Friday, May 10, 2013

Anak kepada Ayah


Dear ayah,

Saya tak tahu nak panggil ayah ni apa. Saya panggil ayah ni ayah ajelah sebab selalu saya dengar ayah ber ayah-ayah bila nak berborak dengan saya. Ayah tu mende? Sejenis karipap ke? Ayah ni karipap ke? Abis tu karipap tu ape pulak? Arghhh apehal dalam sangat saya berfikir ni? 

Ehem, kita mula balik.
Hai ayah.

Ini kira surat yang pertama saya cuba buat ni. Entah macam mana saya boleh buat surat entah, itu belakang cerita. Cerita yang nak saya sampaikan disini adalah saya sihat sihat sahaja di dalam ini. Ayah sihat ke idak?

Ayah,

Saya sekarang dah boleh dikatakan cukup serba serbi dah. Hidung, mulut, telinga, mata semua dah nak ready. Badan pun dah makin besar. Sempit boleh tahan dekat dalam ni. Dengar cerita ayah punya tempat luas.

Baru baru ni saya dengar saya ni perempuan. Perempuan tu apa saya pun belum tahu.  Sebab itu hari saya dengar ramai kata saya lelaki. Ada dua jeke benda dekat luar sana? Perempuan dan lelaki? Apa pasal dari lelaki dan sekarang perempuan? Dashat.

Ayah,

Saya selalu dengar Ibu berborak dengan saya. Gaya dia lebih kurang macam ini, “Assalamualaikum baby, hari ini ibu nak makan best punya…baby makan sekali ok. Jangan nakal nakal tau…Love u.” Ok dekat sini saya nak tanya, apa benda yang best nya tu? Saya tak rasa mende pun?  Yang saya tau ada sejenis macam saluran paip dekat perut saya ni bagi saya tenaga, vitamin dan mineral mineral secara berperingkat. Itu ke best?

Ibu juga selalu berpesan pada saya jangan lasak sangat . Ibu berpesan yang dia tu tak larat mana. Putus putus nafas nak jalan jauh. Pinggang pun sakit sakit. Jadi saya syorkan ayah bantu la mana patut ibu tu.

Ha ini saya nak tanya, saya ada dengar juga ayah jerit jerit “Ubah! Ubah!” Apa benda yang ubah?Apa ayah sedang berubah juga ke? Ayah juga mengalami perubahan semacam saya ke dari lelaki dan kini perempuan? Atau ayah juga berubah macam saya dari sebesar buah limau ke buah kiwi la dari buah kundang ke buah mempelam la dan bermacam macam buah lagi. Apa apa pun, ayah berubah la ikut sedap ayah. Saya berdoa dari dalam.

Ayah,

Oh ya, saya juga selalu dengar impian ayah ingin kan saya menjadi ahli gusti professional satu hari kelak. Saya tak sabar nak tahu ahli gusti tu macam mana. Saya cuba bayangkan yang ahli gusti tu mesti berpakaian cantik cantik dan menyerlah. Mesti tugas ahli gusti ni banyak melibatkan membantu ahli tetangga masyarakat dari segi persekolahan ataupun bantuan kaunseling. Saya teruja juga ni. Sebelum saya terlupa, saya ni nanti nak dipanggil apa? Tak akan baby sampai bila bila kot. Tak berdaya saing langsung nama tu. Saya harap ayah dapat fikir semasak masaknya untuk penamaan saya nanti. Biarlah nama itu power ye tak?

Oklah ayah, besok besok saya sambung tulis surat ni. Sini payah sikit nak menulis. Sempit dan tak banyak cahaya. Haritu tak pasal pasal bekalan cahaya terputus secara tiba tiba. Risau juga saya, dan bila bekalan cahaya muncul balik alangkah terkejutnya saya, surat saya ni bertambah dengan kuantiti yang banyak. Kah kah kah. Ok bye.


