Assalamualaikum dan selamat bergembira.
Aku sekarang ni dah kena fikir macam macam. Bukan setakat mengurus Cala Man sahaja, malah macam macam perihal dunia. Oleh itu, aku banyak mengatur strategi untuk menghadapi hari-hari esok. Aku pun dah dapat kerja dekat Shah Alam, syukur dan berterima kasih kepada tuhan.
Begitu juga halnya dengan Petisuara. Dia lagi laaaah. Bagai bagai sangat dia kena fikir. Kadang kadang benda yang tak payah fikir pun nak fikir sebagai contoh, kenapa kereta ada empat tayar dan kenapa pula beruang suka makan betik. Jika perkara-perkara ini terjadi, aku sering menasihati dia supaya banyak bersabar dan sembahyang sunat taubat.
Ada suatu perkara yang masih Petisuara tidak dapat selesaikan walaupun dah lama dia handle benda ni. Seperti yang kita tahu, Petisuara adalah bos Cala Qisya, maka di dalam beg tangan dia akan sentiasa tersedia duit dari hasil penjualan Cala Qisya atau kita panggil duit Company.
Ok mari kita singkap balik kejadian ini yang boleh dikatakan aneh atau ajaib.
HB: Tadi masa bayar tol, i pinjam duit u tau..i pinjam seringgit...nah ambik i bayar balik.
PS: Eh, tadi tu i terbagi duit Cala Qisya lah, seringgit tadi tu duit Cala Qisya lah
HB: Hoh? yelah i bagi jelah seringgit ni kat u
PS: Eh jangan, tu kena bayar dekat Cala Qisya bukan bayar dekat i
HB: Hoh? Yelah..i bayar dekat u jelah.
PS: Itu duit Cala Qisya lah, nanti susah nanti, jangan bayar dekat i
HB: Hoh? habis i nak bayar dekat siapa? kalau i bayar dekat u apa beza i bayar dekat Cala Qisya?
PS: Kejap...kita tukar. U bagi seringgit tu dekat i, i bagi seringgit yang i punya dekat u. Jadi sekarang u sedang pinjam duit i dan bukan duit Cala Qisya tau. Haaa
HB: Hoh??
PS: Ok sekarang bayar lah balik duit seringgit i.....
HB: Setan betul kejadian hari ini
Jadi ya rakan rakan, apa akan terjadi jika saya membayar sahaja duit yang dikatakan duit Cala qisya itu kepada petisuara? adakah petisuara akan disabitkan kesalahan songlap duit company sendiri? adakah petisuara akan dipanah petir? Bukan kah lebih senang petisuara ambil sahaja duit tersebut dan menjadikan ia sebagai duit company tanpa perlu bertukar tukar bagai...hmmm? Aneh bukan? Oleh itu eloklah kita banyakkan berdoa agar kehidupan kita lebih sejahtera
Psst: siapa ada tengok aku dalam safiyya tempoh hari? siapa tak tengok tak anak kawan
23 comments:
haaaaa saya tgk, mak saya ckp asal tauke calaman tu mata dia terkebil-kebil? hahaha btw, dia berminat dgn kasut2 calaman :D
http://troll.me/images/ancient-aliens-guy/woman-logic.jpg
haha sumpah lawak. mmg celaru btol tu . haha yelaa,kn bnyk bnda kna pkir,msti kak yana dah pening habis. sabar kak yana,HB . hehe
okeyh..blur sedikit tang bab exchange tu..
so desu ka
ahahah~ klakar korg ni... pelik2 ..but it will make u guys a great couple! ;D
pening2...tapi kelakar la korang ni....
hahaha! payah betui nak paham dgn petisuara ni :P
jom
Teringat situation ni time aku dengan Apek. Kadang kadang ko kena paham HB yang perempuan ni memang suka bagi kepala laki pening. Kihkihkih. Aku rasa husband aku paham situation ni maka kalau ko terlalu stress untuk handle situation ni bolehlah meluahkan perasaan dekat dia. Ahahahah!
Adoiiiiii!!~
Ada jalan pintas, nak jugak lalu bukit bukau ek??? Hehehehehe~
Tak anak kawan
Tak anak kawan
logik perempuan memang macam tu..
tp kalo bab seringgit pon nak ikut logik perempuan, parah dah..hehehe
no wonder la mcm pernah dengan nama Calaman tu..mcm familiar..rupanya sekali dgn Cala Qisya.btw, lelaki yg kna interview tu PS la eh.asal nampak kurus gila dalam tv tp kat blog nampak besar sikit? hehehe.
Lelaki yg intvew tu adalah hentakbelipat. Petisuara tu perempuan oi. Kan ke bunyi perempuan tu
Lelaki yg intvew tu adalah hentakbelipat. Petisuara tu perempuan oi. Kan ke bunyi perempuan tu
arguement yang exactly the same dgn husband sy..hehehhehe
argument yang exactly the same dengan husband sy..hahaha...
amanah dan fatonah gitu...
cute.... korang mmg cute. harap2 HB jgn pening2 sgt ngan si PS. pempuan... mmg camtu :)
nampak hentakbelipat ni kat xm ptd sk rahang last wk. juruh je rupenye beliau ni
hahaha ! i gelak gila2 okayy. comel je ps. harap lebih bersabar ya hb. hehe !
hahaha..lawak! pompuan mmg mcm tu.& aku slalu wat spt itu..bkn dkt hbby je,malah kat mak,adik,abg,kakak & bapak aku..hihi..klu x buat mcm tu aku pening..& bila aku buat mcm tu diorg yg pening lak..hahaha.
Post a Comment