Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

Hari Raya dah ke?

Heyya, selamat berhari minggu!!
watcha been doing?macam lama gila tak update blog sampai tengok lah tu ada sawang dekat setiap penghujung ayat ni. nampak tak, dekat titik tu pun ada sawang, nasib share dengan HB kalau tak, mungkin masa nak type pun, huruf-huruf taknak keluar sebab merajuk. amboih

so just a quick update on a photoshoot with the rest Scarflets yesterday, its for jelita magazine, ni untuk edisi hari raya..thanx majalah Jelita for having us!!!

so jom tengok gambar-gambar dia, i meant, gambar yang kitorang tangkap sendiri, bukan photog yang hebat tangkap..hehe.. i wonder why kena sebut tangkap gambar? gambar tu lari dan kena berkejaran menyambut gambar-gambar yang jatuh, ke macam mana ni?


kalau hari raya, mesti wajib ada gambar salam bersalaman di hadapan makanan raya. I bawak nasi impit ok semalam!kagum tak?


ni baju Cala Qisya, tapi ala! tak nampak sangat ribbon dia, tunggu ya, nanti kitorang jual, jangan beli baju raya lagi tau..hehe


oh!its my first time wearing a turban, its actually a satin scarf, tapi yannie tolong buat jadi turban, selesa gila, tapi mesti kena condem dengan ayah punya, macam benggali/menggali or macam mana nak eja ni? adoi jual karpet..hehe


ok cukup tu je gambar hehe. Kali ni, I malas nak bawak camera jadi semua gambar tangkap, ambil dan curi sambil berlari dari camera orang lain je


semua wajib kena make up dari 4 orang MUA, at first I was so scared, macam tak biasa gila nak make up, selalunya pakai eye liner je pun kalau keluar, and kadang-kadang tak pakai apa pun, macam sumpah malas kot and belengas kat muka, siap cakap kat MUA, no! i dont want fake eyelashes semua tu, nanti jadi rozita che wan macam mana, nampak bulu mata je yang lebih, hee, and lepas make up, tak nak tengok muka dekat cermin, cos i know it'll look different and tak natural konon..ptuih..so inilah hasilnya..lain gila kot!

Saturday, June 18, 2011

Pengumuman!!!

Just a short entry post for today...what have u been doing people? jangan nak buat plan pelik-pelik weekend ni, sebab korang wajib datang aha aha, ke mana?


Cala Qisya and Cala Man will be here tomorrow..datang tau. kedai mama thistle ni betul-betul sebelah tempat karok loudspeaker kat kota damansara..to be exact, dia dekat sebelah giant kota damansara, shop lots opposite sunway giza..ha macam mana nak describe lagi bagi korang senang jumpa ni..datang! jangan tak datang! opcos banyak benda best dari CALA!!!HEEE


nak baju perempuan?nak baju lelaki? nak apa lagi, hah, semua memang ada meh.. jumpa esok okies? tatas

Wednesday, June 2, 2010

Tips-Tips Supaya Reunion Anda Pegi!!!!

Minggu lepas memang pegi bai!!. Sebab apa pegi sebab ada reunion yang pegi!! Aku dan budak-budak bekas Samura cuba buat perhimpunan secara seronok dekat Pey Dey. Tahu-tahu saja aku duduk dekat seremban, laju diorang bagi aku pikul tanggungjawab nak buat event ni.

Kau tahu tak Samura tu apa. Samura adalah sejenis binatang yang menghisap lemak-lemak tepu.......Aku tipu. Samura adalah sebuah sekolah yang mempunyai kubur dihadapan sekolah. Celah mana ada sekolah nak buat depan kubur kan..ha Samura ada buat. Gila ba!. Konon-konon nak elak aku dari 'fly' beli roti canai Pak Akob depan sekolah....tak menjadi la taktik anda. Laju je aku serta rakan-rakan lain buat lubang dekat pagar...seronok.

Jadi setelah masing-masing buat haluan sendiri, niat mahu lepak-lepak macam dulu timbul. Tapi kalau nak lepak saja sambil goyang kaki tak betul....oleh itu kena ada satu acara gilang-gemilang supaya dalam hati rasa hoooreyy...horreyyy. Sebagai organizer event ini aku cuba bagi langkah-langkah supaya kau tak silap langkah. Jadi bila kau silap langkah, kawan-kawan kau akan buat status dekat FB berbau tidak puas hati...lagi gerun kau kena caci serta merta. Jadi mari belajar ya.


