Showing posts with label Siri Cerita Yang 'Cutting-Edge'. Show all posts
Showing posts with label Siri Cerita Yang 'Cutting-Edge'. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Siri Cerita Yang 'Cutting-Edge' : Jika mati, biarlah mati bersama


Sruppp...

Bijih kopi dari brazil ternyata hebat penangannya jika dikisar dengan separa halus. Tidak terlalu besar, tidak terlalu halus. Air panas 100 celcius dan dua sudu kecil gula memberikan  aroma yang menangkap. Cahaya matahari dari jingga ke kuning semakin terik membaham wajah. Jernih anak mata berkilau bila berlaga dengan cahaya matahari yang semakin meniggi itu. Inilah waktu Maya. Waktu kegemaran Maya.

Tepat pukul 10.30 pagi, deringan lagu Cinta Kaki Cagu dari telifon bimbit Maya bergema. Tertera perkataan 'Honey' dari skrin telifon dengan cahaya pejam-nyala-pejam-nyala mengikut lenggok lagu tersebut.

Yeay...Maya melompat riang bila membaca pesanan ringkas dari ‘Honey’ tadi. Dia bersiap-siap dan menunggu di bawah apartment. Dalam masa 5 minit, berhenti sebuah kereta warna hitam dipandu seorang lelaki berkaca mata. Maya terus meluru dan masuk ke dalam kereta tersebut. Kereta itu bergerak dengan kadar perlahan kemudian mula memecut.

"I betul-betul cintakan u..cintakan hubungan kita, i setiap hari berdoa agar jika mati...biarlah kita mati bersama. Tak sanggup berpisah dengan u"

Luahan hati Maya mengukir senyuman pada jejaka berkaca mata. Mata bertentang mata, tangan Maya digenggam dan bibir bertemu bibir. Kini mata sepasang kekasih sedang terkatup sambil menghargai kasih sayang yang indah sekian lama terjalin.

Dalam masa yang sama lampu isyarat di simpang tidak lebih 300 meter dari apartment maya sedang berkelip warna kuning. Berkelip...berkelip..berkelip...merah.

Dari simpang kanan pula, sedang mara dengan kelajuan 50km/jam, sebuah treler panjang sarat dengan kontena

Wap panas dari bibir Maya dilepaskan sambil mata jejaka itu perlahan-lahan terbuka. Penglihatan dialihkan kehadapan jalan. Kini, kereta yang dipandu sudah melintasi lampu isyarat. Lampu isyarat warna merah.

Dalam kiraan tidak lebih 20 saat, satu dentuman kuat mengisi kekosongan pagi itu. Kereta warna hitam  diseret sejauh 200 meter dari tempat ia bertembung menghasilkan percikan api.

Boom...

Monday, December 26, 2011

Siri Cerita Yang 'Cutting-Edge' : Till Death Bring Us Together


"Mana satu yang patut saya pilih? pakai pistol atau tali untung gantung diri?"
"Awak pasti pilihan awak?"
"Ya...saya cukup pasti...."

3 bulan sebelum

Setiap kali Sofia melawati puncak bukit di belakang rumahnya, pasti dia perasan budak yang memakai topi hijau, kemeja biru gelap tidak dibutang, t-shirt putih didalam, seluar jeans lusuh warna biru gelap.dan kasut jenis boot hi-cut. Warna rambut budak lelaki itu akan bersinar bila sinar matahari tepat memancar kearah budak itu.

Setiap kali Sofia mengintai dari atas bukit itu, budak lelaki itu sentiasa membalas dengan senyuman tanpa sebarang kata. Orang kata, tanpa kata pun boleh berputik cinta. Itu yang Sofia rasa. Segala masalah yang Sofia ada, akan terus hilang bila terpandangkan budak itu. Walaupun sebarang kata.

"Apa nama awak?"
"Izham...dan awak tentu Sofia kan?"
"Mana awak tahu?"
"Setiap penghuni rumah atas bukit itu pasti akan saya tahu siapa."

2 bulan sebelum

Inilah yang dikatakan takdir. Sekian lama Sofia mencari dimana hilangnya dirinya, kini dia sudah jumpa. Dirinya adalah Izham dan Izham adalah dirinya. Pengenalan yang aneh membawa kepada satu kata. Cinta. Setiap hari mereka akan menghabiskan masa berbual dan bergurau di atas bukit di belakang rumah nya. Tak pernah langsung Sofia ingin bertanya mana asal usul Izham. Sekadar dapat mendengar gelak tawa lelaki tersebut sudah cukup memuaskan hati Sofia.

1 bulan sebelum

"Boleh saya tanya sesuatu?"
"Awak nak tahu siapa saya yang sebenar?"
"Em.."
"Awak akan tahu juga satu hari nanti..."

2 minggu sebelum

"Izham....saya rasa saya tahu awak siapa"
"Maksudnya, awak dah jumpa kotak lama yang tersimpan dalam loteng rumah awak. Kotak tu pernah jadi milik saya."
"Kenapa awak tak bagitau saya dari awal?"
"Saya mati dalam rumah itu, dan cinta yang menyebabkan saya mati...awak telah menghidupkan saya balik."

Sampai masa

"Mana satu yang patut saya pilih? pakai pistol atau tali untung gantung diri?"
"Awak pasti pilihan awak?"
"Ya...saya cukup pasti....dengan cara ini sahaja saya dapat bersama dengan awak."
"Saya ada idea lebih bagus, pil tidur."
"Kenapa?"
"Saya tak nak wajah atau jasad awak rosak bila awak jadi macam saya."
"Ohh..."






Thursday, November 17, 2011

Siri Cerita Yang 'Cutting -Edge' : LCCT Ngeri

Jam menunjukkan pukuk 8:13 malam. Masih lagi awal untuk Zolkipli kalam kabut ke kaunter pelepasan. Tiket pergi balik ke Kuching yang ditempahnya minggu lepas adalah pukul 10:45 malam dan afdal bagi Zolkipli untuk standby pukuk 10:00 malam. Dia membelek-belek galaxy tab nya. Mencari kawan untuk diajak bertweet.

