Saturday, April 17, 2010

Lamb of GOD - Wrath Tour 2010




Aku bukan la penggemar daging kambing. Bukan juga pengembala kambing secara professional. Berkawan dengan kambing pun jauh sekali...cuma aku cukup teruja bila aku dapat tau ada rakan-rakan kambing nak datang Asia!! Singapore pula, memang dia punya timing cukup cantik! Jangan kau ingat aku ni ada sipi-sipi buat penyembahan kambing hitam...bukan! Aku memang suka dengan jenis musik yang agak gelap....tak betul tu.

Kira 'journey' aku nak pergi tengok LOG memang penuh dengan kekejaman. Start dia punya kejam bila aku baru nak buat pasport. Gila Ba la siak...payah dia memang pegi!!!


Kambing 1: Sikit punya gila orang Johor nak buat pasport..apa diorang memang pakat ramai-ramai nak lari dari Malaysia apa. Aku siap tak tido satu hari sebab nak gerak dekat sini pukul 6 pagi. Aku sampai 6.15 pun dapat no. 200. Berdengus kencang aku satu hari.

Janji aku dah ada pasport. Satu hal lagi...puas aku cari kawan yang ada aliran kambing dalam badan...haram satu tak jumpa. Last-last aku ternampak ada mamat yang agak poyo pergi post dekat Facebook tiket LOG dia. Aku cukup panas...laju aku comment2 gamba tu..tau-tau aku dah jumpa member nak gerak Singapore sama. Fecebook memang mendatangkn kerosakan akhlak. Terus aku kerah Abang Johari mintak tolong beli tiket dekat KL..settle!


2 bulan sebelum tarikh keramat aku dah buat persediaan rapi. Hafal lagu memang harus..senang sikit nak sing-a-long nanti..eksyen sikit dekat orang-orang Singapore. Stamina aku jaga ketat sebab aku dah dapat bayangkan bencana dalam concert nanti. Bukan aku pergi tengok konsert Alif Aziz atau Adam AF Shuffle yang hanya perlu petik2 jari sambil bersiul-siul manis. Paling busuk pun akan terlibat dalam 'moshing' sampai jadi kentang putar.

15hb April 2010 memang style! tepat pukul 2 petang aku dah standby tunggu Encik Shah Sickness yang aku kenal dekat Facebook. Rupanya dia bawak kaum-kaum makan budak dia sekali. Ah Fad Sickness, Afiq Adam dan Fizal cukup bagi budak-budak sekolah Singapore lari masuk rumah bila tengok kitorang jalan dekat sana. Semangat Kejam kuat sangat. Shah sebagai tour guide haritu..tabik sama dia!

Kambing 3: Kejam lagi rupanya gadis kastam ni..memang sesuai dengan jawatan dia. Kecut juga aku bila kena soal lebih kurang..yela pasport aku masih 'virgin'..belum ada cop mana-mana pun.

Kambing 4: belum apa-apa diorang dah berbincang nak buat onar...




Kambing 5 & 6: Dekat sini aku dah boleh nampak semangat berpasukan pasukan sorak LOG. Menjerit jerit masing cuba 'testing' vocal takut-takut dekat dalam nanti terkeluar pula suara asal yang saling tak tumpah macam singer six sense..ada kena tanduk nanti. Lagi satu aku nampak juga ada yang cuba menyamar jadi kambing jadian. Yang lepak sambil ragut rumput berdekatan pun tak kurang hebat juga. Orang kata feel tu dimana-mana.Kagum!


Kambing 7 & 8: Masing-masing cuba buat muka sehabis durjana. Macam aku cakap..feel tu kena pasang dulu siap-siap..dalam nanti kena kekalkan muka macam ni baru ah Tru Metal!!. Kalau ada mana-mana surirumah yang ada kesukaran dalam penjagaan kanak-kanak boleh hanta dekat brader-brader ni dalam 2-3 hari. Nescaya anak anda menjadi insan yang taat perintah, berdikari serta bertoleransi.



Kambing 9: Tumpang Glamer King Shah Metalasia. Shah sickness kata dia boleh main gitar dengan sudu..bukan calang-calang orang ni. Mungkin dia makan sup guna gitar barangkali..







Banyak sangat gamba kalau aku nak letak. Kira cukup la bagi kau jeles tengok kitorang melayan nafsu serakah. habis suma aku layan dalam concert ni. Moshing gila ba besar aku selamba rogol. Tak penah aku moshing sebesar ni..Gila!..Wall of Death selamba aku rempuh dengan rakus..hahahah! Aku siap 'standby' front row lagi beb!!memang tercapai cita-cita aku..perghhhh!!! hasil dia aku keluar concert tu macam lepas tebas balak la siak. Segala otot macam nak koyak, abis semua urat aku rasa tersimpul. Balik Malaysia dalam pukul 12. Aku minta tolong Petisuara ambil dekat Bazar JB..Bila masuk kereta aku baru nak buat muka-muka manja mengadu sakit sana-sini....laju dia jawab..." You yang nak pergi kan..i kira baik la bagi...orang lain suma cakap nape bagi u pergi concert ganas-ganas ni..dah tu sakit jangan nak ngadu kat i"...................................Sayang kau!!!!









7 comments:

ѼAkU_BeBaS_BerFiKiRѼ said...

der!!!
lu pergi ini concert!!!
mak aih...
layan seyh....

aarrrggghhh!!!!
dengki siak~

fais said...

fuh!!mengingatkn aq pd lagu2 setan kite lyn dulu..haha..tebaeeeekk!!!

sherah said...

hahahaha aku suka part last jah ;D

Syahrul Iman said...

pergh..terbaek wook!!..haha

humaira balkiss said...

omg
layan ke ini band?
haha
gila hebat lah
ganas siak ;D
pnh try nk layan lagu log ni
tapi x leh bawak
sngt berdetam detum
;D
koman2 bole pegi dkt cradle of filth je
agak lemah gemalai dari log ni.haha ;)

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Wakakakaka !


r0ck gile gambow2 beliaw~

Amirah Rashid said...

lawa mata. haha :D