Monday, October 21, 2013

Proses kendiri Hana

assalamualaikum,

Sekarang bukan senang aku nak bersenang lenang lembik lembik lemah gemalai lagi dah. Sekarang aku kena selalu get ready. Hana dah masuk 3 bulan dan lipat dekat peha pun dah naik 3 lapis, ini menunjukkan aku perlu lebih gigih.

Kalau dulu masa petisuara sarat, rutin harian aku tak ada apa hal sangat. Ini jam aku punya jadual memang sesak. Bila bangun subuh, aku akan pastikan Hana sedang tidur lagi, ini penting bagi kelangsungan aku sepanjang hari. 

Aku perlukan kopi. Kalau aku tak berkopi waktu itu, entah dapat ke tidak kopi untuk satu hari. Bila tak dapat kopi, aku rasa nak bergadoh satu hari. Pernah tak berkopi punya pasal, bersepai pokok depan rumah aku tumbok. Kes ranting cucuk tengkok aku. Haa merbahya tak abang sekarang ni.

Petisuara, aku kasi can rehat lepas subuh sebab malam tadi dia dah bekerja menjadi susu kotak HL lemak berkerim tapi tetap low fat. Kasi dia simpan tenaga lah. Bila naik sikit matahati, naik jugalah mata Hana. Proses pertama kena buat adalah tenang diri. Baca sikit ayat ayat power dekat telinga dia. Bila dah nampak cergas, aku jengok kelembapan pampers Hana. Ujian kelembapan ni adik adik boleh guna jari manis ya. 

Kalau agak tenggelam hujung kuku tu, kira Hana berada dalam keadaan renyai. Boleh la bukak pampers tu kasi free. Pernah satu kali, aku seluk jari manis dan aku dapati bukan sahaja kelembapan, malah ada lumpur warna kuning cokelat. Ini dipanggil Jackpot. Satu hal Hana ni dia cukup suka bernaked. Inilah fitrah manusia dimana dekat padang mashar pun kita naked. Ingat ya padang mashar. Kalau adik adik cuba berbogel dalam pavi, bukit bintang atau alam maya, adik bukanlah kembali pada fitrah, tapi adik kembali menjadi berok. Tak ada otak.

Kasi Hana free dulu lepas itu boleh la ke arah proses bersih diri. Air suam atau sejuk tak jadi hal sebab ramai kata bagus air panas dan ada juga kata bagus air sejuk. Ikut kau lah, budak lagi suka mandi air hujan kalau boleh.

Waktu proses hias diri, aku sering mengamok. Bukan apa, bila aku dah setting baju-seluar-stokin mesti petisuara akan sound, "tak cantik langsong! haruslah Hana sentiasa beutiful tau tak" Ok aku pass pada Petisuara proses ni, dan akan besepah almari Hana. Ini tak kena itu tak kena, ini tak matching itu tak hijabista. Lantak lah.

Akhir sekali proses sihat diri. Tekan tubi 10 kali, lompat bintang 10 kali dan angkat besi 10 kali. Rutin ini ikut emosi Hana juga, kalau dia ok sikit bolehla. Kalau emosi dia goyah, aku suruh siram pokok bunga je, janji keluar peluh.

Selesai semua perkara diatas, barulah boleh sarapan. Hana akan sarapan susu sehingga dia tertutup mata. Bila dah macam itu, barulah aku kasi urus diri. Biasanya aku ambil masa 5 minit sahaja sebab tak boleh lama, Hana nak berteman. Itu pasal aku sekarang macam orang hutan jambang bersepah sana sini.

Ok sekian, aku nak pergi basuh berak hana


bahan bacaan untuk tumbesaran anak juga penting ya adik adik

9 comments:

shazatul shifaa zulaikha zulkifli said...

KAHKAHKAHKAHKAH


semoga hana jadi anak solehah dan mendengar kata. amiinn :)

DYatie ABakar said...

Ok. Good daddy!

Unknown said...

alololo...comey.

y i e n said...

hahaha! sumpah lawak :P

p/s : bila nak tempek pic hana byk2 kat sini?

C++ said...

Bhai HentakBelipat...

Pergh... lama tak update blog... pergh... biler aaa dapat gua turun Shah Alam nih... hahaha... sibuk memanjang jer gua nih...

Hahaha.... Selamat menjadi bapak benggali (opps... mithali)... hahaha

suhaida shukor said...


Haha comel je HB.

Carlos Santiago said...

selamat menjadi bapa mithali

AzzAMasturA said...

hana comel . mesti ikut mak je . sekian :p

Unknown said...

haha..comel je membayangkan hana siram pokok bunga..