Friday, May 6, 2011

Perangai Pelik bab 32 : Jantina

Diskriminasi antara gender memang banyak dah jadi. Waima dari zaman firaun lagi pun ada. Kadang2 aku tak berapa nak paham dengan terma diskriminasi bila benda alah itu diletakkan pada isu jantina. Sebab, selalunya perkara diskriminasi ini sentiasa jatuh pada isu perempuan ditindas atas dasar PEREMPUAN itu macam-macam. OK kita jagan pergi jauh sebab nanti satu hapa pun tak jadi.

Yang menjadikan aku kurang paham bila perkara yang sebaliknya terjadi. Sebagai contoh , lelaki memang dah kau sendiri tahu kuderat dia atas sikit dari perempuan. Setakat angkat benda-benda berat tu bilis aja. Tapi bila perempuan sendiri menggunakan sifat itu untuk keuntungan mereka, ha yang ini apa macam?

Aku tau kau bukan suka nak baca banyak-banyak..senang aku bagi contoh supaya kau …Ahah! paham dah paham!

(dalam pasaraya/tengah beratur nak bayar/nak-nak pula ada sale yang humang ai kemain poyo potongan kau nak membongak pun beragak la bai.)

H : Yana…ramaikan orang beratur nak bayar
P : Aah..ramainyeeee
H : Banyak kan barang u beli
P : Aah..banyaknyeee
H : U tak nak tolong angkat sikit ke barang-barang ni. Kalau kaki i jenis boleh pegang barang memang tak ada masalah yana, tapi yang masalah sekarang ni tangan i dah naik biru dah ni.
P : Tak nak !
H : Pehhh apehal ?
P : U kan lelaki ! kan kuat !
H : Huyooh

(dalam perjalanan balik dari JB ke KL/tengah hari/panas/lagu jadah semua tak sedap/ bosan)

H : Yana..tak ada lagu lain ke? semua macam lagu pengkebumian ja ni
P : Tak ada la wan
H : U mengantuk tak?
P : Ok je
H : U tak nak bawak pulak ke kete..I dah sikit lagi nak berdengkur ni
P : Mane buleh U mengantuk! U kan lelaki! kan kuat!
H : Perghh!

(bila-bila pun lah ikut sedap kau)

H : Hari ni U nak pergi mana?
P : I nak pegi beli kasut, lepas itu nak cari kain tudung, lepas itu nak pergi tempah jahit, lepas itu nak makan tuti frutty dan lepas itu nak,,,aishhh macam-macam lah..kenape?
H : I rasa macam tak berapa sedap badan lah
P : Kenape ?
H : Nak demam kot..panas je mate ni, tengkok pun rasa sengal-sengal
P : Alah u nihh!!! mana boleh demam!
H : apasal?
P : U kan lelaki ! kan kuat ! mane boleh demam ! ish !
H : Setan !!


Lu ingat lu buat muka macam itu gua cair ahh..langsung tak ok! langsung tak!

40 comments:

marina anakcikbob said...

ko mana xboleh cair?
ko kan laki, kan senang cair. hahahaa..

miez areyou said...

lawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk siot!!!!!!!!

meaw said...

kakakakkakakaka! sengal gila...tapi betul jugak,laki kan kuat,HAHA....kak yana buat muka cane pon tetap comel !

Nurul Aima Hj Kaim said...

aik marah? marah nnt kena jual..ahahahahaha

ayaa alyy said...

betul lah yana ckp. lelaki kn kuattt. gagah perkasa gituuu :P

storyfromme said...

hahaha..kesian kena tindas.

efa fairuz said...

hahaha!

tengah gadoh ke ape korang 2 nih?

btw, comel lah PS.. ok la tuw, gefren buli bofren..comel what?

hahahaha

Amalia Zurahim said...

alah...ape salahnyer...laki2 kan kuat..hahahhaha....

zikeryhassan said...

lelaki memang semua kuat
*tangan didada, mata keatas

eyjalukman said...

fulamakk , brutal ! haha

AiDa AzRyN said...

sweet je hokey! keh3.. ;D

AKU CHUN said...

hahahaha. nak gelak guling guling baca neh!

alexa yussida said...

yana,jgn korek idun dpn public:P

farah farhana said...

hehe i love dis entry hehe

O'gosh said...

haiyo...marah???

Anonymous said...

hehe..cute ah korang ni :)

Pink Frogy said...

tebalik plak dgn aku. sbb bf aku kurus kering dari aku, aku salu anggap dia tak mmpu nk angkat berat, keje teruk, mahupun memandu lama.. huhuhuhu.. kesian takut meninggal plak anak orang kene dera kang.. huhuhuhu.. CHOY...

EZAN IDMA said...

ye ke tak cair ni?>?? haha

Jue said...

hahaha no komen
kdg2 best gak jd girl
wa nak pakai la excuse tu next time haha

::fadxieza:: said...

aish~

sasa said...

haha..eleh.dah sayang kan..ko layankan juge kan??hehe..sabar je lah

NAJ HEBAT said...

haha. sabar la..

kHaiRunNisSa iRnA said...

sebab tu untungnye jadi perempuan....girl power!!! huhuhuh ( joking dude ~~)

nysa said...

sabar sabar..lelaki kan kuat ! hehe

cacing said...

kalo cacing dah lama dah jual je perempuan ni kat pasar karat.... hahahahha

Pijahh' de-Arr said...

hahaa..setan~

Marr Misrawi said...

hahahahah best .

Waney said...

HAHA.

Hazwan said...

lelaki memang kena kuat hahaha

s.u.h.a said...

hg memang lelaki yang comel lagi kuat. maksud aku comel dgn gf hg la. hehe

Whoda said...

Yeh! laki kena tuf phm. hahaa

Far8 budak baik said...

ade ape ngan P tu..
hahahaha

kucing said...

pompuan kene patoh ngan laki ekk~!!
ikot je perintah...
lau x x msok syurga
nak neraka ker???

cik-terompah said...

hahahah.. padan muka.. heh

Cikli said...

bila lelaki bertukar jadi buaya, marah pulak.

nand nasyari said...

padan muka kau! haha

hanafijaafar said...

ini la entri yang patut ditulis setiap hari oleh setiap lelaki. macam haram kan perangai mereka yang guna alasan "lelaki la kena buat, sebab lelaki adalah lelaki".

mereka ini cuma pengambil kesempatan, malah mengambil kesempatan secara bertalu-talu. ingat lelaki tak ada diri sendiri untuk dijaga ke? lelaki pun ada kebajikan la weyh. bak kata post-post fb : sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain.

ironinya, majoriti yang pos status fb sebegini adalah perempuan. dah pos kat fb tu, tak reti pulak nak amalkan dalam kehidupan seharian.

ambik korang, komen panjang. beginilah hasil bila diri sarat dengan emosi.

ubi said...

aku folower ke 4 ribu..harhar

juliet. said...

dah nama perempuan..memang perangainya begitu leeee!!hahaa

wanieadamfarah said...

fuiyooooooooooo....teror giler u jd lelaki.......hehehehe...