sekarang ni bai. Dulu nak keluar malam pun beringat. Mana ada hisap rokok merata-rata, mana ada kepit jantan merata, mana ada buang anak dari tingkat dua dan mana ada yang nak pilih klcc, arghhh! Mengilai kuat bro ayie akibat ketidakpuasan hati dia. Aku yang tadi duduk tertib, dah mula pasang langkah. Takut-takut brader ni mengamuk pula. Malu aku juga nanti.

Bro, nak tanya sikit, aku cuba mengajukan soalan. Apa? Apa? Bro ayie bagai tak suka sebab aku cuba potong stim dia nak cerita lagi. Bro, lu sekarang umur berapa? Senang cerita lu lahir tahun berapa?

Errmm gua lahir eh, seingat gua, gua lahir pada tahun 1986 iaitu tepat pukul 8 malan pada hari ke enam bulan 5. Maknanya sekarang, gua berumur 25 tahun. Bro ayie menjawab dengan yakin.

Bila aku mendengar jawapan tersebut, aku terus menyalakan sebatang winston lagi dan bangun dari kerusi.


Eh, lu nak kemana ni bai. Eh lu nak bawak pegi mana kerusi tu. Eh kenapa lu angkat tinggi-tinggi kerusi plastik tu, ehhh

lu jangan hairan kenapa gua berbuat begini sebab lepas 20 minit nanti,lu akan tau erti penyesalan dia!

Setelah selesai apa yang patut, aku balik kerumah untuk mandi dan sembahyang isyak.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 11, 2011

Perangai Pelik 35: Admin

Masa mula-mula HB cakap dia nak start Cala Man, time tu rasa macam Ya Allah biar betul dia ni, boleh ke dia nak handle emails. Order customer bukan boleh buat main-main. Tapi, nampak macam bersungguh sangat dia ni, sampai habis botak kepala punyalah bersemangat. Kemain setiap hari rancang strategi nak keluarkan barang macam mana, kemain nak jaga customer, itu tak boleh, ini tak boleh, time dia reply email pulak, jangan berani korang nak buat lawak depan dia, memang sardin habis muka dia bagi. Punyalah focus.

Tapi, Hentakbelipat tetap Hentakbelipat kan,
satu hari saja nak buat spot-check, buka email Cala Man senyap-senyap try baca apa benda dia reply kat customer

ini email dari Akmar, (dah mintak kebenaran Akmar dah nak post email dia kat blog, tehee)


Sekali baca reply dari HB, T___________T




I macam semput kot tengok benda dia reply ni..adehh. Bila buka Cala Man punya page dekat FB...lebih kurang juga dia punya sengal.


Kalau korang nak tau, HB pun adalah admin OSGS dekat Fb pun. Jadi paham-paham jelah kalau dia dah jadi admin







Semoga di bulan Ramadhan ini kita dikurniakan kesabaran yang tinggi untuk menghadapi orang-orang macam HB ni...amin.





Monday, July 11, 2011

Perangai Pelik 34: ADLI


John ajak aku berbual sambil minum minum di satu kedai mamak. Aku memesan roti tisu dan Nescafe tarik-minuman rasmi aku. John memesan nasi lemak sambal ayam dan milo ais. Pukul 10 malam pun masih mahu makan nasi lemak-terer betul usus perut budak ini.

Kedai mamak itu ada TV Plasma 26 inci. Terpapar klip-klip video artis barat yang sedang menaik. Kami makan sambil goyang kaki ikut rentak lagu. John makan sambil berborak. Aku banyak dengar sebab aku belum ada rasa nak berborak lagi-belum habis makan mana sedap borak. John borak sampai nasi bersembur di meja-gelojoh.

Kau ada dengar lagu ADLI tak, tanya John pada aku. Aku ambil masa 30 saat untuk fikir. Tak pernah dengar pun..artis baru ke , aku tanya balik. Pehh kau ni, sedap kot suara dia..lagu dia semua mengancam, terang John bersungguh. Aku  capai rokok dan nyala. Sambil tarik asap, sambil fikir. Siapa weh? tak pernah dengar nama budak tu pun? aku jawab balik. John gelak mengejek. Ada sambal dekat gigi taring-euw.

