Showing posts with label fashion. Show all posts
Showing posts with label fashion. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

Media and opening :)

Assalamualaikum,

Dulu dari kecik cita-cita tegar adalah untuk menjadi interior designer, asal dalam biodata je mesti tulis cita-cita :interior designer, bila dah besar sikit, konon nak amik upsr tu macam dah dewasa jadi cita-cita perlu seiring dengan umur, terus tukar jadi scientist pulak.

Bila masuk matriks pulak sebab semua orang yang amik sains hayat wajib tanam cita-cita untuk jadi doktor, tapi ya rabbi biology itu sumpah tak masuk langsung dengan hati nurani, tak terusik jiwa nak jadi doktor apa lagi bila tengok darah terus muntah.

Lepas tu masa matriks hati terus terpaut pada kimia, sebenarnya dah jatuh cinta pada kimia dari spm lagi, sebab rasa subjek tu paling BEST jadi borang upu untuk degree wajib apply course yang semua ada nama kimia, jadi degree pun terus amik kimia, bila industrial training rasa macam alahai jealousnya tengok budak marketing semua pakai cantik-cantik pergi kerja dengan high heels semua, kita kena masuk production house, masuk lab kena pakai safety boots lengkap dengan speks besar ya rabbi, dan of course lab coat, jadi hati terpaut dan terus bercita-cita nak jadi editor magazine pulak, takpun fashion designer.sebab budget macam devil wears prada la konon.

Lepas tu, bila dah abis degree, rasa macam tak ready pulak nak kerja sebab konon umur muda sangat, tak puas study lagi kan, jadi gatalah nak sambung master pulak, Mula-mula nak tukar course lain sebab tak larat boring nak hadap kimia lagi, tapi..................tetap buat master in chemistry jugak , Adoi

Last-last jiwa meronta-ronta nak berhenti setengah jalan, tapi Hentakbelipat cakap prinsip hidup dia adalah habiskan apa yang dah start, jangan buat setengah jalan, jadi tiba-tiba kena ikut prinsip hidup dia pulak

Tapi....


CalaQisya in Safiyyah TV9


CalaMan in Safiyyah TV9.



CalaQisya in Wanita Hari Ini TV3


CalaQisya in Bella NTV7


Calaman in Selamat Pagi 1Malaysia RTM,, tengok Hentakbelipat kemain promote kasut dia


me in Utusan Malaysia


sebab takda model yang available terpaksa guna diri sendiri :(


CalaQisya in Metro,,, apa punya bapak la!(merujuk pada berita utama)


CalaQisya in By U mag


Hentakbelipat in Utusan/metro cant remember :(

suddenly out of sudden, tatau macam mana boleh terlibat with fashion secara serious and tarik Hentakbelipat sekali, huhu terbawak hanyut ke bidang yang sama

To all medias: electronics,cetak dan segala media yang ada thank you very much for your lovely support, tv1,tv3,ntv7 and tv9 thank you so much:)
News straits times, harian metro,utusan malaysia etc. thank you so much :)
Lisa magazine, intrend,Remaja,Hijabista, Dara.com, Jelita, Nur etc. thank you so much :)

I just have to thank all of them sebab faham dengan situasi muslimah, sebab pernah ada nightmare with a make up artist sebab taknak pakai bulu mata palsu dan taknak di make up oleh lelaki, dan kena marah teruk sebab dua benda ni sampai fobia kalau nak masuk magazine or tv.

Nasihat pada muslimah: you just have to tell the person in charge, if nak make up, nak perempuan, taknak cabut bulu kening, and taknak pakai bulu mata palsu, i'm sure they will understand dan takda make up artist yang akan kecil hati. if tv station, yang touch up your make up susah nak dapat make up artist perempuan, so just let them know that you can touch up your make up on your own, tak mati if muka tak make up beriye pun, serius, yang mati nanti nak menjawab sebab kita bagi lelaki pegang muka kita :p.

 yang penting, jaga aurat, kalau kena interview or ada mintak kita sponsor pakaian, kita bagitahu kita nak tutup dada bila berhijab, nak baju yang loose, semua mesti jaga, biar baju berlayer-layer asalkan aurat terjaga, biar kena pakai tudung berlapis-lapis asal aurat terjaga, berfashion lah bagai nak rak asalkan 

1. dada tertutup rapi oleh si hijab
2. baju longgar tak nampak bentuk badan


Please jangan jadi hamba kepada famous, kepada fashion, kepada orang atasan hanya kerana sebab nak masuk majalah, nak masuk tv, kena abaikan tugas kita sebagai orang islam dan melanggar perintah Allah eg: tak solat sebab photoshoot lama, nanti make up kena basuh make up artist marah. no such things

muslimah fashion itu haruslah seiring dengan nama muslimah itu, jangan asalkan pakai tudung, terus diberi nama fashion muslimah, jom kita sama-sama pelihara nama baik muslimah itu.
fashion donts for muslimah:
1. skinny jeans
2. tights

macam mana nak pakai skinny jeans?
palai di dalam jubah atau skirt supaya bila tengah panas, cahaya yang masuk celah skirt, takdalah nampak terus ke kaki hihi

macam mana nak pakai baju yang pendek/ cropped top?
pakai fihtail blouse dalam cropped top/ baju pendek supaya tak nampak butbutt :)

macam mana nak pakai baju yang jarang? material from chiffon?
pakailah inner longgar di dalamnya, beli di jalan TAR yang rm10 tu tapi beli satu size besar dari badan kita

macam mana nak pakai tudung chiffon/jarang?
pakailah inner neck di dalamnya/cari tutorial yang senang untuk cover tengkuk or leher :)

theres always a way untuk menutup aurat, jangan salahkan baju/design yang tengah 'IN' tapi be creative untuk sesuaikan design/baju itu dengan situasi kita sebagai seorang muslimah

jika kita mahu berfashion, cari jalan untuk sesuaikan ia dengan syariat Islam, jika malas untuk berfashion, jangan sekali-kali memakai seluar jeans ketat dengan t shirt berlengan pendek


I maybe not a perfect person to tell you all of these things but I am still learning, jadinya marilah kita bersama-sama help each other in order to bacome a better muslimah inshaa Allah




aaandd after one year doing this online business, alhamdulillah finally dapat bukak boutique yays!!!
Family, ayah mama opah aunts uncles cousins semua, friends, bloggers yang sanggup promotekan Cala Qisya and Calaman and of course our beloved Cala Queens!!!! (we address our customers as Cala Queens) thank you so much for you endless support!!!

Mari tengok video time opening haritu :)



Tq Tia from CST for this video :)



Do visit us at 17 b, jalan plumbum p7/p pusat komersial
seksyen 7 shah alam
shop lots behind jakel, same row with bata and senheng dekat dengan papa rich
tingkat 2 yaw, jangan datang pakai high heels please hihi


next update mesti ada gambar penuh dalam butik heee:)