Monday, March 26, 2012

Perangai Pelik 43 : Tabiat

Alam sekitar banyak mempengaruhi kehidupan kita. Sebagai contoh, kalau tinggal di kawasan yang menghijau, kita akan menjadi penghijau yakni suka akan tumbuh tumbuhan. Jika kita selalu lepak di kawasan makanan, kita akan jadi diabetes dan yang terakhir jika kita selalu naik kereta di kawasan yang sesak, kita banyak dosa sebab kuat mencarut.

Di sini, kita dapat sedikit sebanyak belajar cara kehidupan. Cara kehidupan manusia yang semakin menjadi orang gua...orang pakai baju singlet sebelah tapi labuh sampai ke lutut dan bercorak binatang.

Macam aku, aku banyak juga menyerap cara kehidupan di jalan raya KL. Rahsia? kalau nak berselisih dengan lori atau bas, pastikan dalam kereta ada tin minuman, kalau anda dihimpit dengan kasar..gunakan tin tersebut untuk baling ke lori atau bas. Satu lagi, kalau nak memotong tapi motor semua sup! sup! laju di bahagian kanan langsung tak bagi peluang. Masuk secara mengejut dan jika motor berlaga, teruskan perjalanan sambil pasang lagu kuat kuat.

Macam Petisuara, dia ada rahsia yang paling power.

Kalau dia bawa kereta dan orang lain semua sibuk sing-a-long lagu..eh bukan lagu, cuma korus..eh bukan korus..cuma yang part hujuuuung sekali, yang bunyi kosong...kooosong...koooooosooooooong dari Najwa Latip, Petisuara akan senyap dan garis garis kasar di dahi akan timbul dengan banyak. Ini menunjukkan dia begitu fokus dan In To dalam memandu.

kita dapati rahsia petisuara untuk absorb kehidupan jalan raya di KL adalah dengan cara fokus dan berkedut dahi.



Hakikatnya, ini bukanlah rahsia Petisuara. Ini adalah skill dimana akan membawa bencana kepada orang lain.


Petisuara: I pening!!!
Mis: Apasal? apasal?
Petisuara: I tak boleh nak drive dah!!!
Mis: Apasal? apasal?
Petisuara: I pening!!
Mis: Tau la pening, tapi apasal tiba-tiba?
Petisuara: I tak boleh la drive, I asyik nak baca semua no. plat kereta!! ha tu WWF 3346..ha di sana ada PUK 123 dan di situ ada ABG 1145. Bukan sekadar itu, semua pelekat dekat kereta pun i nak baca!! Ha di sana ada pelekat 'Jangan langgar, kalau langgar kau siap!' dekat sana pula ada pelekat 'L' dan hujung sana ada pelekat 'saya bersekolah di sekolah, tak kan di kedai potostate'
Mis: Abis sini macam mana..macam mana nak buat U tak baca segala gala nya?
Petisuara: bawak kan kereta pliss! bawakan pliss! bawakan plis!!



" Mother F" kata Mis di dalam hati



Psst: Mother F tu kata panjang dia adalah Mother Fun!

13 comments:

Sharifah Cubil said...

pening dan x paham.hahah pening

alexa yussida said...

ps main ngelat tuh..xleh blah alasan xnk drive!haha

Suri said...

Ahahahahahaaa... Mother 'F' !!!!!

grOundnUt said...

Mother F sesuai untuk Mother Father jugak beb..heheheh..^^'

onie said...

sometimes onie pon gitu gak,huhu

✿ pink velvet ✿ said...

hahaha! parah sungguh :P

cikpia said...

aku suka gak baca plat keta orang..... memang best!! lagi best kalau orang lain yang drive...... bley buat kira2, totalkan the 4 digits kat plat tu. he he.....

O'gosh said...

ahahah..sabo je le...

Ainee Cumi said...

Hahahaha. Comel je baca no. plat kereta bila drive tapi takpe bagus seebabnya ada sebab tak nak drive. Good job farah

nand nasyari said...

tabah jelah. hahahahah!!!!!

perangai petisuara macam mak nand. kalau mak lagilah, semua papan iklan dia nak baca kuat2 :P

Rakan Blog said...

sabarr je laa....hehehe

p/s:
8 SEBAB kenapa kita kena join RakanBlog....
SEBAB KE 4- Rakanblog.com membuatkan para bloggers rileks...tak payah pening2 nak post link kat page-page fb..yg mana admin2nyer strict..itu tak boleh..ini tak boleh....apaa punn tak boleyyy... ..padahal kebarangkalian utk orang klik tu 0.001% je...hehehehehehe...so bloggers boleh fokus utk buat entry yang terbaeekkkk.....bila entry kita terbaeek...readers yang akan pomot utk kita...dan byk Like laaa.....
Lagi 7 SEBAB lagi boleh tanya kat uncle google..>>8 sebab kenapa kena join Rakan Blog

hentakbelipat said...

jangan ikut perangai ni. kelak membaca pertumpahan darah

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

hehe, nak suruh drive kan rupanya;)