Krohh....krohh...krohhh
Bunyi yang keras berkumandang dalam rangkap tiga kali krohh, senyap dan sambung 3 kali krohh. Aku menjeling dengan sebelah mata ke arah bunyi tersebut. Aku pejamkan mata yang sebelah itu kembali. Kalau aku pandang dengan dua belah mata ke arah punca bunyi krohh, khuatir aku mengalami kemurungan kritikal. Eloklah aku ambil ringan sahaja perkara tersebut.
Kranggggg!!!
Bunyi deringan jam dari telifon bimbit aku. Menderang biru-biru malap dengan cahaya skrin telifon. Tanpa perlu melihat, aku tepuk telifon itu dan bisu. Langkah yang canggih tadi aku sudah berlatih dalam masa 10 tahun. Makin lama makin bagus.
Akibat hati yang tak seda, aku bangun perlahan. Aku cuba menguap tidak terlalu besar kerana bimbang member aku di sebelah terjaga. Bau nafas pun tidak terlalu hapak. Amalan gosok gigi sebelum tidur banyak membantu sedikit sebanyak. Dada secara tiba-tiba semakin berdebar. Aku lekaskan langkah. Capai tuala. Capai rokok dan capai pemetik api........
Selepas itu biarlah ianya menjadi sejarah.
Sesudah lengkap segak dari atas kepala hingga ke stokin, barulah aku yakin yang aku sudah sedia untuk ke pejabat. Aku keluar rumah dengan langkah kanan. Ada juga aku terdengar yang keluar rumah menggunakan tangan kanan akan menyebabkan rezeki senang datang. Tidak tergamak pula aku nak berbuat begitu. Risau risau jiran depan rumah nampak. Nanti apa pula orang kata kan.
Melangkah menuruni tangga yang sebanyak 438 anak tangga bukanlah perkara yang mudah. Ditambah pula dengan suasana sejuk pagi dan juga kabus tebal. Aku perlu sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan.
Satu demi satu anak tangga aku pijak. Peluh mula terbit dari hujung-hujung kening, belakang tengkok dan sedikit di ketiak. Aku berhenti di tingkat dua untuk mengatur pernafasan. Jam tangan menunjukkan pukul 7.45 pagi. Awal. Setelah aku menjejakkan kaki di tingkat paling bawah, barulah perasaan aku lega. Dengan riang aku mempercepatkan langkah ke lokasi dimana motor aku dikunci. Bukak kunci sana, bukak kunci sini dan broomm brommm. Bau asap awal petrol yang terbakar agak menyegarkan. Aku tekan gear satu untuk pecutan awal dan terus ke gear dua.
Tiba tiba aku membuat break mengejut. Aku matikan enjin dan turunkan tongkat.
BRARRR!!!
Dengan sekali libas, bersepai motor aku. Kelihatan rim sebelah depan melayang keudara setinggi 5 kaki.
Setan apa pergi naik motor tak pakai helmet. Aku teruskan perjalanan ke pejabat dengan berjalan kaki.
Mana ada orang lain buat perangai macam ni, power tak power aku ni rupanya
7 comments:
haahahahhaahhaaha..kelakar giler..ok.wlupun u bcrta scra serius,tp i nak tglak tgk ayt2 u..eheh..aritu dpt jmpe u kat hari belia.sweettt je.:)
Aduihai..kesian...
wait...
tu jalan aku selalu lalu tu...hehehe
Keja kat shah alam? =)
sengal namenye nie.. hehe
Cero : kau lalu sini lagi ke..entah entah pernah berselilih apa
Stingray : yes..baru sebulan, area glenmarie hicom
woi. tak paham la. kau tahan orang suruh tumpangkan kau ke? moto kau kena langgar ke?
hahahaha. part keluar rumah dengan tangan kanan tu lawak gila
Post a Comment