Tips satu.

Untuk mengadakan reunion sekolah anda..anda perlu ada organizer yang cukup berdedikasi dan bertoleransi. Lagi bagus kau cari yang rajin..dah la rajin, baik hati, hensem, sopan santun serta manis...pergh...lengkap!

Organizer ini perlulah bersedia mengharungi rintangan perangai-perangai sahabat yang boleh buat nak mencarut. Lagi-lagi bab nak kumpul duit. Ini memang memerlukan kepakaran. Kau tengok aku pegang apa atas tu. Itu aksi untuk mereka-mereka yang liat nak keluarkan duit. Comperm terus bagi dengan sedikit wang saku untuk diri anda.

Jadi Organizer perlu bijak membahagi kan budget supaya nanti orang tidak kata.."wei!!!apahal mahal sangat!!!kau nak jemput Shahir Af ke buat persembahan!!" Gila ba apa aku nak jemput dia..baik aku buat pertandingan suara emas.


Tips Dua.

Bila dah ada organizer...organizer perlu melantik seorang abang gagah supaya nyawa beliau tidak terancam..jika-jika ada orang yang tidak puas hati.

Sikit punya gagah bukan orang yang aku lantik ini. Sekali dia grip tengkok kau pakai lengan...nyawa-nyawa ikan la anda. Jadi Siba selaku abang gagah memang melakukan tugas dengan penuh berwibawa. Memang tak beri peluang!...ombak satu kali!!!!


Tips Tiga.

Bila ada perhimpunan..kena ada tukang karut@carut. Tukang karut@carut ini bertujuan membuat pertunjukan sarkas bagi ahli-ahli lain sentiasa senak perut. Tukang karut@carut juga ditugaskan untuk membuat bising secara berterusan..barulah seronok bukan? kalau reunion yang sunyi dan hambar baik ajak ramai-ramai pergi kelas motivasi.

Jo memang pakar bab ni. Siba yang mempunyai perut keras pun tidak mampu menahan senak. Serupa beruk. Oh..hampir lupa, jika ada tukang karut@carut...perlu ada tukang kena carut. Ahah! yang ini memastikan bahawa sentiasa ada modal untuk perut anda senak.

Yuyu selaku tukang kena carut memang tepat dengan tema reunion. Dia lama sangat kitorang tak jumpa..jadi giliran dia kena carut. Sepatutnya Loki jadi bahan..dia tak datang. Jadi jawatan disandang terus oleh Yuyu..gamba dia aku letak yang paling hensem sekali. Hambek!


Tips Empat.

Aktiviti yang yeay yeay kena ada. Setakat aktiviti renang-renang dah tak pakai dah. Tak pun asyek-asyek main bola tampar...bola tampar...bola tampar. Jadi setalah aku kaji masak-masak aku buat keputusan buat aktiviti yang cukup bagi hadam makanan dalam perut.

Permainan baling selipar memang style. Sempat aku rembat selipar-selipar jiran dekat blok aku..semata-mata nak bawak ke PD. Rakan-rakan cukup bersemangat aku tengok. Walaupun masing-masing kalau lawan dengan budak tadika pun belum tentu boleh menang.

Galah Panjang pun pegi. Hilang akal sampai 20 orang main sekali. Ada jugak besar padang bola dia punya line. Besepah budak-budak ni lari. Ada gaya orang kena malaria sorang-sorang. Bila kau berlari aktif atas pasir yang lembut memang penat dia macam kau tebas balak.

Kau pernah main harimau jadian??...malas aku nak terang dekat sini..mau ada 2 entry nanti dia punya panjang.


Untuk aktiviti dalam air pun kena ada juga..baru seimbang. Tapi bukan aktiviti posing maut tepi kolam...sebab aku bukan buat rancangan amboi amboi.

Aktiviti campak member sendiri ini sangat seronok. Lagi tinggi member kau tercampak lagi rasa lega dekat hati.






...............................orang lain kena lambung kau pun nak jugak......


