Monday, May 23, 2011

Toleransi

Toleransi. Perkara yang nampak mudah tapi belum tentu lagi kau mampu nak buat, sungguh

Tentang satu.
Ambil wuduk.

Kau dengan muka penuh keimanan untuk sembahyang, melangkah ke ruang legar masjid/surau. Buka kasut. OK dekat sini bau kasut agak pegi. Ternaik kening belah kiri kau menahan dia punya pegi. Kau endahkan, sebab niat untuk apa ? bertemu tuhan. Disengseng seluar jeans sehingga paras lutut. Menuju pili air. Disebelah pula kelihatan seorang pakcik seperti tergesa-gesa. Dia buka pipi air laju-laju. Deras air yang keluar. Pakcik itu lantas menghulurkan kaki untuk dibasuh dan sedang ketika itu pula kau baru mahu membasuh muka. Air basuhan kaki pakcik tadi menyiram-nyiram muka kau. Dia punya gaya basuh kaki macam nak mandi hadas besar. Dah secara tak pasal kau dapat air kaki pakcik itu. Owesem bukan.

Tentang dua.
Lampu isyarat kereta.

Simpang itu sibuk. Hari-hari pun sibuk. Bukan senang mahu melintas. Kerata dari kedua-dua arah laju-laju belaka. Tak bagi peluang langsung nak mencelah. Kalau berani sangat takut kereta disagat pula. Dah tinggal separuh kereta kau kena sagat. Untuk pemanduan secara berhemah, kenalah tunggu jalan itu lengang sikit. Kalau secara rakus, boleh sahaja main rogol masuk jalan orang tak kisah ada kereta ke tidak lepas itu orang marah angkat jari tengah…jadi kena berhemah. Kena tunggu….tunggu…tunggu..tunggu….lama dah tunggu. Mula-mula tangan dekat stereng tepuk-tepuk stereng ikut rentak lagu tapi bila lama sangat tangan dah dekat kepala garu-garu.


Aha!! itu dia..nampak kereta dari hujung sana jauh lagi. Sempat nak melintas ni…tapi nampak gaya macam tak reti nak pelahan pula kereta tu. Laju kemain. Bila kereta yang laju itu nak dekat, tiba-tiba dia belok masuk simpang. Satu signal pun tak bagi. Kau pandang kereta tu. Kau pandang jalan balik. Tunggu…tunggu..tunggu..

Tentang tiga.
Tandas.

Cermin tu dekat depan tandas. Kalau gosok gigi kena berdiri depan cermin baru kena gaya. Pagi-pagi kau selalu gosok gigi dekat situ. Satu hari masa kau gosok gigi, tandas dekat belakang tu ada orang guna. Berak barangkali. Tengah sedap sodok gigi, bunyi pintu terbuka. Keluar manusia yang barangkali berak tadi. Dari cermin, kau boleh nampak ada tisu dan tahi manusia tadi. Oh, betullah dia berak. Kau tengok berus gigi, kau tengok tisu dan tahi. Ptuihh!!…

Tak belajar matematik ke? Tahi + bau + ubat gigi = gampang. Secara automatis kau jadi majlis perbandaran hari itu. Sebab kalau tak gosok gigi, gigi kuning + bau hapak = tak hensem.

16 comments:

PUAN PIA said...

haha... sabau aje lah... gelak sorg2 aku baca entry ko HB...

Unknown said...

mesti pakcik tu dah tua kan,huhu.
org malaysia mmg camni kan,haha

ch!natsu said...

no 2 seyes wat chin panas.. sgguh menguji kesabaran bila kene situasi cmtue.. hai sbr2~

ishiko said...

hahaha... bgus, tinggi betulu kesabaran hentakberlipat ni.. keh3.. pernah, tga syiok berus gg tiba2 bau ada org tga berry terus werkk..

anakcikbob said...

ko sental jamban ek pg td? kuikui..

Unknown said...

hahaha mmg kalo aku pon teringt! ptuih

Adlan said...

hahaha..jalan tuh macam kat taman u...ade satu..

hentakbelipat said...

sofia: gelak sorang2 maknanya anda owesem
amir: mungkin lah kot...
ishiko: sabar tetap sabar
marina: kau nk tolong? haha
ezan: terngt lepas tu layan gsok gg lagi ke x?
lan: ahh kau

Scha406 said...

ahaha..x boleh pegi larhhh :)

Zaujah Miqdad said...

bau kasut tu..perghhh!!!!
takle tahan kadang2-__-"

ataicha said...

alahai kesiannya..
banyak benda x suka happern erk.. sabar erk..

Mind Me said...

hahahah yg bab traffic tu mang wajib kena puji-pujian dalam kereta la kan....

bab bau tuh xyah citer ah pompuan pun kadang2 ade. elok dressup cun gile bhai sekali bukak kasut pehhh! mmg nak cium je kaki die lah.

iKhRam said...

sabar je la...!! situasi macam tu memang perlukan tolenrasi dan pemahaman yg tinggi.. cuma kene ingatkan diri.. jgnlah jd cam tu.. kalau kene kat btg idung kita.. tak pe.. leh je nakk sabar.. kalau kita buat hal yg sama kene kat btg idung orang..?? tak ke tarik muka orang tu..

apapun.. toleransi memamg penting !!

tq utk entry yg baik ni.. kadang2 perkara kecik2 cam ni kita selalu tak endahkan.. tp ia tetap selalu berlaku..

hentakbelipat said...

ataicha: bukan x suka..cuma perkara yg random perlu hadap
cik faiqah: haaa bau kasut itu penambah selera
sha: pegi tido sekarang

Farhan Zulhusmi said...

hahaha...
equation yang last itu sy suka...:-)
gampang = tahi + bau tandas...hehehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

eeuwwwwwwww......

apa la nasib hang HB...