Wednesday, April 3, 2013

Perangai Pelik 49: Cahaya


Masa awal awal idea aku nak berkahwin, ramai bagitau dekat aku, “nanti kau dah kahwin, kau sendiri akan tau lagi 99% perangai bini kau. Sekarang ni kau baru tau 1% je bai”

Setelah aku kahwin, aku tunggu tunggu jugak mana 99% yang akan aku dapat tau di kemudian hari. Manalah tau kot kot isteri aku sebenarnya pemakan darah ke, alien ke, boleh terbang ke. Manalah tau kot kot.


HB: apasal gelap sangat rumah ni b, apasal tak bukak lampu?
PS: kenape nak bukak lampu?
HB: sebab gelap le
PS: kenape nak terang?
HB: hmmm susah nak jawab tu


HB: B! u dekat mana?
PS: mandi  oi
HB: mandi? Apasal tak pasang lampu?
PS: kenape nak pasang lampu?
HB: sebab u mandi  pukul 9 malam, dan 9 malam tak ada cahaya matahari? I bukak ea lampu
PS: tak naaaak! Jangan la bukak lampu! Tak suke !
HB: hmm macam mana u nak tau mana satu sabun mana satu ubat gigi?


PS: b, bangun…subuh!
HB: mane suis lampu…
PS: nak buat ape! Tak payah la pasang lampu! Ambik jela air semayang…tak payah bukak lampu!
HB: abih kalau dah tak bukak lampu, celah mane nak nampak jalan ke tandas? Macam mana nak nampak pili air dan macam mana nak nampak sejadah pun?
PS: ala..nanti bila lama sikit, anak mata kita akan mengembang dan anak mata akan cuba menyerap cahaya yang masih ada di sekitar, oleh itu kita akan dapat melihat jugak walaupun gelap.
HB: huyo


Aku doa doa Petisuara bukanlah orang kelawar. Oh…Petisuara sekarang dah cergas balik. Perut pun dah maju kedepan.

Psss: Aku ingat aku nak buat lagi cerita karut marut macam dulu…tengoklah kalau rajin. Mengantuk betul sekarang ni




18 comments:

onie said...

bhahahahhaha...sengal ...

HanNis SaNia said...

mak ai ni memang suka bergelap ni :) hihihi ..

alyrds said...

muahahaha~....

cer tanya : Apa beza lampu stadium dengan lampu bilik???

muakaka~

Amalina said...

hahah!aku pun suka duk dalam gelap sampai kawan serumah aku panggil puteri kegelapan.tapi kan..peti suara cakap "ala..nanti bila lama sikit, anak mata kita akan mengembang dan anak mata akan cuba menyerap cahaya yang masih ada di sekitar, oleh itu kita akan dapat melihat jugak walaupun gelap.", memang sangat fuyooo!

Salma Tayo said...

haha.jimat letrik sungguh!

AmirahSM said...

hahahahahahaha

Mooniqueen said...

lawak betul la..
salam perkenalan..

chummy cliche said...

untung jimat letrik.. hahah

wanie said...

penat la baca...gelak sampai nak nangis....huuuuuuu

Asyik Izas said...

haha..sgt kelakar korang suami isteri..:)

Alfi Kasran said...

PS dengan saya sama.paling tak suka bukak lampu.selagi tak de emergency jangan harap nak bukak lampu.

belle hani said...

Hihik. Kak yana comel!!! Update la lagi :D

Kniedaz said...

ada masanya lampu memang tidak perlu ^_^

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

hu3...dah preggy... :)

Dulu CIK FAFA sekarang CIKpuanFAFA :) said...

haha. comel gile korang neh :), may Allah bless u both till jannah ^^

♥ cik kieranaa ♥ said...

bro, gua sependapat dgn yana. sumpah same! hahaha.

balqisfz said...

hahhha. kelakar dehhh

eda said...

yeahhh sama !!!!
kite mandi tak bukak lampu ... gelap is best .. semuaaa sama la bab lampu !! gimme 5 PS ..