Monday, December 19, 2011

Panglima Ludah

Sedang hujan turun sedang-sedang di luar, pekena pula nescafe secawan di petang hari, aku diganggu dengan perihal video youtube paling terkini. Apa yang menggangu aku adalah ramai kelibat-kelibat orang melemparkan rasa hati masing-masing terhadap video tersebut di twitter mahupun di FB. Apakah yang syoknya video ini? Ada scandal artist bogel barukah? Ada budak kena lenyek lagikah? atau ada sebarang perkara ganjil ganjil? Menambahkan lagi gangguan aku pula ada kelibat brader boroi sedang duduk dan dikelilingi beberapa brader seusia dengan brader tadi. Arghh! mungkin ada aduan masyarakat...yelah nak dekat PRU kan.

Semahu-mahunya aku tidak mahu menengok paparan video tersebut kerana aku lebih aman kisahkan perihal Cala Man. Tapi curiosity killed the cat bak kata orang barat. Setelah melihat, betullah kata pepatah tersebut. Bukan sahaja cat yang bakal mati, malah kerbau sekalipun akan mati kebosanan dengan isi video tersebut. Sekali lagi aku terjebak dengan perihal politik-politik ini. Arghhh!

Marahnya brader tersebut bukan lah boleh dibuat pekena rokok sebatang dulu, kerana brader tersebut begitu bersungguh marahnya. Siapalah yang membikin brader tadi marah sampai begitu? Katanya mahasiswa yang menjadi penyebab akibat menurunkan bendera parti kesukaan brader tadi. Ternyatalah brader itu marah kepada budak-budak. Apelah lelahnya kalau bendera yang turun tadi dinaik kan kembali. Bukannya memerlukan kuderat sangat pun. Lagi mudah dari membikin video itu. Nampak sangat brader tadi cuba menjadi Najwa Latif.



Tambah lagi brader itu marahnya sehingga ingin meludah. Jikalau brader itu tahu yang 'meludah kedaun keladi tiada guna' atau 'meludah kelangit kelak terpalit di hidung sendiri' ataupin 'dilarang meludah merata-rata denda RM500'..mungkin brader itu akan menggunakan perkataan 'jangan sampai aku beresin depan muka kau' dari 'meludah ke muka kau' Lagi satu hal, semangat perang brader brader dalam video itu rasanya boleh lah disimpan untuk ke gym atau gotong royong sekitar kawasan Wangsa Maju ni. Tak tahukah brader itu yang adanya Keybord Warrior? Lagi best dari jadi Panglima Ludah kan?

Arghh! layan Tentang Dhia lagi senonoh...banyak juga yang aku tak puas hati dengan Dhia ni.

10 comments:

Cik Suriz said...

hahahhaahakkkktuihhh. ludah

~kiinaa~ said...

apa apa je la. kasi kontroversi je.
ludah je? orang besar boroi camtu nak ludah? cam takde kuderat sangat nak kasi flying kick ke punch ke. ish~

javanese DOVE said...

pakai rantai,
takbir segala bagai..?

ludah-ludah,
sudah hebatkah?

pasal bendera,
tiba-tiba jadi kera?

PANGLIMA katanyaaa.


*dah tu yg video SEMBANG RAKYAT kemain berderet tu apahal?
ada yg hina hudud,apa tu?
panglima oh panglima..
makin nak PRU macam-macam hal lah.

chummy cliche said...

hehehhe biasalah hal2 camni.. baik kita jangan kisah nanti kena auku.. eh tapi korang dah habis pun study.. huhu... tentang dhia lagi syokkkk

C++ said...

Bhai HentakBelipat...

Hahaha.... gua harap jangan la ludah mamat tue ader "Rabies" ... bahaya ooo.... hahaha.....

marina anakcikbob said...

terbaek!

zharif said...

Hehehe kalau ludah kene dende RM500?
Hehe

Ahmad Tongkeng said...

ha ha ha ha ha ha ha ha ha

walaupun dah lambat, tapi kenapa lah aku tak jumpa blog ni dulu-dulu..

ohhhhh sini macam tempat hiburan lah kadang-kadang rasanya

hentakbelipat said...

haa hiburan hiburan tapi jangan lalai

Ahmad Tongkeng said...

Betul. Kalau nak berhibur biarlah jangan nampak sangat macam terhibur.