Psst, pecah kaca pecah gelas, dah baca kasi balas

Yang Best,
Anak




Wednesday, April 3, 2013

Perangai Pelik 49: Cahaya


Masa awal awal idea aku nak berkahwin, ramai bagitau dekat aku, “nanti kau dah kahwin, kau sendiri akan tau lagi 99% perangai bini kau. Sekarang ni kau baru tau 1% je bai”

Setelah aku kahwin, aku tunggu tunggu jugak mana 99% yang akan aku dapat tau di kemudian hari. Manalah tau kot kot isteri aku sebenarnya pemakan darah ke, alien ke, boleh terbang ke. Manalah tau kot kot.


HB: apasal gelap sangat rumah ni b, apasal tak bukak lampu?
PS: kenape nak bukak lampu?
HB: sebab gelap le
PS: kenape nak terang?
HB: hmmm susah nak jawab tu


HB: B! u dekat mana?
PS: mandi  oi
HB: mandi? Apasal tak pasang lampu?
PS: kenape nak pasang lampu?
HB: sebab u mandi  pukul 9 malam, dan 9 malam tak ada cahaya matahari? I bukak ea lampu
PS: tak naaaak! Jangan la bukak lampu! Tak suke !
HB: hmm macam mana u nak tau mana satu sabun mana satu ubat gigi?


PS: b, bangun…subuh!
HB: mane suis lampu…
PS: nak buat ape! Tak payah la pasang lampu! Ambik jela air semayang…tak payah bukak lampu!
HB: abih kalau dah tak bukak lampu, celah mane nak nampak jalan ke tandas? Macam mana nak nampak pili air dan macam mana nak nampak sejadah pun?
PS: ala..nanti bila lama sikit, anak mata kita akan mengembang dan anak mata akan cuba menyerap cahaya yang masih ada di sekitar, oleh itu kita akan dapat melihat jugak walaupun gelap.
HB: huyo


Aku doa doa Petisuara bukanlah orang kelawar. Oh…Petisuara sekarang dah cergas balik. Perut pun dah maju kedepan.

Psss: Aku ingat aku nak buat lagi cerita karut marut macam dulu…tengoklah kalau rajin. Mengantuk betul sekarang ni




Monday, March 18, 2013

Our Wedding Video

Assalamualaikum dan selamat hari isnin. Kalau ini hari awak malas dan benci nak kerja sebab hari ini kan hari Isnin Birus, jadi pergi lah menengok video video yang dashat mashat ini.






Majlis Bertandang by Atiyah Saadon 

Terima Kasih daun kededek. Dah dah pergi sambung kerja 

Friday, March 8, 2013

Perangai Pelik 49: TLC

Banyak perkataan perkataan baru aku belajar semasa Petisuara sedang mengandung. Entah...dia kata memang biasa orang pakai ayat ayat. Manalah aku tau sebab aku bukan selalu duduk dengan orang yang mengandung pun. Ini pertama kali. Oh..Petisuara sekarang dah nak masuk bulan ke 3-4 kalau tak salah kira. Sindrom 'trimester' pertama dah banyak kurang. Wek wek tetap ada tapi berkadar. Dah boleh keluar sekali sekala dari 'sarang' dia.

TLC,

TLC sering digunapakai oleh Petisuara baru baru ini. Mana dia belajar entah. Masa mula mula dia sebut TLC, aku pandang lama dekat muka dia. Apa benda TLC ni? TLC yang aku tau satu saja. Table, Ladders and Chairs...TLC Match. Ini kalau TLC match ada main dalam gusti WWE memang power. Paling power TLC match adalah pada tahun 2000. Tak kan Petisuara ajak main TLC. Syok jugak sekali sekala tapi bahaya. Ada yang patah tengkok karang.

"TLC tu Tender, Love and Care laaah!"

Wooooh. Mana lah aku tau. TLC tu boleh jadi macam macam. 'Tepi Lah Cikit' ke 'Tolong Lap Cermin' ke Tipah yamaha LC' ke 'Tampar, Lempang Cium' ke sebagai contoh. Sebagai lelaki yang rokers, kena cakap terus terus baru faham saksama.