"Babi betul line lcct ni, satu bar pun tak ada" rungut zolkipli seorang diri. Dia mencampakkan kentang goreng mekdi ke dalan mulut sekali 5 batang. Yang masuk hanya 2, lagi tiga entah campak kemana. Awek berbaju serba merah disebelah (barangkali pramugari) geleng kepala jelik. "Ape siot nak buat sorang-sorang kat sini. Ini suma Jeff punya pasallah, suruh datang awal konon, puih!" marah Zolkipli lagi. Dia sambung termenung. Lalat menghurung kentang gorengnya. Zolkipli baling kentang goreng bekas lalat tadi. Awek baju merah tadi menekup mulut menahan muntah.

Sedang Zolkipli hanyut dengan perasaan, dia menangkap satu bunyi aneh. Bunyi dia macam ini,

Wooooooonnnnnnggggg

Alah, macam bunyi lori laju di lebuhraya.

Zolkipli endahkan bunyi tadi, barangkali mungkin bunyi penghawa dingin banggunan ini. Bila dua kali bunyi yang sama kedengaran, Zolkipli angkat kening, dia melihat sekitar kawasan luar LCCT itu. Hanya dia sahaja yang perasan, orang lain buat taik sahaja. Zolkipli mendongak ke bumbung bila dirasakan ada serpihan cat zink yang jatuh ke bahunya. Dia nampak lampu di atas bumbung tersebut seolah-olah bergetar. Kipas syiling agak bergoyang tak sekata. "Apakejadah pulak ni, nak hujan ke ape?" soal hati Zolkipli.

BEDEBOOOOOMMM!!!

Tak semena-mena, tak ribut tak hujan, entah datang dari mana, sebuah pesawat penumpang berjaya mendarat dengan dasyat lagi negri betul-betul dihadapan Zolkipli. Ketika ini Zolkipli sudahpun tercampak beberapa meter kebelakang. Awek baju merah tadi pun sama. Pesawat itu merempuh habis segala isi perut banggunan tersebut. Bersepai apa yang dilanggarnya. Pesawat itu terbelah 3 dan bahagian kipas pesawat itu terpelanting lalu melanggar sekumpulan pelancong asing dan menyebabkan habis dikisar lumat. Bahagian depan pesawat pula terserat lalu merempuh kedai Marrybrown dan serta merta meletup menyebabkan sekurang-kurangnya 20 pelanggan di kedai tersebut hancur. Penumpang pesawat itu ada yang tercampak, ada yang terbakar diri dan ada juga terputus dua.

Zolkipli tertiarap, telinganya mengalir darah. Dia cuba bangkit tapi denyutan kepalanya menyebabkan dia terpaksa bekerja keras untuk bangun. Deria pendengarannya terganggu, berdengung. Dia cuba memperjelaskan penglihatan. Pening-pening lalatnya kian surut. Dia amati betul-betul tragedi yang baru sahaja berlaku tadi. Teriakan orang meminta tolong, rintihan gadis kesakitan dan lolongan orang berada di mana-mana.

"Serius shit, ini apokalipse!" Dia nampak seorang budak lelaki dalan lingkungan 10 tahun masih terperangkap di kerusi pesawat. Zolkipli yang memiliki lencana jambori pengakap satu ketika dulu tergerak mahu menyelamatkan budak tersebut. Dia melangkah perlahan menuju ke arah budak itu. Dalan perjalan, Zolkipli terpaksa mengelak dari terpijak cebisan daging yang bersepah di lantai. Mual rasanya.

"Adik, kau ok tak ni?" soalan yang dia tahu agak bodoh sengaja diajukan bagi memastikan budak itu sedar. "Saya ok, cuma kaki kiri saya tak boleh gerak". Zolkipli melihat kaki kiri budak itu. Sudah putus. Zolkipli bersimpati dan cuba ingin mengeluarkan budak itu. Tapi tali pinggang kerusi itu tersekat. Sedang Zolkipli berusaha, satu percikan api dari bahagian sisi pesawat menyebabkan letupan yang dasyat lalu menelan Zolkipli serta budak tadi.


Zolkipli celik mata, dahi dia berpeluh. "Arghh lambat lagi bangun, merah lagi punchcard aku" Lalu Zolkipli menuju ke tandas untuk berak
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, October 5, 2011

Siri Cerita Yang 'Cutting-Edge' : Surgeri Cinta

Jejaka tampan, sawo matang dan berbadan idaman setiap gadis sunti itu sentiasamenjadi igauan Moon. Hampir tiap malam jejaka yang memiliki nama Riz itu menemani Moon di dalam mimpi. Tak kiralah mimpi di siang hari atau di malam hari. Tapi Moon sedar yang dia hanya mimpi di siang hari untuk memiliki hati Riz apetah lagi mahu mendampinginya. Ibarat bertepuk sebelah tangan, menunggu bulan jatuh keriba dan juga menunggu kucing bertanduk - Riz tak akan menjadi milik Moon.

Personaliti Riz yang sempurna hanya layak dimenangi gadis-gadis pasca Lisa Surihani ataupun paling busuk Intan Lidyana. Sedangkan Moon hanya layak dibandingkan dengan orang gaji Lisa Surihani sahaja. Itupun kalau Lisa Surihani menggajikan orang gaji dari seberang. Kalau Lisa memilih untuk mencari orang gaji dari Florida contohnya? maka moon akan berasa lebih baik dia bunuh diri sahaja,

Moon sentiasa mengekori perkembangan Riz. Segala-galanya tentang Riz bagai petik jari sahaja untuk Moon. malah, saban waktu Moon mengulang-kaji status-status Riz di Facebook atau Twitter. Jika Moon tiada idea mahu memberi komen, menekan butang 'like' sudah memadai. Nah...sudah tentulah Moon menggunakan gambar gadis dari Google sebagai gambar profil untuk memastikan Riz sudi menekan butang 'accept as friend'

Genap 12 bulan Moon kumpul duit gajinya, dia secara rahsia mengunjungi sebuah pusat rawatan pembedahan plastik di tanah Siam. Tujuannya hanyalah satu yakni ingin memiliki wajah yang cukup mempersonakan. Gambar dari google sebagai rujukan. Selang 7 jam proses pembedahan dilakukan, Moon bagai keluar dari kepompong. Bibir juih, mata galak, dahi licin, pipi mulus serta dagu tirus. Moon menggunakan nama samaran sebagai Shasya.

