Wednesday, June 30, 2010

Siri cerita yang 'cutting-edge' : Aku Lipas Urban



Nama aku Duan Alejandro. Aku adalah seekor lipas yang jenis indie. Kadang-kadang aku rasa aku pun jenis art juga. Ini kerana aku lebih independent dalam kehidupan aku..lagi-lagi aku ini yatim piatu. Sejak lahir aku tak nampak pun batang hidung ibu bapa aku. Kehidupan aku sebagai seekor lipas sangat tak mencabar langsung. Bila pagi aku kena lepak dalam laci atau tempat gelap lagi lembab. Bila malam baru aku boleh berjalan-jalan melihat alam....tak style ahh. Sebagai remaja lipas alaf terkini, aku cenderung hendak melakukan perubahan. Lipas perlu lebih global kearah kesinambungan tamadun!

Oleh sebab itu aku lebih bebas melakukan kegiatan urban sebagai contoh melihat hasil-hasil seni di balai raya, menonton wayang cerita terkini dan 'window shopping'. Aku suka melihat gadis-gadis jenis Key L lalu lalang depan aku. Mereka begitu cantik bagi aku. Tiap kali juga aku senyap-senyap ikut mereka dari belakang dan tiap kali juga aku disembur Ridsect. Nyaris aku pandai mengelak. Oleh sebab itu aku sering kali rasa rendah diri. Kenapa aku tak lahir jadi macam kucing parsi? Iri hati aku tengok mamat tu hari-hari di dakap dan di cium. Mentang-mentang bulu dia jenis lebat tak tentu pasal...huh! diskriminasi sangat.

Perasaan murung dan kecewa buat aku lebih senang lalu lalang dalam tandas. Jauh dari orang ramai...terutama gadis-gadis cantik. Tapi bila dalam tandas pun ada saja orang kurang puas hati dekat aku. Dikatakan aku ini 'pervert'.....jenis tak boleh tengok orang lain senang la tu. Aku terus 'down' lagi dan lagi.

Tapi masa depan aku bakal berubah!...aku dah ada keyakinan yang menggunung! Ini kerana aku baru saja melihat cerita pasal lipas yang cool habis. Dia punya cool sampai boleh bawa begaduh dengan kucing..kalau tak silap aku tajuk dia adalah 'orgy and the cockroaches'. Gila ba bukan?


Jadi lepas ini aku nak berjinak-jinak dalam pencarian awek. Mana style cari awek lipas. Paling busuk pun dapat awek sekolah rendah. Tapi kalau dapat jenis yang selalu pakai skirt paras bahaya adalah bonus. Baru kembang kepak.

Aku dah 'aim' sorang. Memang pegi dia punya 'cutting'....haram habis! Macam selalu dia akan kelihatan dekat tandas tempat aku lepak. Jadi hari ini aku dengan lincah nak minta nombor telifon dia. Kalau advance boleh minta add dekat FB..pergh! Lipas-lipas tua kata tak manis terus terpa depan muka kalau nak berkenalan, jadi aku ingat nak pelan-pelan lalu tepi dia. Buat-buat konon tak perasan. Dia nampak macam kusyuk termenung. Ntah apa la agaknya yang difikirkan. Agak lama juga awek ini duduk tak bangun-bangun. Letih pula aku tunggu...ada lebih baik aku terus saja tegur dia. Baru nampak matang.

"Ehemmmm.....errr hai awak....adakah awak sibuk? haloo awak.....awak! Awak buat-buat tak dengar ke hape oi!

Cis! buat-buat tak dengar pula. Barangkali perlu sedikit rapat baru dia dengar. Buat langgar kaki dia pun cantik juga.

"Salam perkenal........KEEEPOWWWWW!!!!!









34 comments:

-telOrDibAsuh- said...

hehe tu lipas terbang ke?hahaa..sejantan2 telor la mmg fuk lipas terbg hahaa...

Anonymous said...

haha lawak sehh.. mana dapat idea nak blogging sal lipas ni..

