Saturday, July 6, 2013

Anak pada Ayah: 2

Assalamualaikum ayah dan ibu,

Dear ayah,

Ayah sedar ke tidak ni yang saya dah keluar dari perut ibu. Bukan main girang lagi rasa hati ni bila saya dapat tahu yang saya dah keluar. Itu pun saya sedar bila saya tengok kiri kanan dah tak gelap dah. Terang semacam sampai naik silau. Kira ok la jugak tempat ni, tak ade la power mane sangat pun. kahkah. Ha, ayah ni ape cerita? sihat ke? ibu amacam? molek ke tak? dengar cerita serupa ribut waktu saya nak keluar itu hari.

Ayah,

Kira ayah ni power la saya perati. Saya tengok masa ibu tengah genting sakit tu ayah bukan main bagi semangat. Dashat sungguh bunyi ayah menjerit dalam wad tu. Sikit lagi je saya konfius ayah ke ibu yang melahirkan saya sebenarnya ni. Tapi tak apa, orang kata semangat kesukanan tu kena ada ye tak ayah? Saya sebenarnya boleh je keluar sendiri tapi saja nak bagi thrill sikit. Senang sangat nanti tak ada la cerita kan. Secara rumusanya, ayah dan ibu ni power. 

Ha, saya dengar berat badan saya ni tak mencapai piawai yang disyorkan. Ape kebende pulak tak cukup berat ni? suka hati saya la nak berat berapa pun. Berat banyak banyak pun nanti orang bising pulak suruh turun berat badan. Bialah saya sedari bayi lagi menjaga berat badan kelak masa hadapan boleh jadi ramping dan comel. Nama pun saya ni seorang gadis. 

Ayah,

Bagitau lah sama ibu yang jangan sedih sedih sangat bila datang tengok saya dalam peti ni. Saya bukan ada apa apa pun, tinggal dalam ni pun rasa macam duduk hotel. Semua orang bagi, makan, minum dan berak pun orang tolong basuhkan. Bukan main seronok lagi. Saya sikit hari lagi keluar lah dari peti ni. Ni kalau ibu dok sedih memanjang macam mana saya nak dapat susu ibu yang optimum serta berdaya saing. Orang kata, penghasilan susu ibu bergantung rapat pada emosi serta spiritual dalaman ibu itu sendiri. Untuk menghasilkan susu yang bergred A atau piawai 1Malaysia, ibu itu haruslah reset minda serta audit perasaan diri supaya mempunyai bekalan dunia dan akhirat yang cukup. Apabila dunia dan akhirat cukup, sel sel dalam badan secara auto akan mengahsilkan cas cas......peh, dalam betul saya berfikir semenjak menjak ni.  

Oklah ayah, saya malas nak cerita banyak. Nanti nanti lah kita borak. Ha, ni nama saya apa ni? Tak kan nak bayi sampai habis, bagi la nama sedap sikit.

Sampai disini sajalah surat saya kali ini, mohon ayah dan ibu rilek rilek serta jaga kesihatan. Ha, baju raya kita ni nak kaler ape? saya nak riben riben sikit.

Tengok betapa rilek nya saya ni ayah oi, tak payah la nak risau misau sangat.

 Ramai kata saya ni muka ada macam ayah, harapnya idak la mata saya ni selebam mata ayah, metallica sangat saya ni karang. Ha satu lagi, dengar cerita ayah tak dapat kelulusan nak ke konsert metallica, saya ucapkan padan muka la pada ayah...kahkahkah







31 comments:

AleynCikMan said...

hahahah lawak gila kot! 'saya ucapkan padan muka la pada ayah. hahah mesti ayah gelak beguling guling. hebat anak tulis surat cengginih. mendalam betul dia berfikir. KAHKAH. tp ape pun, semoga anak di dalam sihat saje ye ayah. peace

Nazim Nasri said...

Alhamdulillah. Tahniah utk kamu orang. Ni dapat anak pompuan tapi gaya penulisan brutal sangat. hahaha

AleynCikMan said...

Lawak betul surat anak ni. 'saya ucapkan padan muka la pada ayah ye kahkahkah!' Anak oh anak..
Ape pun semoga anak di dalam keadaan baik dan cepat keluar dari hotel 5 star tu k. peace bro

noktahdalamhitam said...