Pengenalan Shasya dan Riz di sebuah Cafe Kopitiam berWIFI di Wangsa Maju berlanjutan sehingga ke gerbang perkhawinan. Shasya atau Moon memanjatkan doa kesyukuran kerana berkat usahanya, Riz berjaya dimiliki selamanya. Kisah silamnya nakal terkubur jauh ke dasar laut.

Selang 12 bulan mereka berkahwin, Shasya dan Riz dikurniakan cahaya mata. Anak perempuan mereka diberi nama Linda. Linda membesar dengan pesat hasil penjagaan rapi oleh Shasya.

Kebahagian mereka berdua tak berpanjangan. Disangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan lebat di petang hari. Riz semakin berubah. Sentiasa pulang lewat dan marah-marah. Kadang kala langsung tak balik rumah. Ini amat menyedihkan Shasya.


'Abang..kenapa abang kini berubah?'
'Aku rasa kau menyebunyikan sesuatu dariku...'
'Apa abang merepek ni, jika keropok lekor yang Shasya makan sorok-sorok petang tadi puncanya, Shasya mohon ampun bang!'
'Itu satu hal, satu hal lagi...aku merasakan kau bermain kayu tiga dibelakangku! baik kau mengaku!'
'Abang!!....sumpah bang, Shasya jujur selama ini...'
'Arghh....pembohong! buktinya sudah jelas! kau lihat anak kita....Linda tu satupun tak ada baka aku mahupun kau! Kulit hitam, kening tebal, rambut kerinting keras, gigi jongos dan juga hidung kembang! Sah kau ada hubungan dengan bangsa Afrika barang kali! Aku ceraikan kau dengan talak 3!'
'Abaaaaaaaaaaanggggggg!'

Saturday, July 30, 2011

Siri Cerita Yang 'Cutting-Edge' : Loser


Fuh…fuh….fuh….

Terketar-ketar NurFarhana berlari. Sudah lebih 30 minit dia berlari dan sudah sejauh 5 kilometer dia melangkau. Badannya basah kuyup. Peluhnya yang tadi masin kini sudah tawar. Tudungnya tadi digayakan dengan fesyen Tajima dah tak Tajima sangat dah. Ini semua gara-gara mahu menyahut cabaran sebuah rancangan The Biggest Loser. Kalau dia Berjaya lari habis 20 km ni, comperm-comperm berat dia jatuh lagi 10kg paling kurang pun.

Fuh…fuh…fuh…..arghhhhhhh!!!!!

Jerit Nurfarhana akibat tekanan. Bukan takat tekanan mental yang menyiksa beliau, tekanan dari bebanan perutnya juga menyebabkan tulang keting Nurfarhana menggigil. Semangat juangnya sikitpun belum padam.
Tiba di selekoh bertanda 10km, Nurfarhana melihat seorang gadis lengkap memakai pakaian sukan sedang memanaskan badan. Apebenda pula minah tu tengah buat? Teka Nurfarhana. Rupa-rupanya, minah itu adalah Zetty-sahabat baik Nurfarhana yang sama-sama memasuki rancangan The Biggest Loser tetapi tersingkir di minggu pertama akibat curi-curi makan durian ketika tidur.

ZETTY!!!!!

Ayuh Nurfarhana!! Aku lari sebelah kau!! Aku nak bagi kau semanagat…KAMONLAH!!!

Zetty dihantar oleh pihak penerbitan bagi clise kejutan pada minggu ini dan juga bagi pendorong semangat Nurfarhana.



Fuh…fuh….fuh….

ZETTY!!! Kamonlah! Kamon!! Kau boleh punya!! Kau kena tahan sikit..jangan cepat mengalah!

Nurfarhana..sudahlah..sudah!! tak payah la nak lari jauh-jauh ni. Pekejadah nye lari berkilo-kilo ni? Hilang akal ke apa? Jom lah balik jom. Nanti puasa kau kurus lah!!!

Thursday, July 14, 2011

Siri Cerita 'Cutting-Edge' : Kesesatan

Sudahlah kau Mohamad Izzuan..kalau kau nak temberang, bukan dengan aku lah.

Apekebende lah otak kau ni Saiful Borhan. Ini pengetahuan am la iblis. Benda ni budak berhingus pun hafal sambil pejam mata lah

Ah hahaha! kau tak payah la cerita lebat. Aku seumur hidup belum pernah dengar lagi benda ni. Aku rasa Wikipedia pun tak masuk. Jangan kau sesatkan aku. Semoga aku dilindungi daripada Mohamad Izzuan yang sesat ini.

Saiful Borhan....Saiful Borhan. Kau dulu masuk darjah satu sekolah mana? Aku nak pergi lempang cikgu yang ajar kau subject Tunas Sains masa tu. Mesti jenis yang tak perabih silibus ni sehinggakan menghasilkan manusia macam kau wahai Saiful Borhan!

Ah hahaha! sekarang juga aku nak tweet benda ni...biar kau kene gelak! hahaha! Beruk punya Mohamad Izzuan! Sudahlah aku nk pulang!





Tak boleh pakai betul Izzuan tu. Fakta tanpa nas-nas yang sahih..ptuih!!....ahah! macam ada rasa nak bersin. Aku nak tengok macam mana kali ni. Ni aku tengah memandu laju tak kan pula aku nak saja-saja tutup mata sebab bersin. Aku try buka mata sambil bersin amacam? kahkahkah!...tweet sikit lah



Ok..ok..sikit lagi nak bersin nih. Jaga...jaga....Haaa...Haaa..CHUM!!!!
GEDEGANG~




 










Tuesday, July 5, 2011

Siri Cerita yang 'Cutting-Edge' : (KLMM)

Menghirup secawan kopi susu pekat manis panas. Ada bunyi slurp dihujung sisipan bibir. Tanda nikmat dunia yang padu. Diluar tingkap titisan hujan tak menunjukkan tanda-tanda mahu berehat. Berlunjur di bangku malas buatan kayu pain yang terbaik disaluti varnish cokelat merah menawan adalah aktiviti indah Bukhari saat dia perlu menghela nafas berehat. Ketika itu juga sesuai bagi otaknya menghambat balik memori-memori lama. Terukir nipis senyum sehingga terpancar lesung pipit Bukhari. Otaknya memang sedang mengatur kembali babak-babak lama yang mampu membuatkanya tersenyum.

