Friday, December 23, 2011

Perangai Pelik 39: Lame

Tahu tak seronok yang macam mana bila dapat tahu yang semua hal pasal Masters dah hampir selesai? Tahu tak? Seronok dia yang macam wohhhh!!!

Masa nak kena call dari pejabat yang dia orang bagitahu lagi seminggu tarikh presentation, barulah tercungap-cungap nak buat slide lah apa lah. Masa ini lah godek balik folder tulis 'masters' yang boleh sapu dah sawang-sawang dalam tu. Masa ini lah perah balik otak nak ingat "apa benda yang aku buat sebenarnya itu hari??"

Tension bertambah bila dapat tahu hentakbelipat punya presentation seminggu awal dari I. Mana boleh dia merdeka awal kan. Merdeka patut dirai bersama. Ok lah, tak kesah lah. Tapi yang lebih bertambah tension bila  hentakbelipat tak habis-habis mengadu dia tak boleh buat slide. Apa benda yang susah sangat buatnya? 'Copy' lepas tu 'Paste' ajelah dari 'Thesis' ke 'powerpoint'. Haih.

" Apa yang susahnya, u copy jelah pastu paste"
" Tak boleh..susah"
" Kenapenye, ape yang susah"
" I tak reti pakai la laptop u ni, lain dia punya powerpoint, word suma..lain"
" Ape yang lain? sama jelah dengan laptop u...yang bagi rosak laptop sapa suruh!"
" Tak boleeeh, u punya lain"
" Ish..ape yang lain? laptop u pakai powerpoint ape sampai lain?"
" I punya 95 punya..word pun 95. Ni laptop u ni ape benda vista vista ni, entah mana satu butang nak tekan entah"
"......."

Tak tahulah zaman bila hentakbelipat ni hidup agaknya. Dia pernah cerita dekat I, masa tahun satu dekat  UTM, orang lain semua sibuk cari MP3 lah MP4 lah tapi dia setia dengan Discman dia. Katanya beli hasil gaji pertama dia kerja McD. Dia juga suka dengar lagu bila jogging. Bila i tanya dia, dengar pakai apa, dia jawab "Abeh discman tu beli mahal-mahal tak pakai buat apa?" Macam mana jogging sambil bawa Discman? hah? macam mana? sangkut dekat mana? tak berat ke?

Bila dekat bazaar...

"Wan!dah lah tu, bak la sini hp i!"
"Kejap le oi!nak reply email customer ni! Alah, kecoh gila, hambik la simpan jauh-jauh"
"Tula, orang suruh beli hp latest tak nak, simpan duit banyak-banyak pun nak buat apa?"
"Ni bukan masalah simpan duit ke apa, masalahnya, i lagi suka hp I ni, kan ke senang, nak type message call  semua senang! tak payah bertouch-touch screen bagai, Jari i ni besar, takut berlubang hp tu i tekan. Nak letak dalam poket hp ribu-ribu, ey, I nak buang air pun tak senang lah nak menatang bagai minyak yang penuh pulak hp tu, ei, tak senang!"
"T________________T"



apa kau rasa?oren?

16 comments:

aishah amin said...

lol!! ok la tu. my fiance isn't that much into all these new gadgets either. asal oleh bwt keje, boleh call, msg org jd la kan?:p

xx

♥nurulizzatie♥ said...

haha, comel lah korang nih. :D

Ieda Al-Habsyi said...

Jari i ni besar, takut berlubang hp tu i tekan. - hahahahha!lawak la korang ni! nice beb! :)

Melody said...

Congratulations for your masters completion.

nurAIN said...

err. gila hebat la hentakbelipat.

bhahahhaa. kelakar.

cikpia said...

he he..... takpa, dia jenis old skul. jimat dwet, cepat sket aku nak makan nasik minyak.....

chummy cliche said...

95? really? huhhh tabik spring... hehe tapi pandai dah berblog2 ni ye HB....

javanese DOVE said...

macam abang i je,
patut beli la handphone yang agak boleh wifi ke..
fikir la sikit,senang nak check email ke..
berurusan dgn business partner ke..

last-last,dia pinjam phone wife dia.
dok la main angry bird tu ha.
cis.
i pulak stress tgk,buat apa duit banyak tapi berkira bab gadget?
urgh,stress..stress..

Cik Michiko said...

HAHA ! Hentakbelipat ni funny la ! HAHA

Natasha said...

siyes cute gler korang ni
(:

nymk said...

first i bce, i imagined kan yang HB tue adelah petisuare... but 2nd time bce bru lah perasaan yang itu adelah HB... kelakar kowt. rase nye slalu HB kutuk PS...

Ali Power said...

cutenye :)

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

:)

si ngokngek said...

takut berlubang??kahkahkah

okey lar simpan duit,nnti boleh buat budget kawen..heee:))

iffah imani said...

hahahaha :)

Baizura Khosaini said...

hahahaha luculah..