Friday, July 2, 2010

Aku,Kau,I,You,Kita,Kamu dan dot dot dot

Dulu, masa sekolah rendah mula-mula perkenalkan diri mesti cakap, "nama kita farah...nama awak?" Sampailah darjah 6 cakap dengan kawan-kawan akan guna 'kita,awak'. Siap kena ejek dengan boys sebab gediknya tak guna 'aku,kau'. Lepas tu kitorang akan cakap.."Ey!mak kita cakap tak baiklah guna aku,kau"..diri Bila pergi sekolah menengah, dah reti guna 'aku,kau'. Bila jumpa kawan sekolah rendah dah tergeliat lidah..eh-eh,,apa nak guna ni, aku ke kau ke kita ke awak..jadi sukati lah nak guna ganti nama yang mana satu.

Lepas tu, bila dah besar sikit and dah masuk matrix, dah ada group-group perempuan yang akan guna ganti nama diri orang putih pakai...'I dan You'. Boys pulak, yang cool dan jambu batu aje akan guna 'I,You' . Boys yang muka ganas dan jenis makan orang akan menyampah gila dengan golongan-golongan gedik seperti ini..

Then, bila dah masuk Universiti, semua orang cakap campur aduk..ikut sukati aje..lepas tu,kepale I pun pening lah..macam mana nak hafal,dengan orang mana perlu cakap I,ke You ke aku ke kau..haih..susah..Hentak Belipat lagilah,masuk UTM baru reti guna I,you,selama ni dia bergaul dengan barbarian katanya,jadi memang tak pernah nak guna I,you ni..memang tergeliat lidah dia nak sebut I,You..

Bagi I,macam tak kisah je lah, sukati orang tulah nak guna I ke, You ke,saya ke,awak ke..kadang-kadang, dari segi percakapan ni pun orang nak cakap orang tu kasar lah,gedik lah,konon cool lah,konon high class lah..apa korang tak pernah belajar kata ganti diri pertama ke time sekolah rendah dulu..cikgu cakap sukati nak guna mana satu..aku boleh,saya pun boleh..takda pulak cikgu cakap kalau guna saya,maknanya awak ni skema,kalau guna aku,awak ni kasar..cikgu English pulak mesti akan suruh korang guna I..takda pulak cikgu English cakap,'kalau awak guna I,awak ni cool lah murid-murid'..kalau tak guna I nak guna apa?

lepas tu,bila I nak buat blog,lagi pening kepala,apa nak guna ni?kalau blog lelaki,memang haruslah guna aku..takkan tiba-tiba Hentak Belipat guna I...memang gedik habis laki ni..confirm-confirm readers lepas ni semua dari golongan aww aww aje yang datang melawat..jadi I gunalah I,tapi kadang-kadang bila I rasa macam gedik je guna I ni,I guna saya..konon sopan kat blog guna I atau saya..kalau orang kata gedik nanti tiba-tiba entry tukar guna aku..orang mesti konpius,ni Petisuara ke Hentak Belipat..jadi, I dan saya jelah..Muktamad

Entry ni memang saje je nak jugak post..sebab asyik-asyik nak post pasal tips,perangai pelik,sekolah seram,cerita pelik,lepas tu pasal family,kawan-kawan..nak juga rasa post entry yang macam takda gambar langsung lepas tu ngomel sorang-sorang sebab ni kan blog I atau saya,jadi nak juga rasa macam tulis diary ,tapi lebih kepada nak bebel kat orang tapi rasa blog jelah tempat paling sesuai..jadi korang lah yang kena layan...hahahah..

stay tuned..esok ada perangai pelik edisi:tak tahu lagi..




23 comments:

Nur Suaidah Bachok said...

aku dah nak masuk form 5, baru reti sebut perkataan "awak" dan "saya". before tu bantai cakap aku kau je. kekok habis

Ekin said...

yeahyeah mmg betol..kdg2 kata gnti nama nyh mmg jd masalah sket..tataw na guna mne stu ouhh..

Shukjessa said...

saye, awak, kamu, kita, koi, kawan, ambo, demo, aok....

ni bahasa melayu plus bahasa daerah dan bahasa negeri.

saya dan awak still digunakan secara meluas kalau secara formalnya berbahasa melayu. kerana ia lebih sopan. dengan kawan-kawan bolehlah kau dan aku. Tapi bila berkenalan dengan orang baru, takkan kau dan aku?

satu petanda sebenarnya bahasa melayu ni sangat luas dan actually ada nada dan tone yang sangat merendah diri dan sedikit kasar.

sebab English just I and You regardless whom to we talk to.