Bukhari menyelak sebuah album lama yang hampir berdebu tersorok dibawah meja marble. Kulit album itu terkopek sedikit. Gambar-gambar semakin menguning itu nampak kemas lagi. Setiap gambar pun ada gambar Bukhari diapit teman-teman rapat sekuliah. Sekeping gambar berjaya membuat Bukhari termenung sejenak. Gambar Bukhari sedang berduaan dengan seorang pemuda tegap. Intim dan mesra. Bukhari terus tenggelam dalam ruang kosong, terlopong.

“Kau sanggup buat aku macam ni? Bukankah kawan kita ini mahal nilainya?”

“Aku tak berniat pun”

“Kau tikam belakang aku. Bahkan kau tujah padu, tembus tanpa belas kasihan pun”

“Bukan tikam belakang....benda tak sengaja”

“Secalit kesal pun aku tak nampak pada kau, Muhaimin Ishak!”

“Macam yang aku cakap..bukan salah aku sorang dan bukan juga salah aku sangat. Benda dah terjadi”

“Bukankah kau tahu, Suzanna adalah hidup aku! Kenapa perlu kau hancurkan?”

“Bukhari....sudahlah, aku tak perlu bersedih malah kau pun tak perlu marah sangat okay?”

Tersedak kecil menyebabkan Bukhari terlepas dari cengkaman ruang kosong itu. Cepat-cepat dia mengelap kopi yang tertitis sedikit di kolar bajunya. Bukhari lantas bingkas bangun dari kerusi dan berjalan perlahan ke arah gerobok kayu hitam. Bukhari membuka pintu gerobok itu perlahan. Partikel-partikel habuk berzarah halus menyebabkan Bukhari gatal hidung lalu berair matanya.

Didalam gerobok itu tersemat rapi 3 biji balang kaca 250ml jernih. Penutupnya bewarna biru pekat. Dibadan balang itu terlekat tag dengan tulisan Muhai.....yang lain sudah terpadam. Balang pertama kelihatan dua pasang objek bulat seakan bebola mata terapung-apung didalam cecair jernih. Balang kedua kelihatan segumpal daging yang dipercayai mirip jantung dan balang ketiga mungkin juga otak yang agak sempit terperosok didalam balang tersebut.

Bukhari mengelap permukaan balang itu. Senyumnya masih belum putus.

Kenangan Lama Memang Membunuh




Monday, May 30, 2011

Siri Cerita Yang 'Cutting-Edge': Evolusi

Aduhh !!!

Menyumpah-nyumpah Kamaruzzaman Abu Bakar pada seekor labah-labah kecil warna biru hijau yang baharu selesai menggigit tengkok Kamaruzzaman. Merah berbintat beserta gatal-gatal. Kamaruzzaman menggaru-garu kawasan kejadian dia digigit tadi. Kerja sekolah terhenti akibat insiden tersebut
.
"Kenapa macam nak demam pula ni. Panas saja mata…badan pun rasa sengal-sengal."

Kamaruzzaman rasa panas badan. Dari berbaju kepada tidak berbaju. Terjojol sisi depan perutnya yang agak boroi. Boroi jenis kacak. Lenguh tengkok, lenguh lengan, lenguh pinggang, lenguh lutut dan lenguh tumit. Mual-mual, mata berair, hingus mengalir, senak dada, gatal ketiak, perut memulas serta punggung mengemut adalah sindrom yang dihadapi Kamaruzzaman ketika ini.

"Celaka ! tak kan kena gigit labah jadi teruk macam ni ? Kejap….barangkali aku nak bertukar menjadi Superhero kot ? hah ! jadi Spiderman lah aku lepas ni yes ! Boleh panjat dinding, lompat tinggi-tinggi, lari laju, kuat tubuh badan dan pendengaran tanpa had. Oh, smestinya badan aku nanti ganteng ! Owesem gila ba !"

"Ok..ok…kena persiap sebaik mungkin. Baju penyamaran, nama samaran dan waktu pekerjaan sebagai superhero kena dikaji supaya pelajaran aku tak terjejas…SPM pun tak lama lagi. Harapan mak ayah tak akan disia-sia."

"Aku rasa proses pertukaran kepada orang labah-labah hampir berlaku ni. Arghhh !! kepala aku sakit ! Arghhh !! dada aku sempit ! Arghhh !! jantung aku perit !! ARGHH !!!!!!"



Pretttt !!!!

"Ish…terpijak apa pula ni ? euwww macam mana boleh pijak labah-labah ni ?KAMARUZZAMAN ABU BAKAR !!! mana kau hilang ?? kan mak suruh buat kerja sekolah….KAMARUZZAMAN !!!!"

Tuesday, May 3, 2011

Virus dah hilang....kau kene bace jugak cerita ni balik..ahh

Ken merenung ke lantai. Matanya sikitpun tidak berkelip. Wajahnya kosong. Otaknya kosong. Di hadapannya penuh berterabur butir-butir kapsul putih kecil gebu. Disebelah kanan pula ada botol air mineral belum terusik. Ken mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Petang itu nampak suram dan sunyi. Dicapainya sekeping resit dari kocek baju, berkerut dahi Ken melihat angka-angka diatas resit itu.

“Cilaka, mahal nak mampos pil tidur ni...nak bunuh diri pun costly”

Aah, Ken mahu bunuh diri.......

Tujuh hari lepas, Ken cuba minum satu botol klorox. Tapi hanya suku yang dia mampu. Tak berapa nak berkesan pun. Paling busuk Ken hanya dapat cirit birit sampai ke pagi. Lima hari lepas pula, Ken cuba kurung dirinya dalam kereta dengan hujung ekzos keretanya disambungkan pada sebatang paip getah dan paip getah itu disalurnya ke dalam kereta. Dengan menyedut gas karbon monoxida lebih 10% atau terdedah padanya lebih 30 minit adalah fatal. Sempat jugalah Ken pengsan, tapi entah siapa yang menelifon bomba. Disangkakan kebakaran. Habis lencun badan Ken. Tiga hari lepas pula, Ken ambil ikhtiar gantung diri sampai mati. Tak jalan juga. Tali rafia penyangkut baju yang diguna Ken manalah nak tahan. Putus bersepai belum pun sempat tali itu menjerut leher Ken.
“Kalau ini pun tak mati juga, tak tahulah aku. Nak cucuk pakai pisau....aku takut darah. Nak terjun banggunan macam bersepai je nanti..ngeri gila!”


