Friday, October 7, 2011

Perangai Pelik 36: 1986

Dalam suasana gadis-gadis berkeliaran dengan liar di kedai mamak

Sedap gila nasi lemak kedai ni, huyoo! Jerkah bro acoi sambil dari tadi tak putus-putus memerhatikan gadis dimeja sebelah. Yang mungkin putus adalah urat leher dia kejap lagi sebab minah tu dah macam perasan dan sedang mengelurkan parang dalam handbeg.

Aku menunjukkan isyarat tangan kepada mamat nepal atau bangla atau mamak supaya datang mengambil pesanan. Dan macam biasa, aku memesan nescafe tarik. Sambil itu, ada bunyi 'ting' menandakan ada pesanan ringkas. Kah kah kah kaaaah, aku gelak riang. Ini barangkali ada perkara lucu sedang berlaku di twitter.

lu untung lah ada benda-benda ni sekarang. Gua dulu kalau nak berborak dengan member pun kena gayut dekat pondok telifon, satu pernyataan dari bro acoi. Kini dia sedang buat-buat hisap rokok setelah gerun dengan minah tadi. Ouhh, kesian eh lu dulu, aku menambah sambil mata masih kesahkan hal twitter. Gua 20 tahun dulu! 20 tahun dulu! Kalau nak mengorat awek punya payah lu tau, siap pakai surat letak bedak wangi bagai. Kahkahkah, gelak bro acoi dengan penjelasannya tadi. Entah dimana lawak pun aku tak cam. Huyoo! Aku membalas sambil menghirup air yang dipesan tadi.

Gua 20 tahun dulu! Budak-budak gua time tu, mana ada macam budak zaman sekarang bai. Semua kalau jahat pun bertempat, tegas bro ayie. Kali ini kelihatan raut wajah dia agak serius. Yeke, budak sekarang lagi teruk ke? Aku bertanya. Winston aku nyalakan menandakan aku berminat mahu mendengar. Memang! Zaman gua 20 tahun yang lampau, kalau jahat pun setakat curi line telipon je atau curi- curi merokok atau paling paling jahat pun setakat simpan rambut ekor panjang bai! Penuh emosi bro ayie. Tertumpah sedikit teh halianya akibat gegaran meja.

Gua dulu mana ada nak pukul-pukul cikgu ni, kalau otai pun dekat sekolah, bila cikgu marah melutut beb hormat. Ini sekarang baru cikgu cubit peha kiri dia balas sepak pipi kanan, pebenda! Sambung bro ayie sambil mengetap bibir tanda geram. Aku titiskan abu rokok yang dah panjang pada bekas, punyalah kusyuk dengar. Membazir.

Awek-awek masa zaman gua dulu pun, mana ada daring macam sekarang ni bai. Dulu nak keluar malam pun beringat. Mana ada hisap rokok merata-rata, mana ada kepit jantan merata, mana ada buang anak dari tingkat dua dan mana ada yang nak pilih klcc, arghhh! Mengilai kuat bro ayie akibat ketidakpuasan hati dia. Aku yang tadi duduk tertib, dah mula pasang langkah. Takut-takut brader ni mengamuk pula. Malu aku juga nanti.

Bro, nak tanya sikit, aku cuba mengajukan soalan. Apa? Apa? Bro ayie bagai tak suka sebab aku cuba potong stim dia nak cerita lagi. Bro, lu sekarang umur berapa? Senang cerita lu lahir tahun berapa?

Errmm gua lahir eh, seingat gua, gua lahir pada tahun 1986 iaitu tepat pukul 8 malan pada hari ke enam bulan 5. Maknanya sekarang, gua berumur 25 tahun. Bro ayie menjawab dengan yakin.

Bila aku mendengar jawapan tersebut, aku terus menyalakan sebatang winston lagi dan bangun dari kerusi.


Eh, lu nak kemana ni bai. Eh lu nak bawak pegi mana kerusi tu. Eh kenapa lu angkat tinggi-tinggi kerusi plastik tu, ehhh

lu jangan hairan kenapa gua berbuat begini sebab lepas 20 minit nanti,lu akan tau erti penyesalan dia!

Setelah selesai apa yang patut, aku balik kerumah untuk mandi dan sembahyang isyak.
Published with Blogger-droid v1.7.4

6 comments:

Cik Puan Mimi said...

hahaha.. sape tak gelak mmg gila orang tu.hehe

iKhRam said...

hahaha
zaman gua dulu jahat jugak..
ada kawan tu suka main baling2 katak jer kat kawan2..
paling teruk pun balik kawan yang kene baling tu ngadu kat mak dia..
lepas tu mak dia gaduh dengan mak aku kawan aku yang baling tu..

tu jer pun
sket jer..
setakat angkat kain.. tarik rambut.. perkara biasa la tue..!!!

iKhRam said...

hahaha
zaman gua dulu jahat jugak..
ada kawan tu suka main baling2 katak jer kat kawan2..
paling teruk pun balik kawan yang kene baling tu ngadu kat mak dia..
lepas tu mak dia gaduh dengan mak aku kawan aku yang baling tu..

tu jer pun
sket jer..
setakat angkat kain.. tarik rambut.. perkara biasa la tue..!!!

Lalala said...

hahahah 20 tahun dulu bai... ceyt...

Lalala said...

hahahaha..... 20 tahun lalu katanya... ceyttt

grOundnUt said...

hahaha .. zaman dulu dengan sekarang memang berbeza ..