Wednesday, February 22, 2012

Perangai Pelik 41: Malik

Sroot Sroot Sroot... Zaman sedup air nescafe O ais yang strong. Itu yang dia pesan pada brader mamak tadi. Strong itu mungkin maksudnya lebih sikit serbuk nescafenya? 

Wan..aku nak cakap kau satu perkara, tapi kau jangan cerita dekat orang lain tau. Zaman memulakan bicara. Apa benda? kau ngorat nenek orang ke? Aku meneka. Zaman dah mula bakar sebatang rokok. Ini tandanya bakal ada satu luahan perasaan. 

Bukan la setan, aku bukan nak jadi batu api ke apa, cuma aku macam kecik hati lah, Aku....ishhh, aku tersinggung lah.. tersinggung!! luah Zaman bersungguh. Bergenang air mata sedikit. Walaupun nampak sedih tapi ada sedikit rasa geli geleman. Aku sigung juga Zaman ni karang.

Apa bendanya? cuba cerita terus-terus. Aku mula hilang sabar. Marah juga ada orang buat kawan aku tersinggung.

Aku bengang dengan Malik la siapa lagi, berlagak gila nak mati. Aku punyalah nak mesra mesra, dia boleh buat tahi dengan aku. Puas kot aku panggil-panggil nama dia.. Malik....Malik...tapi satu haram pun dia tak menyahut. Sudah la tak menyahut, pandang muka aku pun tak hingin. Apa aneh sangat ke muka aku ha? Luah Zaman sungguh.

Malik mana ni? budak mana? duduk mana? berani betul dia nih? kau nampak kerusi plastik ni...kalau tak hinggap ke dahi dia memang saja laa kan! Aku menambah perisa. Biasalah bagi hangat sikit suasana.

Alah, Malik lah siapa lagi, mana ada Malik lain lagi. Aku bukan nak laga-laga kan kau orang, tapi aku sedih la diperlakukan macam ini.

Malik mana satu ni? Aku dah hilang sabar ni. Kalau betul aku kenal malam ini juga kita settlekan!

Ini yang aku takut cerita dekat kau ni, baran cepat sangat...Alah Malik lah! Kau kenal satu je kot nama Malik dalam dunia ni aku rasa.

Malik mana satu!!

Malik budak rumah kau lah!! dari petang tadi aku tegur dia seperti, "Malik..kau dah makan?" atau "Malik..kau tengok bola tak hari ini?" tapi langsung dia tak layan aku. 

Sahabat, sahabat...manusia itu dilahirkan dengan nama Majid. Kalau kau panggil dia dengan Malik, lagi 3 kali raya puasa pun belum tentu dia akan menyahut. 

Sejurus itu juga Zaman terbaring mengerang kesakitan. Patah dua juga kerusi plastik tu aku libas.




4 comments:

anakcikbob said...

zarul2.. kenapa la bangang majid kau panggil malik.

azasuhaiza said...

haha.hampeh je...

O'gosh said...

hahahakkkemo gila..padahal salah nama....lelaki pun ada perangai tacing2 cenggitu ye...

✿ pink velvet ✿ said...

hahaha! sengal...pdn muka kene libas :P