Tips Lima.


Dan yang paling utama adalah kena ada sumber makanan yang cukup bagi menampung nafsu-nafsu lapar rakan-rakan anda. Macam biasa la. Sinonim kalau reunion mesti ada BBq, kalau tepi pantai mesti ada ayam panggang.



Jadi bila semua orang hooray...kau pun akan hooray sebab dah berjaya buat satu event yang pegi!!!









Sekarang memang zaman semua nak jadi malaria apa. Cukup aku tak paham...ntah apa dia makan ntah. Rumput rampai barang kali.




Saturday, April 17, 2010

Lamb of GOD - Wrath Tour 2010




Aku bukan la penggemar daging kambing. Bukan juga pengembala kambing secara professional. Berkawan dengan kambing pun jauh sekali...cuma aku cukup teruja bila aku dapat tau ada rakan-rakan kambing nak datang Asia!! Singapore pula, memang dia punya timing cukup cantik! Jangan kau ingat aku ni ada sipi-sipi buat penyembahan kambing hitam...bukan! Aku memang suka dengan jenis musik yang agak gelap....tak betul tu.

Kira 'journey' aku nak pergi tengok LOG memang penuh dengan kekejaman. Start dia punya kejam bila aku baru nak buat pasport. Gila Ba la siak...payah dia memang pegi!!!


Kambing 1: Sikit punya gila orang Johor nak buat pasport..apa diorang memang pakat ramai-ramai nak lari dari Malaysia apa. Aku siap tak tido satu hari sebab nak gerak dekat sini pukul 6 pagi. Aku sampai 6.15 pun dapat no. 200. Berdengus kencang aku satu hari.

Janji aku dah ada pasport. Satu hal lagi...puas aku cari kawan yang ada aliran kambing dalam badan...haram satu tak jumpa. Last-last aku ternampak ada mamat yang agak poyo pergi post dekat Facebook tiket LOG dia. Aku cukup panas...laju aku comment2 gamba tu..tau-tau aku dah jumpa member nak gerak Singapore sama. Fecebook memang mendatangkn kerosakan akhlak. Terus aku kerah Abang Johari mintak tolong beli tiket dekat KL..settle!


2 bulan sebelum tarikh keramat aku dah buat persediaan rapi. Hafal lagu memang harus..senang sikit nak sing-a-long nanti..eksyen sikit dekat orang-orang Singapore. Stamina aku jaga ketat sebab aku dah dapat bayangkan bencana dalam concert nanti. Bukan aku pergi tengok konsert Alif Aziz atau Adam AF Shuffle yang hanya perlu petik2 jari sambil bersiul-siul manis. Paling busuk pun akan terlibat dalam 'moshing' sampai jadi kentang putar.

15hb April 2010 memang style! tepat pukul 2 petang aku dah standby tunggu Encik Shah Sickness yang aku kenal dekat Facebook. Rupanya dia bawak kaum-kaum makan budak dia sekali. Ah Fad Sickness, Afiq Adam dan Fizal cukup bagi budak-budak sekolah Singapore lari masuk rumah bila tengok kitorang jalan dekat sana. Semangat Kejam kuat sangat. Shah sebagai tour guide haritu..tabik sama dia!

Kambing 3: Kejam lagi rupanya gadis kastam ni..memang sesuai dengan jawatan dia. Kecut juga aku bila kena soal lebih kurang..yela pasport aku masih 'virgin'..belum ada cop mana-mana pun.

Kambing 4: belum apa-apa diorang dah berbincang nak buat onar...




Kambing 5 & 6: Dekat sini aku dah boleh nampak semangat berpasukan pasukan sorak LOG. Menjerit jerit masing cuba 'testing' vocal takut-takut dekat dalam nanti terkeluar pula suara asal yang saling tak tumpah macam singer six sense..ada kena tanduk nanti. Lagi satu aku nampak juga ada yang cuba menyamar jadi kambing jadian. Yang lepak sambil ragut rumput berdekatan pun tak kurang hebat juga. Orang kata feel tu dimana-mana.Kagum!