Kalau kau dengar dia nyanyi memang sentap bai..alah sekarang dia tengah top lah! John menegaskan lagi. Celah mana aku pernah dengar nama ADLI? aku jawab . Asap rokok aku hembus dekat muka John. 

Ceh..memang tak real la kau...soul kot dia nyanyi..Pegi bai suara dia. John masih tak puas hati. Ni artis akademi fantasia yang mana kau cakap ni? Aku memang tak tahu lah! Aku mengeras. Apekebende pulak artis AF! Ni artis barat..artis MTV la..alah tajuk dia Chasing Pavement ke Chasing pavilion ke ape bende..lebih kurang gitu lah…. Hah tu! Yang dekat TV tu..perempuan tu lah! John sedikit menjerit sambil tunjuk TV. Aku toleh dekat TV. 


Itu ADELE la setan,  ADELE!..bukan ADLI! aku marah betul sampai sikit lagi nak tikam John dengan hujung sudu. John kata ooohh~

Thursday, June 9, 2011

Perangai Pelik bab 33: Beg Tangan

Beg tangan.

Kenapa benda itu harus bersaiz besar? Kalau beg itu kecil sikit saiz dia..nama dia terus berubah. Bukan beg tangan tapi dah jadi Sling Bag. Lagi kecil beg tu, lain pula nama dia..dia jadi Clutch.

Ok..kenapa dia kena besar? Lagi besar lagi power? Lagi besar lagi senang? atau lagi besar baru lah perghh dari 30km pun dah tau kau pakai beg jenama kuda belang. Itu belum masuk bab kenapa dia kena ada sisik-sisik kulit buaya, kenapa dia kena warna sampai sakit mata dan kenapa dia kena berkilat lain macam. Kita simpan soalan itu dulu orait.

Aku terai jengok dekat Google. Ramai wanita yang ambil gambar, tunjuk apa ada dalam beg tangan masing-masing. Jujur aku cakap, beg tangan wanita memang misteri. Seribu macam benda boleh ada dan kau tak akan terfikir.




Ini contoh-contoh yang aku jumpa. Kebanyakan yang aku jumpa, dan-dan tulah dia nak letak benda-benda yang perghh aja dalam beg. Masa itulah tiba-tiba ada handphone paling canggih ada, masa itulah makeup paling bergaya ada dan masa itulah beg kau bersih/kemas bukan main.

Cuba kau pergi pasaraya, jumpa ada satu makwe bawa beg tangan yang 30km pun dah tau dia punya beg jenama kuda belang, kau beri salam dan minta tengok kejap ada apa dalam beg dia. Kalau yang kau dapat adalah penampar...itu padan muka. Tapi kalau dia bagi, mesti kau akan cakap Perghhh!

Sebabnya, aku heran dengan Petisuara. Tiap kali dia nak ambil kunci kereta dari beg tangan dia, ada juga makan masa 20-30 minit. Kadang-kadang mengeluh beg berat bagai. Bila aku minta izin nak tengok dalam beg dia.....memang perghhh bai!




Amacam? Macam mana tak serabut nak ambil barang. Kalau dah semua benda pun ada dalam beg tangan. Dari situ aku mula faham, fungsi sebuah beg tangan.

Benda ni aku rasa kena bendung, kalau tak..jangan tanya kenapa bila tiba-tiba dalam beg tangan dia boleh ada binatang ni.



Sekian



Friday, May 6, 2011

Perangai Pelik bab 32 : Jantina

Diskriminasi antara gender memang banyak dah jadi. Waima dari zaman firaun lagi pun ada. Kadang2 aku tak berapa nak paham dengan terma diskriminasi bila benda alah itu diletakkan pada isu jantina. Sebab, selalunya perkara diskriminasi ini sentiasa jatuh pada isu perempuan ditindas atas dasar PEREMPUAN itu macam-macam. OK kita jagan pergi jauh sebab nanti satu hapa pun tak jadi.

Yang menjadikan aku kurang paham bila perkara yang sebaliknya terjadi. Sebagai contoh , lelaki memang dah kau sendiri tahu kuderat dia atas sikit dari perempuan. Setakat angkat benda-benda berat tu bilis aja. Tapi bila perempuan sendiri menggunakan sifat itu untuk keuntungan mereka, ha yang ini apa macam?

