Thursday, October 6, 2011

PMR

Assalamualaikum dan selamat menjawab PMR

Aku perati ramai adik-adik yang kecut perut serta tak berapa nak lalu makan sebab benda PMR ni. Apa yang takut sangat aku pun tak paham, bukannya tak boleh masuk tingkatan 4 pun kalau dapat teruk. Paling busuk pun awek lari ikut pakwe yang kurang sikit bangangnya dan tahukah ini semua hanya duniawi.

Tahun 2002 adalah tahun aku menjadi calon PMR. Tak ada speselnya pun menjadi calon di Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor. Mana ada program tunas harapan, mana ada program makanan tunjang ilmu dan tak ada sebarang temubual bersama tv3. Semua kau buat sendiri. Ustazah kata, kalau buat taik maka taik la dapatnya. Itu aku pegang sampai sekarang. Yang ada hanya program motivasi yang menjanjikan anda menangis tersedu-sedu di hujung rancangan dan semua program pun aku tapaw duduk rumah tidur.

Walaupun aku berada di kelas Imtiaz yakni kelas yang boleh dikira king, aku bukanlah imtiaz sangat. Lagi-lagi subjek bahasa arab yang dah pun aku cerita tahap bangangnya aku dengan bahasa arab

Seingat aku, sepanjang aku ambil PMR hujan tak pernah berhenti. Masa itu mak tiap-tiap hari bagi bekal super sedap. Mak kata kemajuan perut aku bukti kemajuan otak juga. Kismis masa tu tengah inn denagn kismis doa dan aegala jenis kismis bagi pandai segera. Ada member dah macam makan nasi aku tengok punya makan kismis. Nak cepat pandai kata dia.

Hari- hari PMR macam hari paling power aku rasa. Masa tulah rasa kawan kita tu paling rapat, masa tulah rasa budak pempuan kelas kita tu paling cantik dan masa itulah aku nak berak tiap kali nak mula menjawab. Setan.

Habis kertas sejarah adalah penentu yang PMR sudah tamat. Masing-masing dah berubah macam syaiton dalam dewan. Aku hanya ambil bahagian campak kerusi luar dewan sahaja. Yang lain aku malas. Bila keluar sekolah, aku jumpa Muhaimin. Muhaimin sama kelas dengan aku masa tingkatan 1-2. Rapat jugalah kami.

oi gemok, amacam? Boleh tapaw tak tadi?
Aku biase biase je, kau?
Jangan tanye aku la, setengah jam aku bantai tido tadi
pehhhh
dah merdeka meh pekena winston sepam dua
orait juga.

Rokok winston yang muhaimin hulur aku tu adalah rokok terakhir aku hisap dengan dia dan kali terakhir juga aku jumpa dia.

Semoga arwah dicucuri rahmat.
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

80 said...

adeh..ni nak story keburukan PMR ke keburukan Winston ni?? adeh..adeh..

Anonymous said...

akak hisap rokok? fuyooooh. haha btw kiteee calon pmr tahun ni :D

Anonymous said...

v

syabab said...

err...aku xphm... member ko meninggsl sbb pe nie??huhu

iKhRam said...

tersentap baca perenggan terakhir.. tak baik merokok bro..!!

apapun sekolah tu mcm dekat jer dengan rumah.. bukan sek tu ker yang ada kontroversi masa dulu2..?

petisuara said...

aliana:akak mana pulak ni?ni kan hentakbelipat yg tulis entry haha

Mia Affandi said...

sentap baca perenggan akhir

Anonymous said...

oh okay, malu :/ haha

sweetbelly gurlz said...

huhu..teringat zaman skolah dlu...kertas exam sejarah,sy org pertama kuar dr dewan...sbb xleh jwb...pastu msg2 ikot sy kuar dr dewan exam jgk...nsb bek kptsn baik..hehehe...anyway,sy follow kamu ni..

y i e n said...

dia meninggal sebab rokok 2 ke hape?
same tahun lah kite amek pmr, tp x ingat laks subjek last 2 sejarah, hehehe~~

LYAN said...

sepanjang minggu pmr ni pun asyik hujan aje. nasib baik tak demam.

hari isnin ni paper terakhir, doakan saya ek. x)