PS: B....
HB: ape?
PS: charge kan hp I....
HB: sebelah u tu je plug dan juga charger...tinggal nak cucuk je dekat hp tu
PS: emph!
HB: laa bukan jauh pun, sebelah tu je
PS: tapi i pregnant...i kene TLC..i kene TLC
HB: peh

PS: B...
HB: yes?
PS: nak air kosong....
HB: kan ada sebelah tu
PS: alaa yang tu air dia tak sedap dah. Rasa dia pelik
HB: air kosong rasa ada satu je kot...rasa kosong
PS: alaaa nak air baru
HB: tapi kalau nak ambik yang baru, i kena turung tangga pada pukul 12 tengah malam ni
PS: tapi....i rasa mual mual....i kena TLC
HB: peh

HB: B..
PS: ye?
HB: tolong lipat selimut
PS: emm emm emm
HB: kenape?
PS: i kene TLC...pagi pagi kenelah TLC
HB: ape kene mengene TLC dengan lipat selimut?
PS: lipatkanlah
HB: peh





Monday, February 4, 2013

Trimester


Kesinambungan dengan jawatan aku sebagai suami yang power, aku teruskan menggalas skop skop kerja yang aku beritahu itu hari. Oh..Petisuara sekarang dalam fasa nak habiskan dia punya tempoh 3 bulan pertama…apa orang panggil Trimester. Apa benda trimester tu aku pun tak tahu,..orang ramai sebut aku pun sebut lah.

Dalam tab aku, banyak aku download hal hal berkait tentang ‘pregnancy’ dan benda tu akan bagitau sama kau perjalanan anak dalam kandungan. Setiap hari ada benda baru yang dia akan bagitau dan aku akan ceritakan dekat Petisuara sebelum dia tidur. Kebanyakkan cerita pasal size anak kau. Dari size buah anggur kepada buah kiwi, dari kiwi kepada limau, dari limau kepada epal dan dari epal kepada buat tembikai. Kenapa semua pun nak disamakan dengan buah…itu lagi aku tak paham….anak aku bukan bulat, anak kau ada segi segi apa.

Dua minggu lepas, Petisuara agak dashat. Satu hari ada juga dalam 3 kali dia wek wek. Bangun pagi wek, pergi dapur wek, bau itu wek, bau ini wek dan paling power sekali tengok aku pun wek. Sekarang kitorang kena lepak dekat rumah Sentul sebab Petisuara kata dia tak tahan bau rumah baru kitorang dekat Shah Alam sana….dan ini menambahkan lagi skop runner aku.

Sekarang dia dah rilek sikit dari wek wek tak tentu hala. Satu hari dalam sekali tu kira ok lah.  Perut pun dah nampak kemajuan dia.

Berbalik pada skop runner tadi, aku sekarang kena runner jauh sikit. Sentul – Shah Alam tu dah kira angin je. Aku ada boleh hafal selok belok federal highway. Mana jalan ada lubang, mana area ada brader polis, mana selekoh kena tekan minyak lebih sikit dan kawasan mana kena slow semua dah hafal.

Oleh itu, setiap pagi sebelum aku ke Shah Alam, aku kena pastikan semua ready untuk Petisuara. Setelah bangun dan perihal aku lengkap, aku ke bawah rumah mencari makanan pagi. Kadang kadang nasi lemak dan kadang kadang roti canai. Ada jugak masa dia nak bijirin sarapan dengan susu. Dalam pukul 10 lebih, aku akan keluar lagi mencari makanan tengahari. Ini mencabar sikit sebab dia punya selera tak menentu, tapi yang kena ada  adalah air kelapa. Hari hari balun air kelapa. “Kalau minum air kelapa..nanti anak kita kulit cantik lah” kata Petisuara.  Jangan tanya aku. Aku memang tak tau.

Aku berdoa agar Petisuara sihat cepat kerana dah lama dia tak keluar rumah. Risau katanya wek dalam kereta .

Saturday, January 19, 2013

Kerjarumah


Ini hari, sudah masuk dua bulan Petisuara mengandung. Tempoh dua bulan bukanlah tempoh yang cincai cincai bagi aku mahupun Petisuara. Dalam tempoh tersebut, tidaklah dapat aku melawan atau membanding segala susah payah perit jerih Petisuara melawan segala rasa yang ada.

Memegang kata kata bapak aku terdahulu, aku sebagai seorang suami yang power cuba menggalas segala tanggungjawab isteri di rumah atau kata lain, kerja kerja rumah yang kebanyakkan para isteri mahir melakukan saban hari dari pagi ke malam.