Terkekeh-kekeh gelak baca entry ni.
muahahaha. terbaik !
kreatif la si baby punya ayat..

Amirul Ramli said...

Waaahh.. comelnya. hehe.. selalunya macam tu la.. isteri ok je. suami yang pengsan. hak3

Anonymous said...

comel baby. tahniah kak yana dan wan! :D

Anonymous said...

So comel....cpt bsr yer baby...be pretty like ur mother...prangai ayah tu toksah ikot tau...hahaha

C++ said...

Bhai HentakBelipat...

Beriboo-riboo tania.... hahahaha

zahra said...

"Dashat sungguh bunyi ayah menjerit dalam wad tu. Sikit lagi je saya konfius ayah ke ibu yang melahirkan saya sebenarnya ni." hahahahah adoi lawak lah xD
btw tahniah! Semoga jadi anak yang solehah farah dot dot hihi

BidadariBesi [SYAA] said...

Part tak dapat permission pi konsert Metallica tu paling sedih. Kahkah!

*hope baby cepat sihat dan naik berat. Amin :)

NinaAz said...

Mancung hidungnya hihi1. Tahniah wan

Sya_Merpati Putih 88 said...

entry nie kelakar...:D
masih baby lagi dah pandai tulis surat camginie eh..?

tahniah sebab dah dpt baby, semoga baby membesar menjadi anak yg bijak pandai n solehah..:)
comel baby..sy dulu mase baby pun tak cukup berat dan duduk dalam "kotak itu" jugak..huhuhu..tapi sekarang sihat sahaja..:)

✿ pink velvet ✿ said...

congrats both of u..
sah! mmg sebiji muke ayahnyer, hehe!
semoga cepat sihat baby~~

Salma Tayo said...

congrats hentakbelipat n petisuara!

Ainee Cumi said...

You so sweet lah Wan.

And the baby, Masyallah comel sangat macam Yana. Kau? hermmm.

HIhihihi!

Semoga menjadi ayah yang paling membuat anaknya rasa selamat di sisi.

mama leen said...

assalam sayang ku... bersabar lah sebab dapat ayah yang serupi ini.. hehe :)

cinta03 said...

nie baru betul anak ayah...
tahniah.. selamat berpantang....
bukan unutk isteri jer, tapi en. suami juga..wahahhaah...

Dina Irvani said...

Awww so cute :) congrats for u and the baby..
sisterhoodfash.blogspot.com

Kniedaz said...

tahniah! Semoga baby cepat keluar dari kotak kecik tu dan balik ke kotak yang besar

ekin schmidt said...

owh. da selamat tgk dunia.
baru tahu.
tahniah both of u.
hope ank ibu n ayh sihat2 :)

Anonymous said...

anak tak cukup bulan ke? sekarang baru bulan 7, kawin bulan 12 kan??

petisuara said...

Cik anon,bila pulak la ktrg kawen bulan 12.check balik la entry2 ktrg sblm comment ya.ktrg kawen awal bulan 7.sy beranak 32weeks 2 days.xnampak ke baby tu kt dlm incubator.adoi,xperlu nak tanya la kot anak lahir xckp bulan ke apa.da terang nyata dan jelas ada dlm gmba.susah betul org mcm ni

Anonymous said...

ni kat hospital klang ke?

cc said...

ni kat hospital klang ke?

Fear'Ara said...

congrats dear ... i'm one your silent review .. love your writing.. anyway take a good care of yourself and baby ok ..

Faizul said...

Tahniah..

aCu atiQ said...

uhuhu. comel sangat anak ayah dengan ibu ni. duduk dalam hotel ye. huhu. moga cepat2 keluar ye baby.

Anonymous said...

anon,depa kawin 16.11 okeyyy. haishhh!!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

tahniahhh selamat sudah menjadi ayah dan ibu

balqyys jasni said...

congrats:) cepat rezki korang dapat anak..alhamdulillah..comel sangat2 anak korang:) jealous..huhu..saya da kawen 4months,but still no good news yet:(

Teena Tna said...

Wah, kecik2 lagi dah pandai tulis Surat...
Comel dia...
Tahniah ye :)