Saturday, July 9, 2011

Panggung bukan punggung


Ada suatu hari tu, I macam gila excited sebab nak tengok movie Monte Carlo, ok memang lame sebab nak tengok movie macam ni, tapi saya adalah perempuan yang suka movie cute-cute. haha, sebab kawan-kawan kalau tengok movie mesti nak tengok movie blockbuster je kan, so macam amboih! bila turn sendiri nak tengok movie kegemaran ni?

Jadi, dengan semangatnya nak tengok Monte Carlo. Pergilah satu panggung ni. Beli tiket pun sudah, masuk dalam panggung pun sudah....15 minit sudah berlalu, tapi kenapa ni?tak nampak apa-apa pun dekat skrin, ok fine, tunggu lagi.....


Sekali, ada satu mamat di belakang, dengan selamba, letak kaki melunjur ke bangku hadapan, mungkin dia ingatkan bau kaki dia adalah sepreti minyak wangi Marc Jacob no. 5. I bagi pandangan sinis, tapi oi! nama pun dalam panggung, nampak pulak la dia kalau I bagi jelingan tajam pun kan. Untuk pengetahuan korang, bau kaki dia sikitpun tak sama dengan wangian Marc Jacob mahupun wangian ketiak Marc Jacob itu sendiri. Wek!



Ok, selepas dikompelin sebab lambat sangat wayang nak start....tiba-tiba skrin dah menampakkan hasil, tapi....kenapa ni? muka orang semua nampak setengah.. haih! Sabar...sabar.




Jadi, sebab tak puas hati, pergilah kompelin lagi. Bila skrin dah elok, terdengar pula bunyi lagu Search, BPR, WINGS, LEFTHANDED dekat luar pintu. Ni macam mana sekarang, nak ajak karok sekali ke apa ni? aisyh! Yang terbaeknya..sepanjang wayang tu, lagu-lagu tersebut berkumandang. Dah macam OST cerita ni pulak. Aisyh!!aisyh!!



Movie pun dah makin nak kemuncak, tapi makin lama makin rancak jugaklah pekerja-pekerja di luar panggung berborak. Kadang-kadang konpius jugak tengah tengok cerita melayu ke apa ni? Rasa macam beli tiket cerita Monte Carlo, ni kenapa dah macam tengok cerita Karak pulak nih? Rasanya, Selena Gomez belum belajar bahasa melayu lagi. Aisyh!! aisyh!!aisyh!!




Tiba-tiba tengah syok tengok movie, yang macam lambat lagi nak abis, pekerja wayang tu dah sibuk nak buka pintu keluar dalam wayang tu. Ni nak halau ke apa ni? Tahukah budak itu yang wayang syok tengok dalam gelap dan bila dah buka pintu keluar tu, cahaya dia menerangi segenap wayang? Aisyh!!aisyh!!aisyh!!arghhh!!!!!






Sekarang, semua pun batal! nasib baik Selena Gomez dalam cerita tu cute..tak jadi nak gigit kusyen wayang, koyakkan tirai skrin atau bakar karpet wayang itu. Masalahnya...nak kena marah ke senyum ja nih?




Ikutkan angin kepala, memang nak mengamok...tapi bila fikir-fikir balik.....







I pun pilih SENYUM! I nekad jumpa manager panggung tu untuk kompelin. Manager cakap diorang memang dah provide training semua tapi maybe pekerja tak aplikasikan apa yang telah diajar pada mereka.



Daaaaaaann yang paling osem sekali manager bagi kitorang tiket free untuk tengok apa-apa movie tapi sekali jela free tu..heee..yayness!

butang like facebook ni rosak, tak boleh nak like.. apa nak buat ya?tulun

18 comments:

Laila Majid said...

perghhh u memang sabar punya org.giler tension if i hadapi bende yg same.memang watafakk la.tp untung jugak dpt tgk wyg free. :D

Unknown said...

hahhaa...kesian tp sonok gak dpt tiket free!!!

Najlaa 'Aqilah said...

waaah. bagusnya. pengguna ada hak kan :)

Scha Nazri said...

mbo memang sengal sikit. dah lah best kot citer tuhh. spoil gilaaaa.


Please lah, boys and girls!

iKhRam said...

best tue..
nak baut2 la kompelin lepas nie,.. haha

mana tau dpt dua tiket free,... hahaha

Cik Caah said...

ohsem! tiket free yaww~

Unknown said...

Eh,ni HB ke PS yang taip?

Dzasc Skachers said...

comeil katon tersebut..:D
em..
sini memang xder SB ea?

Unknown said...

nak kesianess pun x jadi sebab dah dapat tiket free tu...

Mek Onie said...

pengguna yang prihatin ni,hehehe.... dapat pulak tiket free,memang syiok habis la kan :D


p/s:amboiiiiiii header sis, malatop! baru perasan,hehe...

Sya_Merpati Putih 88 said...

stkaat nie tak pernah lgi rase pengalaman mcm nie....KSL...? tue tmpt bru kan..?

Aqila Wahab said...

haaa i pun pernah mengalami benda yang lebh kurang sama macam u. cuma i tak dapat tiket free. tu yang macam frust tu o.0

petisuara said...

ni PS la yg tulis dah beri "I" tu haha,, awatnya?

mmg osem kan mcm ni, lain kali kmpelin jgn xkompelin!

cEro said...

yes! aku akan pastikan aku akan buat perkara yg sama dgn ko supaya dpt tiket free jugak...

dah lama aku tahan..
mmg perangai buruk dlm wayang sgt membencikan...

littledolphin said...

TENSIONNYA KALAU GITU. kesian kamu...

eyjalukman said...

perghhh , mmg ohsemmmm!

Dekna said...

bestnya..kompelin kompelin

dpat tiket free..heheh

Unknown said...

free tiket! best ouh