Wednesday, June 6, 2012

Disiplin

Hari ini aku bangun tidur baru aku sedar, dah masuk 2 minggu aku berjawatan. Bangun pagi pagi buta....macam budak sekolah rendah, tak style langsung. Aku sekarang ambil langkah keselamatan dengan menyewa pula dekat shah alam seksyen 7. Untuk menuju ke opis, aku hanya perlu susur keluar ke lebuhraya persekutuan menuju KL dan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Itu kalau jalan raya tenteram. Kalau tak tenteram seperti angin yang kuat, hujan yang dahsyat serta perut yang ketandas, mungkin ambil masa sikit nak sampai opis.

Rumah sewa baru aku berada di tingkat empat. Tanpa lif. Tingkat empat tu apelah sangat tinggi dia kan. Setakat mencungap cungap bukan boleh sakit pun. Ada satu pagi entah macam mana  aku boleh bangun lewat. Solat-mandi-teguk air-pakai baju-pakai stokin-bukak stokin balik-pakai tuala balik-berak dah mengambil masa dalam 30 minit. Punyalah kalam kabut, aku terus terjun dari tingkap bilik dan tepat landing atas motor. Dashat betul tenaga aku masa tu. Orang muda muda ni kena bertenaga sikit, barulah boleh mengundi.

Walaupun sekarang jarak aku naik motor ke pejabat dah dipendekkan. Aku masih tak puas hati betul dengan jalan motor dekat lebuhraya persekutuan. Buat jalan macam tak ikhlas. Apeke salah buat jalan tu lurus dan lebar sedap sedap sikit. Kalau yang naik motor dekat shah alam ni hanya ada 5 orang tak apa, ini satu pagi ada juga dalam 58 bijik motor lalu. Itu kalau motor semua comel comel. Mendapat kalau yang motor kembang setaman lalu, tambah pulak yang bawak motor pun kembang, kan dah menyenget aku bawa motor kalau berselisih. Aku lempang jugak budak yang buat jalan tu terus senak.

Sudah sudah, aku ni nak jadi pekerja contoh. Aku nak rajin hari ni. Tambah pula bos aku ada 'golf day' ini hari. Jadi aku kena tunjuk kan kerajinan yang lebih dekat bilik surau tingkat atas. Sejuk pun sejuk dah, tinggal nak mengiring je dalam sejam dua. Barulah rajin.


psst : Budak budak shah alam ni power ke? bagi tahu aku area mana nak ronda ronda


14 comments:

Siti Noorhafisah Bkhairudin said...

Hahaha over betul part terjun terus landing atas motor tu! :D

.::WaNiE::. said...

nanti dapat gaji baru rasa sedapnye bangun pagi, lalu kat federal highway, enaknya bila bos ada golf day, etc etc

ehh HB, kalau terserempak kat federal tu lambai la ok ! haha

shah alam?? ronda2 ???

errrrrrrrrrrrrr setia city mall ??

A said...

apasal HB tetibe super power pulak ni?Haha,hebat sangat terjun tingkat 4 landing atas motor.Jadi sifu please :P

Unknown said...

power ok!!! (marah)

lepak laaa mne2..sume best!!!

uptown, ole-ole, PAS, PKNS, I-City, pasar malm yg bersepah, x pon masuk jee uitm dok kat air terjun tu haaa...careeeeee bro!!!!!

nurulnadiaroslan said...

landing2 kat surau yang ada ekon memang best. tambah2 orang tak ramai. kalau ramai tak best sebab bau stokin. wakaka

Anonymous said...

bai, masjid negeri shah alam weh! bagos utk mentarbiahkan diri! muhahaha

jejaka senja said...

bro, cala man kau tu try bukak dekat carboot sale dekat stadium shah alam. situ nak ronda2 weekend pun sedap.

xpayahlah customer nak masuk gim dpt tenaga macam kau nak terjun dari tingkat 3.kahkah!

Puan Surina Rashid said...

sangat disiplin.heee

iKhRam said...

naseb bek duduk kar umah parent nak ke tempat keje.. senang sket..

cuma pagi2.. citernya lain la
kene marah dulu suruh bngun pg.. huhuhuh\

hurm..
dunia kian mencabar kini..

C++ said...

Dey Thamby...

Amma appa... lu sudah duduk Shah Alam aaaa... aper kelas ronda-ronda kosong... kasi lepak la kat Dawood Seksyen 6 malam-malam... atau kat Khalifah Seksyen 7 blakang Unisel la....

Mau grand kalu.... lepak kat area stadium lar... layan go kart... hahaha

Cheit... turjun ampat tingkat turus atas mutu tarak pecah tulur ka??? hahahaha... tarak senak tulur ka???

faraherda.razalan said...

Komplen sapa tu???? Hati2 eh? Bukan ke aritu ade msk Buletin Utama? Kang muke kene banned masuk berita. Susahlah nak promote Cala Man.

=p

cEro said...

Shah Alam rumah kedua aku.
rumah pertama kat KL.
Jadi, mmg federal tu mcam tmpat aku berak je..
dr dulu, jalan tak pernah elok, berlobang sana sini, kalah jerawat kat muka aku..
Nyampah!

Lan Bingka said...

kalau hujan, ada kawasan yang banjir.. memang mencabar..

merah pujangga said...

lepak hakim seksyen7 la syioookkkk!aney2 layanan 1st clazz sume..