Skop kerja rumah yang hendak tak hendak perlu aku selesaikan juga adalah seperti sapu sampah, mop lantai, cuci pinggan mangkuk, memastikan kawasan sekeliling tersusun, siram pokok bunga, basuh baju sehingga membawa ke lipat baju dan diakhiri dengan sumbat baju dalam almari, bancuh milo atau susu atau nestum, kemas tempat tidur, tepuk belakang Petisuara semasa beliau wek wek dalam tandas dan menjadi ‘runner’ untuk Petisuara bila Petisuara nak makan.

Dalam skop ‘runner’ ini, ia terbahagi kepada beberapa sub sub skop yang lebih kecil. ‘Runner’ keropok lekor, ‘runner’ aiskrim potong, ‘runner’ limau mandarin, ‘runner’ ayam penyet padang jawa dan ‘runner’ air sejuk di dalam rumah. Semua ini bergantung kepada permintaan Petisuara tidak kira waktu. Segala permintaan juga berlandaskan kepada satu musabab….”baby dalam ni yang nak…. Tak bagus lah lambat lambat.

Pernah suatu pagi aku cuba menyediakan sarapan nasi goreng. “I terasa nak makan nasi goreng kampung la b…baby dalam ni yang nak” bilang Petisuara sebelum dia tidur.

Dalam tempoh 25 tahun, itulah nasi goreng pertama yang aku cuba masak. Malam itu jugak aku terus mengkaji selok belok nasi goreng dari segi bahan bahan mentah, suhu minyak dan juga skil menumis. Aku sempat juga melihat dalam youtube gaya memasak nasi goreng kampung. Video tu ada ‘student oversea’ mana entah masak. “Campak…campak…campak” kata budak tersebut sambil melakukan aksi gaya chef wan.

Setelah aku campak…campak…campak pagi tu, nyatalah bahawa skill budak tu memang sampah serta hina. Haram J. Aku tak rasa langsung kampung dalam nasi aku apetah lagi rasa nasi goreng.


Semoga Petisuara tidak memohon makanan yang payah payah kelak. 

Aku pun tak tahu mana satu atas mana satu bawah, tapi ini lah 2 bulan punya usia

Friday, January 18, 2013

Perkara Family


Aku sekarang sudah pun menyewa rumah di shah alam. Ini adalah rumah family orang kata. Semua perkara di dalam rumah itu haruslah kena dengan gaya family. Seperti membeli sofa, haruslah bersaiz family, membeli tv juga haruslah boleh melihat sefamily. Membeli barang barang dapur, perkakas rumah, kelengkapan bilik air sehinggalah membawa kepada pengorek telinga. Semua kena size family.

Rumah family aku sekarang ada alat microwave. Benda alah ini setelah umur aku 25 tahun baru aku merasa nak guna. Dahulu, kalau goreng pisang atau karipap atau apam balik yang dah sejuk, aku akan kunyah jugak. Mat metal mana ada deria rasa. Semua boleh gigit.  Sekarang, tekan tekan sikit dan semua makanan jadi panas serta sedap sedap.

Dulu zaman ‘Seek and Destroy’. Sekarang kena slow kan sikit volume, kena banyak dengar Rabbani atau tonton ‘Tanyalah Ustaz’.

Aku tak lagi boleh bersifat ruthless aggression. Semua perkara kena timbang – tara.  

Tapi ada satu benda yang mencalar sedikit jiwa aku. Walau timbang tara mana sekalipun aku, bab ini aku terasa tercabar. Di rumah aku ada enam jenis pokok bunga dan setiap pagi aku kena siram keenam enam pokok bunga ini dengan tertib tiga kali jirus setiap satu…SIRAM POKOK BUNGA….
Apa jenis mat metal yang siram pokok bunga?? Cuba kau bagitau aku?? Ini kalau ikut mazhab metal, aku dah jauh menyimpang dari akhlak metal.

“Galas lah tanggung jawab suami dengan demokrasi serta berdaya saing” pesan bapak aku 

Salah satu kerja suami adalah pasang langsir.