Ken merenung ke lantai. Matanya sikitpun tidak berkelip. Wajahnya kosong. Otaknya kosong. Di hadapannya penuh berterabur butir-butir kapsul putih kecil gebu. Disebelah kanan pula ada botol air mineral belum terusik. Ken mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Petang itu nampak suram dan sunyi. Dicapainya sekeping resit dari kocek baju, berkerut dahi Ken melihat angka-angka diatas resit itu.
“Cilaka, mahal nak mampos pil tidur ni...nak bunuh diri pun costly”
Aah, Ken mahu bunuh diri.......
Tujuh hari lepas, Ken cuba minum satu botol klorox. Tapi hanya suku yang dia mampu. Tak berapa nak berkesan pun. Paling busuk Ken hanya dapat cirit birit sampai ke pagi. Lima hari lepas pula, Ken cuba kurung dirinya dalam kereta dengan hujung ekzos keretanya disambungkan pada sebatang paip getah dan paip getah itu disalurnya ke dalam kereta. Dengan menyedut gas karbon monoxida lebih 10% atau terdedah padanya lebih 30 minit adalah fatal. Sempat jugalah Ken pengsan, tapi entah siapa yang menelifon bomba. Disangkakan kebakaran. Habis lencun badan Ken. Tiga hari lepas pula, Ken ambil ikhtiar gantung diri sampai mati. Tak jalan juga. Tali rafia penyangkut baju yang diguna Ken manalah nak tahan. Putus bersepai belum pun sempat tali itu menjerut leher Ken.
“Kalau ini pun tak mati juga, tak tahulah aku. Nak cucuk pakai pisau....aku takut darah. Nak terjun banggunan macam bersepai je nanti..ngeri gila!”
Ken tekad. Dengan dua kali suapan, penuh mulutnya dengan pil-pil tidur putih gebu. Dikunyah-kunyah. Kelat muka Ken. Pil tadi macam tak mahu lumat, apatah lagi mudah untuk ditelan. Ken capai botol air mineral tapi tangan Ken menggigil. Tak sempat nak minum dah kecah tumpah semua air. Ken panik. Melilau dia mencari sumber air lain. Baru teringat sudah 2 hari Ken tak mandi gara-gara bekalan airnya dipotong.
Ptuiiii!!!!!!
Ken menangis teresak-esak. Dah masuk kali ke 4 cubaan membunuh dirinya, tapi semua gagal. Tak ada bakat sungguh.
“Arghhh!!!ape yang susah sangat nak mati ni”. Teriak Ken semahu-mahunya. Jiran sebelah ada yang tinjau-tinjau hairan. Ken kesat air mata. Hingus dihembus saja dekat kolar baju. Dalam sedu sedan, dia melemparkan pandangan pada luar tingkap. Petang masih suram dan sunyi. Cuma warna langit kini makin menjadi oren jingga. Baki cahaya matahari masih lagi sempat menampar muka Ken. Berkaca-kaca mata Ken terkena tamparan cahaya matahari yang akhir itu.
“Aku rasa...belum masanya lagi aku mati. Ya!! Aku kena hidup dulu!! Mesti ada petanda yang baik akan berlaku nanti..sebab itulah aku tak boleh mati lagi sekarang...yehaa!!” Melompat Ken dari duduk. Disepak semua pil-pil yang dibelinya pagi tadi. Muka Ken yang sebelumnya kosong dan tanpa jiwa kini kembali hidup dengan pelbagai warna. Ken senyum sampai ke telinga. Macam ada roh lain yang merasuk Ken.
Tak memasal, Ken capai kasut pallas kokonya dan terus berdesup keluar rumah. Dia berlari kencang menuruni tangga. Sempat juga dia menyarung kasutnya itu.
“Aku kena keluar dari kotak bodoh ni...aku kena tengok dunia!! Aku kena hidup!!!” laung Ken setibanya dia diluar flat berstatus murah itu. Sambil menjerit-jerit , dia masih dalam lariannya.
“Aku bebas!!!!!”
GEDEGANG!!!....bunyi dari sebuah proton wira
GEDEGANG!!!... satu lagi bunyi dari sebuah Honda sivic
SKREEET!!! GEDEGANG!!!... kali ini dari lori pengangkut surat khabar lama.
Ken melambung tinggi. TInggi betul sampai Ken seolah-olah boleh capai langit yang makin gelap itu. Dalam hanya tinggal berapa saat untuk Ken hilang kesedaran, sempat dia berfikir
“Rupanya aku hanya mati bila DIA suruh aku mati..”
13 comments:
hahhaha...
sukalah baca crita nihh..
nak mati tak smpai masanya lagi..=pp
uihhh.. xleh kata apa.. 1 je nak kata.. style !!!
pergh ni kau adaptasi cerita final destination ke apa?bai kasi horror lagi la bai
Hmm..kan dah tak sempat mengucap
Sabo je la
peti suara..hang x abis study lagi ka..?? asyik nampak hang jer kat Meranti...
kalau master by research mmg pelik sikit..da abis tpi nak tunggu correction la bagai, mmg meletihkan..
tpi kan, sejak bila pulak aku pg emranti ni?haha..knpius..lama da kot xpg mkn meranti..slh org la weh
kan betul tue..bagus betu cerita nie..:)
serius gua suka cerita ni hahaha
bukan kita yang tarik nyawa sendiri.. tp itu kerja orang lain.. hehehe
haha..menarik :)
best. yg penting bukan kite yg tetapkan mati. hee
fuhh saspen je bace cite ni..tapi ade moral value kat situ..
good job bro !
cerita yg bagus .
maksud tersirat mmg smpai .
Post a Comment