Tuesday, May 22, 2012

Hari Pertama

Hari ini adalah hari pertama aku bekerja dibawah orang. Walaupun aku pada mulanya menyimpan kehendak ingin menjadi kutu atau menjadi bos pada diri sendiri, atas dasar perancangan ekonomi kendiri, aku terpaksa bekorban. 

"Kalau kau nak jadi bos, kau kena jadi kuli dulu..baru kau tahu macam mana perasaan para kuli, jadi kau tak akan menjadi bos yang berkuku besi" nasihat seorang sahabat aku.

Lantas hari ini, aku bangun seawal jam 6 pagi dan mula bergerak dari Wangsa Maju menuju ke Shah Alam. Wangsa Maju ke Shah Alam...aku ulang, WANGSA MAJU KE SHAH ALAM DENGAN MENAIKI MOTOSIKAL BERKUASA TUPAI. Dari Wangsa Maju menuju ke Sentul pun aku hampir hampir putus nyawa mengelak, mencilok dan menyelit kereta kereta yang berperangai setan, bayangkan aku harus menempuh federal highway. Bayangkan berapa banyak kereta yang berperangai setan dekat situ.

Ini semua demi masa depan. Walaupun di Cala Man, aku selesa menjadi king, tapi memandangkan aku dah nak khawin (khawin ke kahwin) tak lama lagi, banyak perkara nak kena fikir dan rancang. Salah satu cara, aku kena buat adalah buat dua kerja. Demi kebahagian yang akan datang. Sayang punya pasal.................

Sepanjang aku berada di atas motosikal, aku banyak panjatkan doa pada ilahi dan juga tak putus putus berzikir. Ini berlainan dengan keadaan aku bila membawa kereta manual dimana, bila aku memandu kereta, aku lebih banyak memanjatkan maki hamun dan juga tidak putus putus bercarut pada pemandu pemandi yang lain. Disini, aku dapati, menaiki kereta adalah satu dosa pada aku. Jadi aku berazam bila dah ada duit sikit nanti, aku nak menaiki kuda sebagai jalan alternatif.

Oklah, besok aku nak bangun pukul 6 pagi lagi dan menempuh pancaroba kehidupan di jalan raya. Doakan aku selamat. 

Oh ya, besok dah masuk Rejab. Siapa puasa dia terer. Sekian.

16 comments:

q said...

hepy working!

Wawa Adnan said...

"sayang punya pasal......" sweet je HB ye. :))

Anys Amyra. said...

Hahahah comel! 'Sayang punya pasal.................' ;pp

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

semoga dipermudahkan.......


len kali nek KTM...

hehe

cikCT said...

selamat menjadi kuli! :)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

waahhh congrate dh kerja...

*slamat berpuasa yeee..

Cikgu Jaja™ said...

kalau hb bawak kuda..mmg terer..

selamat berkuda

ahaha

FATIN NADIAH dan ANNUAR said...

santai gila ayat2. rasa klakar. haha :p

cEro said...

c'mon, i know u can do it..

-Sara- said...

haha..kelakar bahasa ko dik... memang btol..pemandu pemandi kat kl ni mmg the very the setan..kita yg bwk motor ni mmg kne byk2 berzikir, kalau pendek umur, mati pon dlm iman :P

khalifah said...

hahaha..beli kuda pun boleh~~~~~/..awk.!.tadi sy tegur awk masa kat hari belia..korang berdua..pastu kita ajak bergambar..1st time jumpa depan mata..:)

C++ said...

Bhai HentakBelipat...

Hahaha... Kapchai berkuasa tupai... hahaha... lawak siot... hahaha

Gua plak hari-hari naik kapchai dari Kemaman ke Gambang (sejauh 96km sehala)

Hahaha... samer la kiter... hahaha
Betul... gua stuju.. naik moto lagi banyak berzikir .. masa naik keter... lebih banyak maki jer..

wanie hidayat said...

haaa..penat la gelak....semputt haaa.....

atiqa aris said...

selamat sambut rejab yg penoh berkat:)

CC Admin aka Nurul said...

haha...skill mencilok terus menerus dicabar...lama2 ok la tuh..slmt bekerja..hadap with patience okeyh..

NadyaBubble said...

Takpe, sayang punya pasal kan... Haha.