Guna mana yang sesuaiiii~~!!

nina asri said...

nyna semua bantai bila dekat blog.
dgn family sedara mara mmg bahasakan saya awak dr kecik.
dengan kawan semua tibai hehe.

Call me, Eyka said...

1st nak tahu. sape hentak berlipat? sape peti suara? hihi sila terang kan kat saya eh. Baru nak start layan blog ni. sekian

Liyana Lunia said...

MENARIK. haha betul, mcm Liyana Lunia dia boleh mix semua. hamba patik semua pun boleh HAHA

Rahika HaliM said...

haha. sangat setuju. kadang-kala pengunaan kata ganti nama diri ini lebih2 lagi dalam alam maya ini tak melambangkan apa-apa pun. Oh maybe nampak macam sopan sikit guna saya,I biarpun dlm dunia realiti tidak. kadang kala boleh konfius nak guna yg mana satu lebih2x lgi girl..

Suraya Aris said...

sampai sekarang saya tak reti guna i,u,saya, awak kalau nak borak ngan sape sape pun. lebih senang guna kau aku. nak guna nama sendiri lagi payah. hehe

Unknown said...

entah...sama jew guna apa-apa pun...maksudnya ttp sama kan?lgpun pepatah melayu pun ada sebut,masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang kerbau menguak...so,follow jew la trend tu...selagi tak bercanggah dgn syarak.kan?

Latest post:Berapakah nilai cinta manusia?

OrenLimau said...

ahah..kan?
kalu kat Kedah ataupun mostly kat utara ni,
hentam keromo jek
'aku,hang,hampa,depa'

kalu jek org Utara cakap saya,awak,kau,

siaplah!ada jek puak2 yang cam..

'eleh..duduk utara cakap saya,awak'

aduh! pening.heee~

-telOrDibAsuh- said...

hehe..ok la guna i he...tmapt telor belajar ade 2 org budak laki membahasakan diri die sebagai "saya" n sorg lagi"kite"...hahahaha..so selaula kene perli ....

meowwmania said...

konpius la baca hahahah :D

Lan Bingka said...

ada sorang supplier (chinese) datang tempat keje, nak bagi presentation pasal produk dia. Sekali dia cakap macam ni.."Nama aku Lee, hari ni aku akan...bla bla bla". kitorang macam..sape ajar dia bahasa melayu ni

soffya cik bulan said...

hakhak.mmg macma tu pun...
tp sy pn tk berapa suka i, u ni.. entah, jauh terus dari teman hidup melayu kita ni..


kalau nk BI, Bi kan semua...kan betul?

Naj said...

saya masih menunggu entri baru "sekolah asrama itu seram"..
=)

diya jamal said...

wah.. tukar layout n header plak

dulu sampai sekarang, aku kau jek
dlm blog je nak ber-saya-saya.
hehehe

zai said...

betul tu, kdg2 konfius, bukan kdg2 but selalu jugak konfius, kang nanti org ckp xde identiti diri plak, haha.

hanaKir@ said...

hahaha...bese la..kdg2 ble nk mggedik je gune i u 2..☺

.::WaNiE::. said...

hi PS,

I admire your writing, aku suke baca, gwa datang sini hari hari, saya rasa tak complete blogwalking kalau tak datang

Haaaa boley gitu? hahahhaa

Kniedaz said...

akak guna kata ganti diri "aku" dalam blog sebab rasa lebih selesa bercerita..macam cerita kat kawan2 dah lama kenal je..hehe..

CEO said...

hehe..mmg kadan2 terkeliru nk gune aku ke saya..tgk org la, klu org xbrape baik, gn saya klu ngan geng, bantai aku kau la.hha

Nekmo said...

ikut tempat gak nak guna..hehehe..i and u belum lagi guna..kita dan awak pun belum..haha...

Melin Fork said...

hi dear!
first time jumpa ur blog.
i pun penah buat entry ni dulu.masalah jugak dalam berkomunikasi kan?? =)
hihii.nice knowing u dear~
feel free to drop by n share some info yah!
kumakikaeamelyn@blogspot.com
im following u btw~
keep in touch yah! thanks! xx