Ken tekad. Dengan dua kali suapan, penuh mulutnya dengan pil-pil tidur putih gebu. Dikunyah-kunyah. Kelat muka Ken. Pil tadi macam tak mahu lumat, apatah lagi mudah untuk ditelan. Ken capai botol air mineral tapi tangan Ken menggigil. Tak sempat nak minum dah kecah tumpah semua air. Ken panik. Melilau dia mencari sumber air lain. Baru teringat sudah 2 hari Ken tak mandi gara-gara bekalan airnya dipotong.

Ptuiiii!!!!!!

Ken menangis teresak-esak. Dah masuk kali ke 4 cubaan membunuh dirinya, tapi semua gagal. Tak ada bakat sungguh.

“Arghhh!!!ape yang susah sangat nak mati ni”. Teriak Ken semahu-mahunya. Jiran sebelah ada yang tinjau-tinjau hairan. Ken kesat air mata. Hingus dihembus saja dekat kolar baju. Dalam sedu sedan, dia melemparkan pandangan pada luar tingkap. Petang masih suram dan sunyi. Cuma warna langit kini makin menjadi oren jingga. Baki cahaya matahari masih lagi sempat menampar muka Ken. Berkaca-kaca mata Ken terkena tamparan cahaya matahari yang akhir itu.

“Aku rasa...belum masanya lagi aku mati. Ya!! Aku kena hidup dulu!! Mesti ada petanda yang baik akan berlaku nanti..sebab itulah aku tak boleh mati lagi sekarang...yehaa!!” Melompat Ken dari duduk. Disepak semua pil-pil yang dibelinya pagi tadi. Muka Ken yang sebelumnya kosong dan tanpa jiwa kini kembali hidup dengan pelbagai warna. Ken senyum sampai ke telinga. Macam ada roh lain yang merasuk Ken.

Tak memasal, Ken capai kasut pallas kokonya dan terus berdesup keluar rumah. Dia berlari kencang menuruni tangga. Sempat juga dia menyarung kasutnya itu.

“Aku kena keluar dari kotak bodoh ni...aku kena tengok dunia!! Aku kena hidup!!!” laung Ken setibanya dia diluar flat berstatus murah itu. Sambil menjerit-jerit , dia masih dalam lariannya.

“Aku bebas!!!!!”


GEDEGANG!!!....bunyi dari sebuah proton wira
GEDEGANG!!!... satu lagi bunyi dari sebuah Honda sivic
SKREEET!!! GEDEGANG!!!... kali ini dari lori pengangkut surat khabar lama.


Ken melambung tinggi. TInggi betul sampai Ken seolah-olah boleh capai langit yang makin gelap itu. Dalam hanya tinggal berapa saat untuk Ken hilang kesedaran, sempat dia berfikir


“Rupanya aku hanya mati bila DIA suruh aku mati..”

Thursday, April 7, 2011

Siri Cerita Yang 'Cutting-Edge' : Variety

Close enough..

N: Selamat pagi Baharom..macam biasa satu cawan nescafe untuk kau senyum.
B: Selamat pagi Nescafe. Kau selalu menceriakan aku..thanks
N: Aku memang memahami kau. Pagi kau tanpa aku memang tak bermakna.
B: Memang…pagi,petang,malam. Aku cuma perlu hirup kau dan nah! aku bertenaga macam lembu.
N: hahah…kau memang gelojoh
B: Tapi….
N: Tapi apa Baharom? Adakah aku tak cukup perisa?
B: Bukan..semalam aku ke hospital untuk sedikit pemeriksaan….
N: Jadinya?
B: Doktor beritahu ……buah pinggang aku dah jahanam…kedua-duanya sekali. Doktor kata aku terlalu
taksub dengan kafein dan langsung tak endahkan air suam…air kosong!
N: Oh…..
B: Kau bagaikan kawan yang tikam belakang aku kan??
N: Oh….aku kurang pasti.

***

But still..

Gua dengan tabiat makan sambil memandu memang tak boleh lari. Kalau gua makan mesti gua memandu dan kalau gua memandu tentulah gua akan makan. Dari segi teori JPJ atau Polis trafik, makan sambil memandu samalah kesalahannya dengan menggunakan telifon bimbit ,cuma ianya tak selazat tabiat makan.

Bukalah sebarang makanan yang akan gua telan masa memandu bai. Gua cuma suka makan donut saja. Tak kesahlah jenama donut apa sekalipun, janji donut. Bila gua memandu dengan ganas, lagi gua suka gigit donut-donut gua. Tang selekoh tajam jangan cerita lah. Lagi bedesup gua tarik stereng, lagi laju gua kunyah donut. Entah kenapa, rasa donut tu sedap lain macam pulak bila gua makan masa memandu.

Tapi, itu cerita kemarin. Sekarang gua dalam gaung bai. Dekat2 dengan area bukit putus sana. Jahanam betul. Tengah sedap gua layan selekoh dan juga donut gua, tak pasal2 gua tercekik seketika. Mengelupur lah apa lagi. Ini yang gua terdiam dalam gaung ni. Agak2 lu, ada tak orang perasan gua dekat sini. Dah habis barai dah ni.

Gua lapar donut……..

***

Far from perfect..

"Asmadi!....asmadi!....aku ada satu teka teki paling payah sekali. Kalau matematik tambahan tu kau cakap payah, teka teki aku ni lagi susah. Betul." Ujar Awang sambil terjerit jerit.
"Apa dia?" Asmadi dari tadi sedap mengorek telinga. Pejam2 mata dia. "Ok2, dalam banyak2 buah, buah apa yang tak payah kopek kulit dia?" Soal Awang. Beriya benar.

