Friday, May 10, 2013

Anak kepada Ayah


Dear ayah,

Saya tak tahu nak panggil ayah ni apa. Saya panggil ayah ni ayah ajelah sebab selalu saya dengar ayah ber ayah-ayah bila nak berborak dengan saya. Ayah tu mende? Sejenis karipap ke? Ayah ni karipap ke? Abis tu karipap tu ape pulak? Arghhh apehal dalam sangat saya berfikir ni? 

Ehem, kita mula balik.
Hai ayah.

Ini kira surat yang pertama saya cuba buat ni. Entah macam mana saya boleh buat surat entah, itu belakang cerita. Cerita yang nak saya sampaikan disini adalah saya sihat sihat sahaja di dalam ini. Ayah sihat ke idak?

Ayah,

Saya sekarang dah boleh dikatakan cukup serba serbi dah. Hidung, mulut, telinga, mata semua dah nak ready. Badan pun dah makin besar. Sempit boleh tahan dekat dalam ni. Dengar cerita ayah punya tempat luas.

Baru baru ni saya dengar saya ni perempuan. Perempuan tu apa saya pun belum tahu.  Sebab itu hari saya dengar ramai kata saya lelaki. Ada dua jeke benda dekat luar sana? Perempuan dan lelaki? Apa pasal dari lelaki dan sekarang perempuan? Dashat.

Ayah,

Saya selalu dengar Ibu berborak dengan saya. Gaya dia lebih kurang macam ini, “Assalamualaikum baby, hari ini ibu nak makan best punya…baby makan sekali ok. Jangan nakal nakal tau…Love u.” Ok dekat sini saya nak tanya, apa benda yang best nya tu? Saya tak rasa mende pun?  Yang saya tau ada sejenis macam saluran paip dekat perut saya ni bagi saya tenaga, vitamin dan mineral mineral secara berperingkat. Itu ke best?

Ibu juga selalu berpesan pada saya jangan lasak sangat . Ibu berpesan yang dia tu tak larat mana. Putus putus nafas nak jalan jauh. Pinggang pun sakit sakit. Jadi saya syorkan ayah bantu la mana patut ibu tu.

Ha ini saya nak tanya, saya ada dengar juga ayah jerit jerit “Ubah! Ubah!” Apa benda yang ubah?Apa ayah sedang berubah juga ke? Ayah juga mengalami perubahan semacam saya ke dari lelaki dan kini perempuan? Atau ayah juga berubah macam saya dari sebesar buah limau ke buah kiwi la dari buah kundang ke buah mempelam la dan bermacam macam buah lagi. Apa apa pun, ayah berubah la ikut sedap ayah. Saya berdoa dari dalam.

Ayah,

Oh ya, saya juga selalu dengar impian ayah ingin kan saya menjadi ahli gusti professional satu hari kelak. Saya tak sabar nak tahu ahli gusti tu macam mana. Saya cuba bayangkan yang ahli gusti tu mesti berpakaian cantik cantik dan menyerlah. Mesti tugas ahli gusti ni banyak melibatkan membantu ahli tetangga masyarakat dari segi persekolahan ataupun bantuan kaunseling. Saya teruja juga ni. Sebelum saya terlupa, saya ni nanti nak dipanggil apa? Tak akan baby sampai bila bila kot. Tak berdaya saing langsung nama tu. Saya harap ayah dapat fikir semasak masaknya untuk penamaan saya nanti. Biarlah nama itu power ye tak?

Oklah ayah, besok besok saya sambung tulis surat ni. Sini payah sikit nak menulis. Sempit dan tak banyak cahaya. Haritu tak pasal pasal bekalan cahaya terputus secara tiba tiba. Risau juga saya, dan bila bekalan cahaya muncul balik alangkah terkejutnya saya, surat saya ni bertambah dengan kuantiti yang banyak. Kah kah kah. Ok bye.


Psst, pecah kaca pecah gelas, dah baca kasi balas

Yang Best,
Anak




24 comments:

joenyz said...

mula mula sweet gila. choi. sampai part ubah tu x boleh bla. hahahah

munamuni said...

COMEL ,nya.... black505 masuk sekali tuh...

Anonymous said...

memang patut bagi anak kau baca nanti kan?

:)

selamat melahirkan...

wanie said...

hahaha...steady...sempat lagi tu.....
btw baby, jaga diri baik-baik dalam tu.....jangan lasak sangat, naik pecah plak karung awak tu....
da besar nanti dengar cakap ibu awak k...cakap ayah tu kadang boleh caya, tapi lebih merapu meraban...hahaha...
semoga dipermudahkan segala urusan yana n wan....

Unknown said...

bagusnya..dalam perut dah pandai buat surat rasmi..nanti dah keluar perut boleh kalahkan ayahnya buat blog entry tajuk perangai pelik..hehe

cikji said...

fuhhh,hapdate jugak akhirnya,lama giler tunggu entry. hamboii,tang ubah ubah pun ada jgk,hihi

Si GadisSemasa said...

comel jeee .
alhamdulillah , semoga segalanya lancar ^_^ in sha Allah .

Ainee Cumi said...

Ahahahah! Comel gila. Ni Yana ke Wan yang taip ni?

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

dh bosar dh perut...

Nurfatin Liyana said...

comel. hehehe ;D

Evagurl said...

part surat duplicate jd byk tu takleh blah. hahaha

Myra Abdullah said...

hihi,cute laa =)

AmirahSM said...

hahahah, semoga sy dpt ubah masa depan nt dan jd anak yg soleh/solehah..

Anisnad said...

Alamak blackout! har har har... sarcasm level 999

Anisnad said...

Alamak blackout! har har har... sarcasm level 999

Ijah EmoTemo said...

hahahaha. surat ni sangat comel dan kelakar sekali. amboii pandai kekecik dalam perut tu buat kelakar ye! hahaha.

bel said...

Assalamualaikum.

Confirm hentakbelipat tulis.

Muahahahaha.

PariPari Puteri said...

hahahaa.. comell

Hanisah Hamid said...

nice ~ moga baby dan ibu sihat selalu , InsyaAllah :)

sodah binti jemah (bukan nama sebenar) said...

hahahaha.. cute gilaa

game man said...

astaaat !!

mfadhlan said...

baby keluar2, sound bapaknya...mana ada saya cakap cmtu..hehe...

terkedu sat.

Puan Surina Rashid said...

kenapa tak balckout tetiba keluar dah terberanak? muahahhaa. okay dah nak exam lagha baca bende alah ni. kihkih

~cik shanashaida~ said...

alahai anak ayah..semoga kuar nnt jd org berjaya ok.. comel je..siap dlm perut da pandai wat surat..