Mellyana Sara said...

oh lipas~ euwwww! musuh ketat!!!!!

Nur Suaidah Bachok said...

duduk diam2 ah lipas.. haha. takut~

kaizen shinobi said...

cis... duan ari2 kot skodeng? ish3... jahat duan nih... memang patot penyek... wakakka

aimee said...

kesian ah lipas..berkecai..huhu

Call me, Eyka said...

HAHAAHAHAH pic last tu mesti pic kejadian sebenar. kreatif duh penceritaan ! suke suke!

fiqkbe said...

citer lipas yg sgt best =) lg best drp ogy & cockroaches.

Anonymous said...

ini autobiografi lipas paling terbaik dalam sejarah lipas2 sedunia..leh menang award..tapi sayang lipas tu mati jgak akhirnya...

Syida said...

alejandro? macam lagu lady gaga la!

AngahSayang2314 said...

salam terjah jap...
i follow uuu

PCL said...

cm takut jer dkt dgn awk..nt jd cm lipas tu plak..

.::WaNiE::. said...

hahha geli la ok tengok lipas

tp suke tengok katun oggy n the cockroaches tu

Unknown said...

hahahhaha!! lawak la cite ko nih, akak dah mcm sengal ubi ni kat opis terus segar! :)thanxx dear!

Tupai Karan said...

ni mesti expert dalam bidang pelipasan kan.. jgn tukar nama blog ni jadi petisuara+hentakberlipas da le kwang3

Liyana Lunia said...

HAHAHA kasihan lipas terus penyet beliau macam lipas penyet T________T

okay story line dh bagus boleh mintak jadi pengarah LBS v2. LOL

meowwmania said...

euwww...xleh beso lg ke gmbo lipas tuh hohoh

nyonya penang said...

wuhuu..mcm takot je sebut lipas bnyk2 kali..
hahaha

cikWani said...

hahahha.. ksian kt lipas tersebot.....
bgus2 storyline yg bgus, penggunaan bahasa pun sempoi (eh, mcm pengkritik bahasa pulak kan) hehe

zamankacak said...

kau xhabes2 ngan yakin betul ngan ejaan kau kan?oggy lah sengal...bukan orgy....dah lucah pulak orgy tuh cibeyy....haha...katun fevret gua nih..kekeke

nerdy nadea said...

ba...motif cerite lipas ini hape?

hentakbelipat said...

darby:ahhhhh gi lantak ahh janji nampak maksud dengan niat die setann

nadia: motif dia supaya jangan pakai skirt pendek

The Crow said...

hahahaha.. Lawak giler lipas ni! Tu kalau tak di kepowww, mau meleret ayat cintan yg keluar. heheh. :P

From : The Kepoww. eh The Crowww

Berto said...

apsal ko cter pasal lipas..aku geli douh..haha

oh farah said...

pembunuh

pawaka19 said...

wah..pandai wat cerita lipas ye..

Unknown said...

weii..kretif giler dan lawak juga.haha..

Latest post:Bagaimana Mr.Bean diislamikkan?

jaya jr said...

kartun oggy and the cockroaches mantap..kui3
xde suare,ketawe je malampau2

AngahSayang2314 said...

alamak lipas...woowowow angah tatuttttt dia terbang masuk bajuuuu hubby tolonggggggg hehehee

Belalang hijau Perisik said...

walaupun belalang dari suku-sakat serangga jugak, tp belalang cukup anti dengan lipas...

kalut semacam jer.kene seragah sket mula menggelabah tak tau nak pegi mane...

lain kali burukan lebih2 sket pasal lipas.Belalang sokong jer...

hee...

cikpia said...

terbaik ah!!!! gelak guling2 sambil hentak2 lantai aku baca entri ni....

ain fathihah fhm said...

hahaha.. senak perut saya gelak bila baca entri ni.. aduhai lipas

Unknown said...

hahhaa... lawaks tapi best...

Anonymous said...

mengom