Aku tau kau bukan suka nak baca banyak-banyak..senang aku bagi contoh supaya kau …Ahah! paham dah paham!

(dalam pasaraya/tengah beratur nak bayar/nak-nak pula ada sale yang humang ai kemain poyo potongan kau nak membongak pun beragak la bai.)

H : Yana…ramaikan orang beratur nak bayar
P : Aah..ramainyeeee
H : Banyak kan barang u beli
P : Aah..banyaknyeee
H : U tak nak tolong angkat sikit ke barang-barang ni. Kalau kaki i jenis boleh pegang barang memang tak ada masalah yana, tapi yang masalah sekarang ni tangan i dah naik biru dah ni.
P : Tak nak !
H : Pehhh apehal ?
P : U kan lelaki ! kan kuat !
H : Huyooh

(dalam perjalanan balik dari JB ke KL/tengah hari/panas/lagu jadah semua tak sedap/ bosan)

H : Yana..tak ada lagu lain ke? semua macam lagu pengkebumian ja ni
P : Tak ada la wan
H : U mengantuk tak?
P : Ok je
H : U tak nak bawak pulak ke kete..I dah sikit lagi nak berdengkur ni
P : Mane buleh U mengantuk! U kan lelaki! kan kuat!
H : Perghh!

(bila-bila pun lah ikut sedap kau)

H : Hari ni U nak pergi mana?
P : I nak pegi beli kasut, lepas itu nak cari kain tudung, lepas itu nak pergi tempah jahit, lepas itu nak makan tuti frutty dan lepas itu nak,,,aishhh macam-macam lah..kenape?
H : I rasa macam tak berapa sedap badan lah
P : Kenape ?
H : Nak demam kot..panas je mate ni, tengkok pun rasa sengal-sengal
P : Alah u nihh!!! mana boleh demam!
H : apasal?
P : U kan lelaki ! kan kuat ! mane boleh demam ! ish !
H : Setan !!


Lu ingat lu buat muka macam itu gua cair ahh..langsung tak ok! langsung tak!

Tuesday, April 26, 2011

Perangai Pelik bab 31: Pening


Kalau aku perhatikan betul-betul, ada satu benda yang aku tak berapa nak paham pasal Petisuara Kasut besepah dalam rak,bawah katil, dalam kereta, hatta dalam peti ais pun…ok aku paham. Beg tangan tak cukup satu nak dua, tiga, empat dan kalau boleh sambil jalan heret 5-6 beg sekali…itu pun aku paham. Satu benda aku tak boleh nak paham…

(Message)
H : Yana, kerja u dah settle ke camne ?
P : i tak boleh nak buat kerja sangat wan…pening kepala sangat
H : pi la makan panadol..awat tiba-tiba boleh pening ?
P : tak tau…nak datang bulan kot
H : ok…simpati

(Dalam kereta )
H : Yana, budak-budak ni nak makan mekdi..amacam ?
P : tak tau….
H : ape yang tak tau ? u nak makan ape ?
P : tak tau !!tak boleh nak pikir…pening kepale
H : pulak….tadi orait ja
P : tak tau lah…makan lambat sape suruh !

(Dalam pasaraya)
H : Yana..lepas ni nak pi mana ?
P : tak tau…
H : ok kita pi muzium jom?
P : tak boleh nak pikir…pening pale
H : perghh…tadi kemain panjat sana panjat sini..elok ja
P : tak tau lah! ekon kedai ni kuat sangat..pening la !

(Lunch)
H : Lepas ni nak balik lab ke nak balik bilik terus ?
P : tak tau…pening pale
H : amende lu ni…memanjang pening
P : panas kan..pening lah !
H : ok nanti i beli akuarium..u boleh berenang-renang dalam tu..sejuk sikit
P : Fine!


Itu belum kena hujan atas kepala, itu belum kerja banyak tak larat nak fikir, itu belum pening sebab contact-lense dah sampai tarikh luput dan itu belum sebab pening sebab memang pening.

Macam mana sekarang ni..macam mana ?