Ceh...senang! buah epal?
Salah
Buah ciku?
Salah
Buah pisang?
Bangang..kau makan kulit pisang ke?
Dah tu apa?
Buah fikiran lah! Hahahaha!!!

Asmadi sambung mengorek telinga. Sambil korek sambil berjalan ke kedai Ah beng seberang jalan sana. Dahaga pula tengah hari terik macam ini.


Awang sedang terbaring menahan senak di perut.




Friday, January 28, 2011

Siri Cerita Yang 'Cutting-Edge' : Kalaulah Dapat Tahu

Pooop!!
bunga api berbentuk bintang warna merah meletup, bercahaya dan menerangi wajah Shah dan Sue. Ditangan Shah ada kek tercatit tulisan merah, Happy 5th Anniversary. Perkahwinan masuk tahun kelima mereka disambut ringkas di anjung rumah dengan ditemani cahaya lampu mentol warna kuning. Persis cinta korea.

Sekarang sudah pukul 12 malam. Bunyi burung kayu dari jam dinding sudah sepuluh kali menjerit. Tepat yang ke duabelas burung itu menjerit, Shah dan Sue didatangi seorang lelaki gagah. Beruniform lengkap serba hitam. tersandang sabit besar di bahu kanan.

Aku pencabut nyawa.......
Perkenalan ringkas mereka bertiga. Kata lelaki baju hitam itu, Sue bakal dicabut nyawanya dalam tigapuluh hari lagi. Kek dan air mata Shah bercampur. Sue pula hanya tersenyum.

Shah...tigapuluh hari yang datang, bakal dihiasi dengan pelbagai kenangan tahu, agar ia macam mimpi.


gogle

Kalender kuda pemberian bengkel Hip Keong ditanda satu demi satu kotak tarikhnya.Setiap tarikh yang ditanda ada pelbagai kenangan manis mereka. Duapuluhempat jam manis.

Hari itu hari Sabtu. Shah merenung tajam kalender kuda. Besok, genap tigapuluh hari tempoh hayat Sue. Maknanya, tepat pukul 12 malam nanti, lelaki gagah beruniform hitam itu akan datang lagi untuk mengambil nyawa Sue.

Sue....hari ini, kita akan habiskan masa yang paling unggul bersama, ya! sudah 3 hari saya tidak tidur. Saya mahu melihat awak sepuas-puasnya.

Masing-masing menahan air mata. Hari ini patut gembira, bukannya sedih.

Dang!!Dang!!
Bunyi jam dinding kayu menjerit. Baru 2 kali menjerit. Shah dan Sue berada di anjung rumah dan masih ditemani lampu mentol warna kuning.Shah memegang erat tangan kecil Sue. Hatinya sakit bagai menahan roh yang mahu keluar dari badan. Tapi bukan roh Shah, roh Sue yang akan dijemput oleh pencabut nyawa.

Dang!!Dang!!.....
Bunyi yang kali ke lapan. Sue menutup mata Shah dengan tangan kecil.

Shah....awak perlu bayangkan yang selama ini, wujud saya hanyalah mimpi indah awak. Dan selepas awak membuka mata, ia bagaikan awak terjaga dari tidur enak lena yang panjang. Supaya tidak begitu sakit bila saya tiada kelak.

Jika awak masih mahukan kehadiran saya......dianjung ini akan sentiasa ada angin yang kuat. Itulah saya!

Dang!!Dang!!Dang!!Dang!!........
Cukup kiraan duabelas kali bunyi jam dinding kayu

***

Tiap kali malam pun, Shah sentiasa mendepa tanganya luas-luas di anjung rumah. Luas-luas! mendakap seberapa banyak angin yang boleh. Mendakap angin yang kuat.

Sue tipu....awak kata nanti tak sakit....tapi tiap haripun saya perlu mengutip hati-hati yang pecah....

Friday, January 14, 2011

Siri Cerita Yang 'Cutting-Edge' : Curiousity

Pukul sepuluhmalam, Jafar sedang kusyuk menyiapkan kerja sekolah yang bertimbun. Baru dua hari sekolah buka, sudah dihujani pelbagai kerja sekolah. Gampang. Selesai usik sana sikit sini sikit kerjanya, Jafar membuka komputer riba. Tengah malam begini cukup berdesup line berodbandnya. Dia mula buka laman-laman belog entah sapa-sapa. Membaca degan tekun. Meleleh air hidungpun tak perasan.

" Lelaki cenderung berfikir seks atau lucah duaplohpatjam?" bisik hati ingin tahu Jafar. Selaku profession sebagai pelajar baru nak up, perasaan ingin tahu bukan main lagi membuak-buak.

"bapak...Jafar nak tanya sikit boleh? betulkah lelaki hanya suka fikir seks sahaja?" sambil bertanya, Jafar ambil langkah berjaga-jaga, manalah tahu kot-kot bapanya masih ortodoks, paling busuk pun senak juga perut kena lutut.

" Aish....macam-macam lah malam-malam ni, pegi tido!" jerkah bapak sambil menutup majalah bergambar perempuan ada telinga rabit. Jafar tak pandai sangat inggeris, tapi tadi sempat Jaafar jeling majalah apa, mungkin majalah kereta kot.

Besok pagi di sekolah, Jafar cuba mencari guru biologinya. Manalah tahu persoalan malam tadi dapat dijawab. Cikgu Daus Winston tekun menghadap komputer riba pemberian kerajaan dalam biliknya. Telinga terpasang headphone kemas.

"Cikgu..cikgu.....cikgu!! saya nak tanya soalan boleh tak nih?" jafar seakan menjerit. Cikgu Daus Winston buat-buat badak. Kurang dengar barangkali. Jafar mencuit bahu Cikgu Daus Winston dari belakang.

"Tekejut oi!! nak apa nih? tanya lain kalilah!" bukan kepalang Cikgu Daus Winston terkejut, tercabut wayar headphone di komputer riba. Kedengaran sayup bunyi ohh ahhh ohhh ahh dari komputer riba. Jafar cepat-cepat keluar. "Cikgu tengok diskavery chanel kot?" Persoalan masih tak terjawab.