Kambing 7 & 8: Masing-masing cuba buat muka sehabis durjana. Macam aku cakap..feel tu kena pasang dulu siap-siap..dalam nanti kena kekalkan muka macam ni baru ah Tru Metal!!. Kalau ada mana-mana surirumah yang ada kesukaran dalam penjagaan kanak-kanak boleh hanta dekat brader-brader ni dalam 2-3 hari. Nescaya anak anda menjadi insan yang taat perintah, berdikari serta bertoleransi.



Kambing 9: Tumpang Glamer King Shah Metalasia. Shah sickness kata dia boleh main gitar dengan sudu..bukan calang-calang orang ni. Mungkin dia makan sup guna gitar barangkali..







Banyak sangat gamba kalau aku nak letak. Kira cukup la bagi kau jeles tengok kitorang melayan nafsu serakah. habis suma aku layan dalam concert ni. Moshing gila ba besar aku selamba rogol. Tak penah aku moshing sebesar ni..Gila!..Wall of Death selamba aku rempuh dengan rakus..hahahah! Aku siap 'standby' front row lagi beb!!memang tercapai cita-cita aku..perghhhh!!! hasil dia aku keluar concert tu macam lepas tebas balak la siak. Segala otot macam nak koyak, abis semua urat aku rasa tersimpul. Balik Malaysia dalam pukul 12. Aku minta tolong Petisuara ambil dekat Bazar JB..Bila masuk kereta aku baru nak buat muka-muka manja mengadu sakit sana-sini....laju dia jawab..." You yang nak pergi kan..i kira baik la bagi...orang lain suma cakap nape bagi u pergi concert ganas-ganas ni..dah tu sakit jangan nak ngadu kat i"...................................Sayang kau!!!!









Saturday, March 27, 2010

Earth Hour - Edisi Tutup Kalimantang

Awal-awal Sabtu lagi aku nak beri ucapan terima kasih dekat seluruh penduduk JOHO beserta Band-band yang perform untuk Siren's Night. 2 ibu jari untuk kalian!!!. Memang buat aku berjoget sekejap dengan Plague Of Happiness malam tu. Bukan senang nak tengok orang nyanyi-nyanyi dengan percuma. Kau nak tengk free pun paling busuk dekat kenduri khawin. Bos-bos JOHO memang baik. Kira aku kurang puas tulusnya sebab belum boleh berpeluh malam tu. Namapun akustik, kalau aku berjoget sakan memang buat orang pandang marah. Lagi-lagi 'event' buat dalam Starbuck. Hilang akal nak buat macam dalam gig betul. Nak tengok meriahnya Siren's Night kena tunggu abang-abang SLR naikturun gamba-gamba diorang dalam blog JOHO. Abang Carls pun tak terkecuali berpeluh mencari sudut-sudut tajam nak 'snap' gamba.



Malam ni aku dengar ada upacara besar besaran menjimatkan kuasa elektrik. Kira bagus benda ni dibuat. Bukan senang nak tengok bandar-bandar jadi gelap. Korang pun patut ambil kesempatan cuba cuba tutup lampu sekejap. satu jam duduk dalam gelap style apa. Bila gelap macam macam kau boleh buat. Kalau bosan sangat kau buat-buat la malam tu harijadi member kau. Walaupun dah 3 bulan lepas. Sambut dia lebih kurang dengan tepung. Kan terpinga-pinga tu. Aku nak cari sudut paling best dalam UTM ni tak pun dekat dekat JB nak tengok orang ramai tutup lampu. Selain boleh tengok masing-masing tutup lampu, kesempatan ni mungkin boleh tengok cerita lucah free.

Tak reti aku nak carut pasal benda ni panjang-panjang. Petisuara disuruh buat entry ni tak mahu dia. Kira korang 'stand-by' la malam ni dalam pukul 8.30. Matikan apa yang patut. Matikan lampu, matikan Tv, matikan laptop. Kalau dah bosan terus matikan diri atas katil. Kalau rajin cuba cuba matikan setem dekat pejabat hasil. Tengok jauh mana jaga tu maki korang. Jangan pula kau jadi bijak pergi matikan janakuasa kampung kau. Memang kau kena kerja keras ditumbuk laju laju dengan ketua kampung. Selamat bergelap dalam satu jam ok!!!!






P/S* gambar disumbang penuh oleh Google