Wednesday, June 12, 2013

Ayah kepada anak

Dear anak,

Menurut kamus dewan, panggilan ayah adalah menjerumus kepada sesorang yang berkahwin dan mempunyai anak, jadi moleklah kalau anak ingin panggil ayah ni ayah, tapi sekali sekala panggil James pun sedap juga mendengar. Anak jangan lah risau kerana ayah bukan lah sejenis karipap. Jika anak ingin tahu, karipap itu ada dua jenis satu karipap sardin dan satu lagi karipap kentang. Karipap sardin tak berapa sedap.

hai anak,

Walaupun ayah berasa gementar dan sedikit seram dengan kebolehan anak mengarang surat semenjak di perut ibu lagi ni, ayah cuba berlagak professional dengan membalas surat anak walaupun ayah rasa hilang waras buat benda macam ini. Itulah tanda kasih ayah pada anak. Ayah disini sihat dan gembira hendaknya. Anak macam mana? cukup makan ke? cukup oksigen ke? 

Anak,

Baru semalam ayah bawa ibu ke hospital untuk buat pemeriksaan susulan. Dengan pemeriksaan ini, bolehlah ayah melihat struktur tubuh anak melalui mesin xray kepunyaan doktor. Setiap kali pemeriksaan, ayah perhatikan boleh tahan juga dia punya bill. Walaupun doktor hanya cakap "semua bagus, jumpa bulan depan" tetap bill dia sama. Kadang kadang, nak saja ayah tumbuk hidung doktor tersebut tapi memandangkan ayah ni akan menjadi ayah, ayah simpan sahaja dalam hati.

Ayah perhatikan yang anak ni boleh tahan lasak juga duduk dalam sana. Sering ibu mengadu pada ayah yang anak kuat bergerak. Tapi, anak janganlah risau kerana ayah sentiasa membantu apa yang patut pada ibu. Sekarang ini pun, segala benda ayah yang kasi settle. Dari menyapu sehingga ke melipat baju, dari membuat susu sehingga menyuruh makan ubat dan kadang kala mengambil upah menebang balak.

Anak,

Jika anak ini betul anak perempuan, jangan lah anak risau kerana ayah dan ibu sudah menyediakan nama untuk anak pakai di lencana sekolah nanti. Nama yang ayah pilih ini merupakan nama nama terbaik dan juga ada power orang cakap. Tak sabar juga ayah nak tunggu anak ni keluar. Kalau boleh keluar waktu bulan puasa pun baik juga, apa barang lepak lama lama dalam perut ibu tu, tak remaja langsung. 

Segala persiapan untuk anak telah pun sedikit sebanyak ayah dan ibu sediakan. Baju, bedak, ketip kuku, bedung dan segala perihal mandian. Kereta sorong pun dah ayah belikan. Dalam pemilihan barang anak ni, ibu sungguh cerewet. Bedak organik, lampin organik, sikat organik, tilam organik dan serba serbi organik. Ayah ada mencadangkan yang kita berpindah saja ke dalam hutan simpan  Pahang sana kerana sana lebih organik dan hydrofonik. Ibu hanya ber'huh' dan menjeling. 

Ayah sekarang ni tengah praktis iqamah sikit sikit. Bagi perfect sekali nafas je nanti. Tapi ayah masih lagi keliru, nak instag dulu ke iqamah dulu? 

Anak,

Ayah nak kabar satu benda. Hidup ni kenalah paksi pada satu perkara. Solat nanti jangan ambil ringan. Kena pandai olah mana yang bagus dan mana yang tidak. Sifat berjuang tu kena ada dari awal lagi supaya anak nanti tak kena tindas. Jangan layan sangant perihal dunia ni kerana perihal dunia tidaklah ada penghujung melainkan menyesatkan dan selalu bersedekah.

Oklah ayah nak pergi bukak kedai. Nanti anak dah lahir besok boleh la lepak dekat sana. ok bye dan jaga diri.

Yang gagah,
Ayah.


Ini ayah dan ini juga ibu. Amacam? power tak?

22 comments:

Ainee Cumi said...

<3

Anak dengan ayah sama power bab mengarang ni.

Ety said...

Aww. This is priceless :)

wanie said...

syahdu nya baca surat ayah nie....
tiba-tiba nak nangis teringat kat arwah ayah....huhuhu....

take care yana....

p/s : dalam syahduku, ada gelak tawa berguling-guling baca ayat ayahmu ni anak.....semoga kau bertabah mendengar ceramah ayahmu ini nanti...hahaha

NinaAz said...

power sangat. hikhikhik. nak jadi ayah dah ko wan. :)

E'in said...

yeay.. dh nk dpt baby... tahniah... :)

fieza razali said...

Agaknye ape pulak si anak reply ye,hehehehehe

fieza razali said...

Agaknye ape pulak si anak reply ye,hehehehehe

✿ pink velvet ✿ said...

hahaha! gelak besar bace surat bakal ayah mithali ni

Anonymous said...

hhahahahhahahaha lawak gila. korang akan jd parents yg sgt awesome kpd Anak :)

Julie Hawa said...

Walaupun berbunyi kelakar... tapi syahdu baca lain macam betul... bergenang air mata kakak... seronok nya kan nak jadi ayah ibu... semoga akak di beri kesempatan juga untuk laluinya...

lia zakiah ZULKAPLY said...

pesanan dari ayah buat anak..anak sama macam ayah.lasak..huhu..sangat comeell luahan ayah...
so baby dengar cakap ayah tau..

Shazwani Ramly said...

comelnyaaa siap mengarang surat. nanti anak dh pandai baca mesti anak terharu ayah buat mcm ni :)

Asyik Izas said...

hahaha..kelakar giler..terbaiklah ayah ni...hehe

ddJaafar said...

kelakar tapi buat hati ni nak nangis.eh.rasa nak pregnant yang ke 4 pulak laa..

Kniedaz said...

nice la ayah hehehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

daddy cool!

Rempeyek Bahulu said...

lawak la tang hutan simpan pahang tu kakakkakakakakakakakakkakakak

~cik shanashaida~ said...

comel btol ayah ni..siap karang surat lg.. semoga kalian menjadi ayah dan ibu yg terbaek.. :)

ekin schmidt said...

not bad.
cool
yg hutan organik tu masuk akal ! :)
take care anak ayah ibu



dlm post ada fan page yg curik photo girl dan komen -ve. please report the fan page sbb tak perlu ada dan merosakan akhlak je .tq

http://melangkaugarisan.blogspot.com/2013/06/masalah-makan-diri.html

Anonymous said...

Salam kak yana,
Saya mimi (bukan nama sebenar) ingin memohon maaf di atas pengambilan gambar adik kak yana (azrinakhairudin) sbg profile picture di instgram saya atas kepentingan saya sendiri. Saya berharap dia(adik kak yana) menerima permohonan maaf saya dan saya berjanji tidak mengulangi lagi. Saya sudahpun menukar profile picture saya.

Yang ikhlas,
Mimi

peminat setia calaqisya.


Namav

Cik (Puan) Fizza Lovalova said...

auww sweet jeee!

semoga selamat semuanyaaa.
Amin :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

bila anak kamu dah besar nnt, boleh baca karangan dari ayah untuk anak mesti dia rasa terharu dan gembira...:)