"Apalah kau ni fikir deep sangat nih. Macam ini, aku ada beli DVD baru, tajuk adalah Spring in Russia..pelakon Russia tau, besssarrrr punyaaaa! balik sekolah layan dekat rumah aku amacam? rumah aku clear!" Rahman selaku ketua kelas Jafar sering memberi buah fikiran yang bernas takkala Jafar keliru.

"Okey cantek!!"

Jafar masih mencari jawapan.

Tuesday, December 21, 2010

Siri Cerita Yang 'Cutting-Edge' : Hadiah Hari Lahir

"Aku seorang lelaki yang biasa-biasa. Kalau terai cari dekat pasaraya Mydin, bolehlah dapat dalam 3-4 orang macam aku. Biasa kan? Berkonsepkan lelaki biasa ini, aku meneruskan hidup sorang-sorang. Jarang melihat orang sekitar menegur aku inikan pula ingin bergelak-tampar dengan aku. Sejak bangku sekolah hinggalah bangku unibesiti. Ciri-ciri yang ada pada aku yakni berwajah evil, suka berbaju gelap, seluar gelap, mata gelap, kulit gelap, sakai dan tidak menyikat rambut menyebabkan orang ramai lebih selesa memandang jeling maut yang tak puas hati atau buat-buat tak nampak dengan aku. Cakap-cakap belakang pasal aku, itu belum masuk list lagi. Dicemuh? sudah biasa. Diludah? berkali-kali."

"Semacam ada awan hitam yang mengelilingi aku. Satu tembok yang memisahkan dunia warna-warni dengan dunia aku. Kawan? apa tu?"

"Tapi aku hanya senyum dengan semua itu, wahai pari-pari lembu warna hijau" Cerita Tiago pada pari-pari lembu warna hijau.

"sempena hari lahirmu, aku hadiahkan kau sesuatu!" bentak pari-pari lembu wara hijau seraya mengetuk kepala Tiago dengan tongkat sakti berbunyi TING! dan lantas Tiago berpusing-pusing di udara. Perlahan-lahan Tiago berubah menjadi seorang lelaki yang wahh! kacak! Rambut belonde gitu, kulit mulus, mata galak bersinar dan juga penampilan yang maskulin, tak tumpah macam Zac Efron.

Kini, Tiago tidak lagi menjadi lelaki biasa-biasa, tetapi menjadi lelaki yang hawt ohh ohh. Tiada lagi awan hitam, tiada lagi cemuhan malah bertambah galak gadis-gadis dengan gambar profile tunjuk lurah meminta 'friend request' di pacebok Tiago. Gilalah. Tiago sekarang adalah King.

Oh lupa, Tiago juga mempunyai hobi baru. Hobi baru Tiago adalah memandang jeling maut yang tak puas hati, cakap-cakap belakang, mencemuh dan meludah pada lelaki-lelaki biasa. Lelaki yang boleh dapat 3-4 dekat pasaraya Mydin. Tiago mencipta awan hitam untuk mengelilingi lelaki-lelaki biasa yang dijumpainya. Hendak berkawan dengan lelaki-lelaki tersebut? Tuih! Bukankah Tiago sudah cukup ramai berkawan dengan gadis-gadis tunjuk lurah? mana pula hendak ada selera mahu berkawan dengan lelaki biasa.


"Kenapa kau begini, Tiago?" soal pari-pari warna hijau pada suatu hari semasa Tiago sedang mabuk berpesta di hari lahirnya.

"Apa yang kau hairankan? bukankah ini perjalan tipikal dunia? Macam roda? Karma pun setuju dengan cara aku ini." Tiago menjawab sambil bergelak ketawa.

Pari-pari lembu warna hijau mengelengkan kepala tiga kali. Kesal. Dikeluarkan sepucuk pistol 6mm dari tepi sayap dan diacu tepat pada kening Tiago.

PAAAWWWW!!!

Tuesday, November 30, 2010

Siri Cerita Yang 'Cutting-Edge' : Cinta tanpa sempadan

Tepat pukul 10.00 pagi, Kamal sudah siap berdiri senang di hadapan sebuah rumah semi mewah dua tingkat yang memiliki pohon epal di halaman rumah itu. Kamal tampak segak. Hari itu dia memakai ringkas baju-T bercorak tengkorak mata tiga dan dipadankan dengan jaket kulit warna merah, persis Liam Gallagher dan jeans hitam koyak di lutut. Dia bersandar di tepi Vespa 50 S yang dicat anggun warna biru laut. Segak kan?

Kamal memang perlu segak. Ini kerana dia sedang menunggu seorang gadis. Gadis yang memiliki wajah bujur sirih, mata buntang spesis korea, kulit cerah-cerah sedap dan rambut lembut susur rapi iklan sunsilk. Gadis yang bernama Kartini itu adalah gadis yang paling cantik dalam hidup Kamal. Paling beharga. Oleh itu, sekejap lagi, mereka akan berjalan bersama-sama untuk meraikan ulang tahun bersama yang ke lima.

Lima tahun bersama, mereka berkongsi bermacam-macam kenangan, termasuklah kenangan memilih KLCC atau Tugu Negara. Maka, Kamal memilih untuk meraikannya di sebuah kawasan tinggi dekat dengan pinggir bandar. Disitulah kali pertama kamal mengucapkan 'cinta' pada Kartini. Disitulah Kartini rebah kebahu Kamal dengan disaksikan lampu-lampu jalan dan juga batu-batu keras.

Setibanya dilokasi, Kamal termenung jauh melihat bandar yang boleh dilihat jelas dari tempat tinggi itu. Dia perlu memperjelaskan pada Kartini sesuatu.

"Awak...saya nak bagitahu seperkara yang dah lama saya simpan sebagai rahsia. Harap awak sabar dan dapat terima saya seadanya." Kamal cuba mengawal nafas turun naik.

"Awak...saya memang dah memilih untuk menerima awak, jadi tak kesahlah apa pun saya tetap akan terima awak." Jawab Kartini sambil memberi ciuman terbang.

"Baiklah..Kartini, sebenarnya saya dilahirkan dari keluarga yang berstatus tinggi dan dihormati dan selama ini, saya hanya kekalkan imej Lo-Fi saya dimata awak" Ujar Kamal.

