Monday, October 3, 2011

Makhluk Hijau

Dari KL Central menuju stesen seremban mengambil masa satu jam lebih. Ini bergantung kepada kepakaran dreba komuter itu merempit. Pernah aku naik, tak sampai 30 minit pun dreba tu bawak sampai seremban. Itu belum kira beberapa konar baring brader itu bikin di setiap selekoh merbahaya.

Dalam komuter ada pelbagai manusia. Ok, brader berkumis disebelah aku cuba melentokkan kepalanya di bahu aku. Mungkin dalam mimpi brader itu, dia sedang duduk disebelah maya karin? Brader itu turun di stesen nilai dengan kening berdarah akibat tempeleng aku.

Sekarang aku berada di stesen bas pula. Dengan bahu menggalas bag pack seberat 4 kilo menyebabkan ramai awek jeling jeling. Kagum dengan ura dileher barangkali.

Dihadapan stesen bas ada padang MPS. Kelihatan 5 pemuda bangsa india sedang berlatih free kick. Tabah betul berlatih dengan cuaca semacam ini terik. Pemain kebangsaan patut ambil contoh. Bukannya pergi berlatih di negara bersalji dan prestasi tetap barai. Kini disebelah aku ada budak sekolah KGV pun menunggu bas. Bau hamis dia jangan cerita.

Ibu dan anak di kiri aku sedang berkipas panas. Kesian anak dia peluh didahi meminta air akibat dahaga. Aku pun dahaga juga. Lapar? Jangan tanya.

Satu demi satu bas berlalu, satupun bukan bas yang aku cari. Jam menunjukkan pukul 3.30Secara mengejut, berlaku sesuatu yang mengerikan pada stesen bas tadi. Bumbung nya tercabut satu persatu, tiang kerusi terbelah 5 dan lantainya berlubang-lubang. Nyatalah se ekor makhluk hijau berbadan ketul ketul sedang mengamuk sakan

oii! Mana bas! Mana baaaaasss!

Jerkah sang hijau tadi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

16 comments:

eman said...

btw ini betul ka x??aku nk caye nie?huhuhu.. btw kalo betul uhh sgt mengerit kt kot..huuh..mudah2han sume selamat...

alien said...

ko lempang sikit makhluk tu
tak reti saba ke

ked :) said...

sape la makhluk hijau tu kan haha

Anonymous said...

btw,knape tak jalan ke terminal one dari ktm.kat situ boleh cari semua bas.takpayah susah2 tunggu kat dpan padang tu.:)

Anonymous said...

hentakberlipat dtg seremban buat apa? asal sana ke?

cheqwa said...

cis,cerita betul ke bohong ni.... :/

syud said...

kahkahkahkah.. panaassss..panasss...

grOundnUt said...

tang makluk ijau tu aku dah tahu dah...sapa punya keja..hang la kan?ekekeke..^^'

Cikgu Jaja™ said...

i rase i tahu siapa makhluk hijau tu. kehkeh

iKhRam said...

bilo baco entry ni
toghaso cam nak balik yo kampung sokaghang ni jugak..

makhluk hijua? sapa ek?

iKhRam said...

bilo baco entry ni
toghaso cam nak balik yo kampung sokaghang ni jugak..

makhluk hijua? sapa ek?

HEROICzero said...

sampai je part last tu aku sedikit konpius .

=S

nursyuhaiza kasim said...
This comment has been removed by the author.
hentakbelipat said...

anon: umah mak dkt seremban ni ha..rasah jaya..maleh nk tunggu kat terminal 1 tuh..dari kTM seberang jela senang

Lia Lias said...

bro biar betol KL_S'ban 30minit. Dulu time ak blaja time weekend balik umah S'ban KL mesti plg cepat 1 jam suku boleh sampai. 30minit wah x berasap2 rel tren tu waktu ko naik? Ak slalu xde masalh ngan bas kt terminal 1 cume tren je suke delay2 pastu bg announcement nak pom2 kate tren sampai dlm waktu terdekat. tggu setengah jam pon x sampai2 jgak. Anyway best gak bace post ko ni teringat time skolah kt NS dulu.

MyLara Sarah Cullen said...

pergh..omak hb duk kt rasah jaya rupenye.. jalan kaki dari ktm ke bus stand depan padang tu, dengan jalan kaki dari ktm ke terminal 1, tak jauh beza pun jaraknye.. nak2 dah ada laluan berbumbung sekarang.. takde la makhluk hijau tu keluar kan :D (rindu zaman naik komuter KL-S'ban-KL di zaman dulu) T_T