Showing posts with label dress to kill. Show all posts
Showing posts with label dress to kill. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Cala Man opcos untuk lelaki



Cala Man

ok apa ni?apa ni?ok sekarang mari saya bagi link untuk website Cala Man dan Facebook nya juga ya



ok sekarang apa lagi, kelik kelik la link kat atas ni...sekarang Cala Qisya untuk perempuan, Cala Man untuk lelaki..waaaaahhh!!! cool ke tak? siapa kata perempuan je boleh shopping online? siapa kata, asyik-asyik baju perempuan aje yang murah, yang senang nak dapat, lelaki macam mana ni?amboih... ha, sekarang, kan dah ada lelaki punya tempat shopping paling best. apa lagi, heboh! heboh! heboh! pada semua lelaki di rumah, di sekolah, di universiti, di tempat kerja heboh!


Cala Man ni Hentakbelipat dan kawan baik iaitu Syiro atau dikenali sebagai anip si putih yang buat, ya, bukan saya, kalau saya, mungkin semua lelaki nanti akan beli baju yang ala-ala gay, sebab warna pilihan mestilah pink dan purple..tu HB sebelum berambut seperti di dalam teaser coming soon..hehe


Tapi kan, aha aha, Cala Man akan start keluarkan baju dia time bazaar hari Sabtu ni, dan semestinya lah Cala Qisya pun join bazaar ni, ha datang jangan tak datang ok, siapa tak datang memang kitorang sebat bontot tu, haip.




nah! nah! kelik ni Event bagitau korang datang ok. kalau korang datang memang wajib sayang lebih, nanti raya jemput datang rumah opah saya dekat Lot 3025, kampung tersusun batu Gajah Perak. ha, rumah dekat Kl tu kalau korang datang time raya jangan harap dapat masuk sebab kitorang takda pun dekat rumah.. hee

Friday, March 25, 2011

Cala Qisya

Bila scroll ke bawah tengok macam blog ni laki punya ke perempuan punya? ke ni blog kongsi ni?amboih!kemain Hentakbelipat update macam dia punya sorang kan blog ni

Tapi, sebab I macam banyak sangat nak update, banyak sangat nak upload gambar, sampai semua jadi malas sebab banyak sangat kan, so cancel lah, nanti baru update. sebab hari ni macam kena update perkara yang paling penting sekali, yang kalau tak update malam ni pasal benda ni, mesti tidur nanti ngigau-ngigau bangun dari tidur terus pergi update blog

Ok, korang mesti dah tahu I suka buat jual-jual dekat ohsayagilashawl tu kan, tapi tak ke pelik nama ada shawl, tapi jual baju lah seluar lah kan. macam betul ke tak orang ni? memang sah gila, patutlah letak nama gila, so sekarang I dengan adik beradik I yang I takdalah sayang mana pun, biasa-biasa je , Farah Mislina Khairuddin dan juga Farah Azrina Khairuddin telah bukak satu blog di mana nak senangkan kitorang lagi untuk handle customers semua, tapi pada hakikatnya terpaksa buat satu blog sebab nak tukar nama dekat fesbuk tak boleh dah, fesbuk cakap tu dah jadi permanent. citer jele yang bebenor, ye dak?fine!so dah buat dah pun blog ni


sila-sila jangan tak kelik



hamik kau, gambar sebesar alam, lepas ni jangan bising lagi kalau cakap gambar tak nampak lah, kecik lah kan, padahal tak pernah lagi orang kompelin pasal gambar pun

Ok so tu je nak update malam ni sebab tahu tak P1Max ni ke macam mana nak eja eh?nak google cari ejaan pun memang harapan lah kan, konpem 1 jam baru nak loading. Sabtu ni orang Unify datang nak pasang dekat rumah, time tu, korang tengok lah, I update blog setiap 1 jam.ha hamik! masa tu, memang I kasi hentak punya Hentakbelipat, memang tak nampak dah muka dia kat blog ni

Ok bai

Thursday, December 9, 2010

Boots and Men

google

Aku mula-mula kenal kasut jenis boot masa tingkatan satu rasanya. Masa itu kasut jenis boot ini digunapakai oleh mereka-mereka yang ber'identiti'kan atau berpaksikan aliran skinhead/punk. Memang tak true skinhead lah kalau tak ada boot. Masa itu jugalah riuh dengan maksud setiap warna tali kasut jenis boot. Merah kalau tak silap aku, maksud dia kau dah pernah bagi polis makan tapak kaki kau kot? Abaikan.

google

Tapi sekarang pemakaian boot dah menaik kembali dan pemakai boot tidak lagi dicop sebagai penganut aliran skinhead/pink, makanya, boot tidak lagi didiskriminasikan.

Aku pun baru nak mencuba pakai boot. Yakin diri kena ada kalau nak pakai, silap-silap nanti nampak macam abang budiyanto baru balik angkat batu bata...haram J. Untuk memakai boot, aku dapat tahu ada dua gaya. Tak tahulah kalau ada tigapuluhlimaratus gaya lagi...tapi aku baru dapat tahu dua gaya. Ini aku rasa.

1. Tuck in your jeans in the boots

Bagi cara ini, kadang-kadang nampak macam serabai pun ada, macam gampang pun ada. Tapi aku rasa, gaya ini kena sesuai dengan jenis seluar yang kau pakai. Dengan memakai seluar jeans jenis 'straigh-cut' mungkin sesuai atau boleh juga dengan 'skinny-jeans'. Ikut kau lah, Kalau rasa yakin, kau hentam.














2. Fold your jeans
Yang ini lebih 'funky' aku rasa. Nampak jelas sikit boot yang kau pakai, kan mahal nak mati boot tu, kena lah tunjuk. Untuk jeans yang skinny pun aku rasa nampak lebih ngam. Kena pula kau pakai dengan kemeja checkers atau t-shirt kosong pun dah pergh dah.













http://www.thedandyproject.com

Atau pun kalau boot itu kau gayakan dengan 'khaki short pants', nampak hensem apa. Terpulang lah pada cara kau 'mix and match' boot dan outfit yang lain. Yang paling penting, bila pakai boot, kau akan melangkah dengan penuh kengkang-kengkang sebab kau rasa kau hebat. Sungguh. Pijak lah apa pun, kau tetap senyum.

Dan untuk nampak boot kau lebih garang, tidak mengikat tali boot itu sampai penuh boleh digunapakai.



Pssttt: Kadang-kadang, perangai Petisuara boleh buat sakit kepala. Setail paksa buat entri macam ini, cukup aku sakit. Ini aku cuba buat..macam gampang itu belakang cerita.