Monday, July 11, 2011

Perangai Pelik 34: ADLI


John ajak aku berbual sambil minum minum di satu kedai mamak. Aku memesan roti tisu dan Nescafe tarik-minuman rasmi aku. John memesan nasi lemak sambal ayam dan milo ais. Pukul 10 malam pun masih mahu makan nasi lemak-terer betul usus perut budak ini.

Kedai mamak itu ada TV Plasma 26 inci. Terpapar klip-klip video artis barat yang sedang menaik. Kami makan sambil goyang kaki ikut rentak lagu. John makan sambil berborak. Aku banyak dengar sebab aku belum ada rasa nak berborak lagi-belum habis makan mana sedap borak. John borak sampai nasi bersembur di meja-gelojoh.

Kau ada dengar lagu ADLI tak, tanya John pada aku. Aku ambil masa 30 saat untuk fikir. Tak pernah dengar pun..artis baru ke , aku tanya balik. Pehh kau ni, sedap kot suara dia..lagu dia semua mengancam, terang John bersungguh. Aku  capai rokok dan nyala. Sambil tarik asap, sambil fikir. Siapa weh? tak pernah dengar nama budak tu pun? aku jawab balik. John gelak mengejek. Ada sambal dekat gigi taring-euw.

Kalau kau dengar dia nyanyi memang sentap bai..alah sekarang dia tengah top lah! John menegaskan lagi. Celah mana aku pernah dengar nama ADLI? aku jawab . Asap rokok aku hembus dekat muka John. 

Ceh..memang tak real la kau...soul kot dia nyanyi..Pegi bai suara dia. John masih tak puas hati. Ni artis akademi fantasia yang mana kau cakap ni? Aku memang tak tahu lah! Aku mengeras. Apekebende pulak artis AF! Ni artis barat..artis MTV la..alah tajuk dia Chasing Pavement ke Chasing pavilion ke ape bende..lebih kurang gitu lah…. Hah tu! Yang dekat TV tu..perempuan tu lah! John sedikit menjerit sambil tunjuk TV. Aku toleh dekat TV. 


Itu ADELE la setan,  ADELE!..bukan ADLI! aku marah betul sampai sikit lagi nak tikam John dengan hujung sudu. John kata ooohh~

17 comments:

thra said...

hahaha...
kais sebut bia betul bro!
hahaha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hahaha

pastu mesti buat muka tak bersalah kan?

Cik Caah said...

Hahhahah...fail fail.

Unknown said...

tu nme nye bahasa baku melayu laaa..hehehe

anakcikbob said...

john.. john..
nama je john..

eyjalukman said...

hahaha sengal gile !
mesti rasa mcm nak buat apa je kt john tu . LOL!

y i e n said...

hahaha! berdebar2 bace entry ni sbb nak tau ADLI tu sape ... ropenyer, cisss.....!

ishiko said...

bhahaa.. mcm lbh kurg je...
adele sape tu?

Fee said...
This comment has been removed by the author.
iKhRam said...

hahaha...
john.. john.. kalau aku.. dah tertikam dah kot?? hahaha

Connecting With My Own Soul said...

hahahaha. ceh! itulah pentingnya english edukasyeeen. :P

Ayaa said...

hahaha. classic tuh ADLI :P

cEro said...

gyahahaha...
adele jadi adli...
classic!

bukanfarah said...

hahaha. yang terbaiknya. john tu hanya kata ouhh je.


adli.. adli...

Unknown said...

hahah slh sbut

Hiddy Asri said...

ngee...

grOundnUt said...

hahahahaha....jOhn²..^^'