Wednesday, May 18, 2011

Ba-eng

Kau tau ‘Ba-eng’ ?

Masa aku sekolah menengah dulu, ‘ba-eng’ kau sebut bila main tepuk dahi rakan-rakan. Bila kau berjalan riang dengan rakan dan tiba-tiba kau jumpa vespa/wokswagen lama/brader singh yang ada bunjut atas kepala, masa itu lah dengan lafas ‘ba-eng’, kau hentam dahi rakan kau dengan tapak tangan. Ingat ! tapak tangan bukan tapak kaki. Kalau guna tapak kaki kau akan dikira main kasar dan kesudahnya kau berdarah hidung atau mulut.

Benda ‘ba-eng’ ni bukan lah semata-mata nak bagi dahi kawan kau biru, tidak juga untuk bagi dahi yang jendul jadi rata. Tapi ia dapat mengeratkan hubungan sesama kawan. Betul.

Sebagai contoh;

Benda ni selalu budak-budak buat dalam bas sekolah. Kan bila dalam bas, budak-budak sedap duduk bersandar dekat kerusi. Bila kau baru naik bas, kan nampak kepala rakan kau saja yang terjojol bila kau berjalan. Masa itulah nak bertegur sapa dengan lebih ramah.

Bayangkan budak tu kau tak pernah tegur. Dengan melibas tapak tangan kau dekat dahi dia sambil jerit ‘ba-eng’ !!! bila nampak syarat2 yang aku cakap tadi, secara automatis kau dah bergerak setapak dalam sesi perkenalan. Dan jika kau bernasib baik, budak yang kau libas itu mungkin membalas sapaan kau dengan tapak demi tapak di perut. Ikut nasib lah.


Scene ni dulu memang meriah. Pernah ada member aku bantai dahi budak pakai sarung tape VHS yang dibuat kotak pensel . Dia punya bunyi memang perghh. Jangan risau, budak –budak dulu tulang besi urat dawai.

Nampak kasar ? memang la nampak kasar. Dah kau pergi sekolah pun main ipad. Main tampar-tampar skrin ipad apa ada rasa.


Apa ? main angry bird tu da cukup ganas ? Pergi menangis la kau.

16 comments:

CikHanim said...

ni lari tajuk sikit. tp nak tnya, mcm mn nk remove virus dr blog? dulu blog ni pun kn viruskan? now, my turn :(

cacing said...

hhahahha... ganas gila.. tu bukan takat berdarah hidung mult, sekali patah riuk dibuatnya... cara perkenalan orang gasar ni.. hahahha

athirah_trah said...

betul!!,skang main tampar2 ipad ...ape rasa~

storyfromme said...

nasib baik sekarang dah takde game macam ni.kalau tak mau benjol dahi macam ikan dahi tersembul tu.

Waney said...

LIKEEEEEE.

a'arul said...

haha lebih kurang macam main 'off' jee
off sigh! off vespa!

CERITA LEBAT said...

hahaha..gua mmg layan scene ni..lg2 scene cup duduk cup diri..hahaha..

eh aritu nmpak ko kt utm..kolej aner eh?

alien said...

aku igt ba-eng aka busuk
cis

cikpia said...

aku dok perati game yang bebudak laki skolah aku suka main was 'cekup teloq'..... bengong betoi mainan. tengah elok2 berjalan, si laki A akan ramas telur si laki B. kesudahannya, majoriti dak laki skolah aku jalan pegang telur. babi betoi!!!

satu lagi kentut 'simpan' lam plastik/botol. memang mainan cap anakharam camgampang. ko imagine la sendiri mainan nyer..... tak koser aku nak recall mainan tu....

cik aletheea : said...

yes.yes.yes..
pernah main dedulu mase zaman skolah

hentakbelipat said...

cerita lebat: bai kau duduk utm ke? aku kolej tun razak..kau kt mane weh

this is a story about a girl... said...

ingat2...tp kiteorg dulu x pggl ba-eng la.kalo nmpk jeh vw o sikh tepuk dahi mmbr ckp 'volkswagen off' xpon 'sikh off'.smpi pnh la kena sound ngn pakcik sikh ni sbb mcm persendakan dia hahahahhahaha sengal gila dulu

a little less conversation said...

wa pn pnah main gak mnde ni mse sek rendah..mse rehat sume dak2 jln tutup dahi sbb de 1 cikgu bwk vespa..haha

Socio Rocko said...

mesti best kalau aku bawak vespa tu....sesape nampak aku bawak...mesti alert...hehe :) attention seeker =,='

aku selalu gak buat cemtu lu...dah besar panjang ni...nak buat kat member...maun dapat penerajang!!

iKhRam said...

gnasnyer ko masa sekolah dulu...
aku dulu main salam2 jer...hahah!!

EZAN IDMA said...

hahha gans