Sepanjang
aku hidup, jarang aku jumpa awek yang makan macam beruang. Makan beriya iya.
Yang kalau makan nasi, mesti ada ayam goreng, daging masak kicap, sayur kobis,
labu masak lemak, kentang lenyek dan ikan siakap tiga rasa dalam satu pinggan.
Jarang benar. Benar benar jarang. Mungkin ada tapi jarang aku jumpa.
Yang selalu
aku jumpa, bila makan nasi, dekat pinggan dia ada 15 biji nasi, tiga ketul
togey dan daging ayam 3 bijik yang dipotong dadu. Kucing aku lagi makan banyak
aku rasa. Kadang kadang langsung tak nak makan pun. Sindrom nak kurus. Selalu
nak kurus. Kalau boleh nak kurus sampai bila bila.
Macam
Petisuara, dia lain sikit. Lain banyak aku rasa. Bila tengah lepak dekat gerai
makan, jarang dia pesan makanan. Dia hanya pesan air. “sekarang ni nafsu makan i
dah tak ada laaaa”, “i dah tak boleh nak makan banyak la sekarang, tak ada
selera!” atau “i tak ada rasa nak makan lagi!!” adalah beberapa alasan bila Petisuara kena tanya.
Selain alasan - alasan yang diberikan, Petisuara juga mengamalkan sikap sikap sebegini
Miss: Kenapa u tak nak pesan makanan?
Meehon ni sedap kot
PS: Emm tak tau la nak makan
apa..stress....tak nak lah
Miss: Habis tak kesah i makan sorang?
PS: tak kesah pun
Miss: Okey, Emm....tapi kenapa u dah
standby tadah tangan baca doa makan ni?
PS: Kalau i order mesti tak sedap,
kalau u yang order mesti sedap...i makan u punye je lah!
Miss: Hoh?
Miss: Kenapa u macam tak nak makan?
Mee TomYam dia kan sedap tu
PS: Tak ada rasa lah nak makan la
pulak
Miss: Pulak...habis pergi order sapa suruh!
PS: U punya nasi goreng tu macam
sedaaaap je
Miss: Nak rasa?
PS: Nak!
Miss: Tapi kenapa cara u rasa macam u
nak makan semua ni
PS: Kalau i order mesti tak sedap,
kalau u yang order mesti sedap...i makan u punye je lah!
Miss: Mother F!! (kata miss di dalam
hati)
*Miss
adalah adik kepada Petisuara
**Mother F adalah singkatan kepada Mother Father. Adik tidak akan mencarut pada kakak kerana adik sayang akan kakak
4 comments:
HAHAHAHA...comelnyeee yana ni..
Bhai HentakBelipat...
Hahaha... peel macam tue pon ader ka... hahaha...
Tapi sungguh... susah benar nak jumpa awek yang pelahap... yang jadi alam flora.... hahaha...
Banyak yang jumpa.. semua jenis Somalia... kering .. keding... hahahaha
LOL. girls will always be girls. we do it all the time.
ex gepren aku makan mcm ko describe atas tu.. tapi, jodoh kami x panjang..hoho
Post a Comment