Jejaka tampan, sawo matang dan berbadan idaman setiap gadis sunti itu sentiasamenjadi igauan Moon. Hampir tiap malam jejaka yang memiliki nama Riz itu menemani Moon di dalam mimpi. Tak kiralah mimpi di siang hari atau di malam hari. Tapi Moon sedar yang dia hanya mimpi di siang hari untuk memiliki hati Riz apetah lagi mahu mendampinginya. Ibarat bertepuk sebelah tangan, menunggu bulan jatuh keriba dan juga menunggu kucing bertanduk - Riz tak akan menjadi milik Moon.
Personaliti Riz yang sempurna hanya layak dimenangi gadis-gadis pasca Lisa Surihani ataupun paling busuk Intan Lidyana. Sedangkan Moon hanya layak dibandingkan dengan orang gaji Lisa Surihani sahaja. Itupun kalau Lisa Surihani menggajikan orang gaji dari seberang. Kalau Lisa memilih untuk mencari orang gaji dari Florida contohnya? maka moon akan berasa lebih baik dia bunuh diri sahaja,
Moon sentiasa mengekori perkembangan Riz. Segala-galanya tentang Riz bagai petik jari sahaja untuk Moon. malah, saban waktu Moon mengulang-kaji status-status Riz di Facebook atau Twitter. Jika Moon tiada idea mahu memberi komen, menekan butang 'like' sudah memadai. Nah...sudah tentulah Moon menggunakan gambar gadis dari Google sebagai gambar profil untuk memastikan Riz sudi menekan butang 'accept as friend'
Genap 12 bulan Moon kumpul duit gajinya, dia secara rahsia mengunjungi sebuah pusat rawatan pembedahan plastik di tanah Siam. Tujuannya hanyalah satu yakni ingin memiliki wajah yang cukup mempersonakan. Gambar dari google sebagai rujukan. Selang 7 jam proses pembedahan dilakukan, Moon bagai keluar dari kepompong. Bibir juih, mata galak, dahi licin, pipi mulus serta dagu tirus. Moon menggunakan nama samaran sebagai Shasya.
Pengenalan Shasya dan Riz di sebuah Cafe Kopitiam berWIFI di Wangsa Maju berlanjutan sehingga ke gerbang perkhawinan. Shasya atau Moon memanjatkan doa kesyukuran kerana berkat usahanya, Riz berjaya dimiliki selamanya. Kisah silamnya nakal terkubur jauh ke dasar laut.
Selang 12 bulan mereka berkahwin, Shasya dan Riz dikurniakan cahaya mata. Anak perempuan mereka diberi nama Linda. Linda membesar dengan pesat hasil penjagaan rapi oleh Shasya.
Kebahagian mereka berdua tak berpanjangan. Disangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan lebat di petang hari. Riz semakin berubah. Sentiasa pulang lewat dan marah-marah. Kadang kala langsung tak balik rumah. Ini amat menyedihkan Shasya.
'Abang..kenapa abang kini berubah?'
'Aku rasa kau menyebunyikan sesuatu dariku...'
'Apa abang merepek ni, jika keropok lekor yang Shasya makan sorok-sorok petang tadi puncanya, Shasya mohon ampun bang!'
'Itu satu hal, satu hal lagi...aku merasakan kau bermain kayu tiga dibelakangku! baik kau mengaku!'
'Abang!!....sumpah bang, Shasya jujur selama ini...'
'Arghh....pembohong! buktinya sudah jelas! kau lihat anak kita....Linda tu satupun tak ada baka aku mahupun kau! Kulit hitam, kening tebal, rambut kerinting keras, gigi jongos dan juga hidung kembang! Sah kau ada hubungan dengan bangsa Afrika barang kali! Aku ceraikan kau dengan talak 3!'
'Abaaaaaaaaaaanggggggg!'
14 comments:
kejadian Allah adalah sebaik2 kejadian....
haha. gile cutting edge ni
kuang kuang kuang
muahahahhaha.. macam gampang je..
ah sudahhhhh ~ keh3x!
lawak
kesian si nana tu..
klaka..hahaha! bez cte nih.. ;)
Bongok!
RIz lelaki pandang rupa.. Cisss..
sadis gilerrrrrrrrrrrrr ! tak pasal pasal kene cerai
ciri2 ank dia mcm kak busu hagemaru je.
kuang kuan kuang
kecantikkan dariNya, adalah kecantikkan sebenar... kan xpasal2 kena CERAI...talak 3 plak tu...adush !!!
Post a Comment