Assalamualaikum dan salam bulan Mac. Bulan mac adalah bulan yang paling powerful sekali. Kena ingat
Kali ini saya menggunakan pendekatan saya...'SAYA'. Kemudian nanti saya akan terangkan. Sepanjang saya berada di Kuala Lumpur, saya telah menjumpai satu perkara paling menggerunkan, paling mengujakan dan paling brutal. Perkara tersebut adalah Popia Goreng Pak Ya. Popia Goreng Pak Ya hanya dapat dijumpai di pasar malam Sentul setiap hari jumaat waktu petang. Ke'pegi'an Popia Goreng Pak Ya hanya tuhan sahaja yang tahu, Cukuplah sekadar saya mengatakan yang semasa saya mula menggigit popia tersebut, tanpa saya sedari, sekurang-kurangnya 15 batang tiang letrik telah saya sepak patah tiga. Pegi tak pegi Popia Goreng Pak Ya ini tuan tuan.
Dijadikan cerita, di suatu Jumaat yang mendung, saya merasakan tidak sempat untuk pergi ke pasar malam sentul dan membeli Popia Goreng Pak Ya. Oleh itu, saya mengirim sahaja kepada Petisuara dan seperti biasa, Petisuara akan mengirim pula kepada adik beliau yakni Farah Mislina.
Yana: Wan..u nak popia goreng ke popia basah?
Saya: Goreng oi goreng..
Yana: I suruh Mis belikan. Nanti kitorang hanta
Saya: Cun!
Sebaik sahaja bungkusan itu saya terima, amatlah saya terkejut dan berdukacita.
"padiaa ni? mana popia goreng? i order popia goreng lah" saya cuba memberontak.
"hah? popia lah tu!" jawan Farah Mislina iaitu adik Petisuara
"Ini popia basah...i nak popia goreng" kata saya nada merajuk
"Manelah I tau popia goreng macam mana!! Pakcik tu pun cakap I tak paham!!" jawab farah Mislina tegas
Sebaik saya dengar jawapan Farah Mislina, saya terdiam dan bertafakur. Ini kerana jarang-jaranag saya berhadapan dengan situasi macam gini.
Baiklah tuan-tuan...mari kita ungkap balik apa dia POPIA GORENG dan apa dia POPIA BASAH
Ini Popia yang Digoreng. Cuba kita lihat tuan-tuan, kulit popia ini nampak keras dan lebih berminyak. Ini kerana popia ini telah dihumban ke dalam minyak dan di'GORENG'. Menjadi lumrah sesuatu yang digoreng akan bertukar kaler seperti cokelat keemasan. Lainlah tuan tuan menggoreng sellipar. Itu mungkin lain hasilnya.
Ini pula adalah popia yang tidak digoreng tetapi hanya dibiarkan 'BASAH'. Sifat popia ini lebih lembut, manja dan juga basah. Ia juga tidak mendatangkan bunyi 'KRUUPP' jika digigit kerana sifatnya yang mudah lentur dan lembik.
Oleh itu amat terkejutlah saya bila mendengarkan yang Farah Mislina tidak dapat membezakan yang mana GORENG dan yang mana BASAH. Dimanakah silapnya ini tuan tuan? Sistem kenaikan bahan mentah kah? pengurusan pengangkutan awam kah atau penglibatan politik dalam hal ini yang menyebabkan Farah Mislina tidak kenal popia goreng dan popia basah?
Lain lah jika saya memesan sebegini, "Mis..tolong belikan I beruang jantan goreng satu" Ini kerana agak susah juga nak bezakan yang mana jantan dan yang mana betina.
Mungkin jika popia itu sendiri memiliki jantina, saya akan faham kenapa Farah Mislina tidak kenal yang mana satu Popia Goreng dan Popia Basah.
Seperti yang cakap tadi, saya kena sedikit sopan kali ini memandang kan Farah Mislina bakal menjadi adik ipar saya. Jadi skill ambil hati perlu ada.
Semoga adik Farah Mislina berjaya dimasa hadapan....sekian
21 comments:
hahahahaha. sabo jela weyyyy!
hahaha...sengal...ptut ar sopan santun..
nk amik ati rupe nye..ahaks.. ~~~
LOL sumpah klaka..kesian farah mislina..mst dia segan..hikhik..selamat chumel
seyes klaka! kesian cik farah mislina...popia goreng pun tak kenal..huhuhu
harap2 akak dia lebeyy bijak
hahaha! lawak gile taktau beza popia goreng dgn basah...ke 1st time jumpe popia? kih3~~
farah misLina a.k.a mafia masih kekaL dengan perangai bLurr dia..haha~ tiba2 rasa comeL jee...
Hahaha. Dah adik ipar beli kan tu, kau terima aje lah HB. Nanti kau marah, naik pulak wang hantaran :P
rasanya lo da lapo.....me ngap je...
basah ke..kering ke...
eheh :p
ngidam lak ngn popia goreng..
arghh nak kena cari kt psar mlm neh.
Mujur farah adelah bakal adik ipar ygcomel,xjadi nk marah..haha. Btw, TTDI pun ade popia pak ya,setiap ahad saje
hadeh! kpd farah mislina, bawa2lah masuk dapur ya. LOL.
ok yg ni mmg kelakar...hehehe tapi Farah Mislina sgt comel la...cubit pipi sket..
sebenarnya baru tahu mana satu popia goreng atau basah. hewhew ;p
kihkih, kena masuk tadik balik ni hoiii.belajar mengenal makanan.
alahai.....
hahaha
tibai je la labuuuu
hahaha.comel kot entry ni!klakar 50kali buleh dak?hahaha
hahahah..terbaekkk.....
ajib makanannya
keluar air mata aku gelak .
Post a Comment