"Yakah Kamal? maknanya, awak bukanlah seorang yang berkos rendah? itu sudah bagus! saya tetap menerima awak!" Teriak Kartini.

"Kartini...sebenarnya, saya bukan berasal dari sini, saya berasal jauh dari sini dan saya berada disini hanyalah sementara" Ujar Kamal lagi.

"Yakah Kamal? maknanya, awak ini adalah pelancong? itu sudah bagus! bolehlah saya berhijrah ditempat awak nanti! saya tetap menerima awak!" Teriak Kartini lagi.

"Kartini...sebenarnya, saya bukanlah seperti yang awak nampak sekarang. Saya sebenarnya memiliki tiga mata dan sepasang antena. Saya juga memiliki ekor yang panjang. Warna asal saya adalah hijau. Oh, saya juga berasal dari Planet Yunam dan saya adalah anak perdana menteri planet Yunam. Sekejap lagi kapal angkasa saya akan tiba dan saya akan berangkat kesana. Mahukan karitni mengikut saya..."

Usai Kamal bercerita panjang, sebuah kapal angkasa berbentuk kuda muncul dari balik awan. Lampu kapal angkasa itu terang menyuluh mereka berdua. Serentak itu juga Kamal berubah menjadi bentuk asalnya.

Kartini hanya melopong. Sambil melopong dia memanjat pokok berhampiran dan bergayut-gayut umpama kera.


Wednesday, November 10, 2010

Siri cerita yang 'cutting-edge' : Rambut

Ini satu cerita buat Zulfakir. Ini hanyalah satu cerita.

Tiap-tiap pagi, sebelum melangkah keluar rumah untuk ke pejabat, Zulfakir akan menghabiskan masa sebanyak duapuluh minit dihadapan cermin. Selama itu juga Zulfakir banyak termenung. Dari saat mula dia termenung, sehingga diakhiri dengan dengusan, tiada lain hanya mengeluh tentang nasib dirinya. Jika dilihat dari segi paras rupa, bolehlah dikelaskan Zulfakir dalam kategori kacak-kacak. Bukan juga kacak yang OMG! Justin Bieber!. Cuma cukup untuk mendapat makwe sedas dua. Hanya yang membezakan Zulfakir dengan Justin Bieber adalah, Justin Bieber mempunyai rambut yang fulamak cantik berkilat. Zulfakir pula hanya sekadar berpuas hati dengan rambut yang segan-segan mahu tumbuh. Lompong di tengah kepala. Hal ini menyebabkan Zulfakir sering megetip bibir menahan sedih.

Zulfakir baru sahaja putus hubungan dengan makwe, Sofia akibat kekurangan dirinya. Oh, kekurangan rambut sebenarnya. Kata Sofia, "I malu dengan kawan-kawan, lagi-lagi parents I. Kepala U makin hari makin lapang. Nanti they o'lls kata I cari lelaki berpenyakit." Jenis alasan gampang macam ini buat Zulfakir makin mengetap bibir.

Bukan Zulfakir tidak mencari jalan penyelesaian. Sudah berbotol-botol tonik dibeli, bertin-tin krim ubat dicuba. Hasilnya? Paling kuat pun hanya buat gatal kepala sahaja.

Sampai di pejabat, Zulfakir termenung lagi di meja kerjanya sambil mengemas kini "\'facebook'. Tak semena-mena, mata Zulfakir bulat merenung satu iklan yang di 'tag' namanya. Iklan itu jelas memaparkan sebuah botol kecil bewarna hijau dan di bawah gambar botol itu besar tertera ayat,

'Gerenti tidak botak lagi. Ini yang cepat punya, hanya duapuluh minit bai'.

Tanpa lengah, terus Zulfakir mendail nombor iklan.
Selang dua hari, bungkusan yang paling ditunggu-tunggu Zulfakir sampai dengan sampul kotak Pos Express sedikit kemek. Teruja Zulfakir bukan main, lantas dikoyak kotak bungkusan laju-laju. Zulfakir membelek-belek botol kecil warna hijau itu. Di belakang botol tertera besar perkataan, 'SETITIS SAHAJA OK. KALAU TERLEBIH PADAN MUKA'. Zulfakir senyum puas. Setakat arahan bilis itu tidak menggusarkan hatinya.

Hari itu, awal benar Zulfakir bersiap. Mandi pun awal. Mahu pergi kerja awal. Sambil mandi, sambil dijeling botol kecil warna hijau separuh terbuka itu. Lepas mandi, dia mahu menitiskan setitis isi botol itu di atas kepala dan dalam masa duapuluh minit, Zulfakir bakal memiliki rambut Justin Bieber. Lantas Zulfakir bernyanyi sumbang lagu-lagu Justin Bieber. Sambil bernyanyi sambil berjoget lintang pukang. Gayung dilibas sana dan sini dan gayung itu tertepis botol kecil warna hijau separuh terbuka. Plup! masuk dalam kolah mandian Zulfakir. Zulfakir mandi lagi dengan riang.

OH...itu sahaja yang diucap Zulfakir bila melihat botol kecil itu didalam kolah. Dicapai botol itu. Botol itu kini sudah kosong. Zulfakir meneka-neka kemana isi botol. Dilihat air kolah yang tinggal separuh. OH...ucap Zulfakir lagi.

Setelah selesai duapuluh minit Zulfakir bersiap, dia menghabiskan masa sebanyak duapuluh minit lagi termenung dihadapan cermin. Dari saat mula dia termenung, sehingga diakhiri dengan dengusan, tiada lain hanya mengeluh tentang nasib dirinya. Zulfakir menyisir rapi rambut barunya itu. Yes, dia ada rambut baru yang cantik di atas kepala. Dia juga ada rambut di muka, leher, tangan dan satu badan. Satu badan.

Zulfakir mendengus.


Monday, October 25, 2010

Siri cerita yang 'cutting-edge' : Ini satu kebetulan ( .3)

Keletep...keletep...keletep... bunyi Ismael menekan kekunci komputer meja. Sepatutnya bunyi itu lebih pada tapp..tapp..tapp, tapi disebabkan perangai Ismael yang kurang bijak bekerja sambil mengunyah biskut Hup Seng, maka banyaklah cebisan biskut terselit di celah papan kekunci dari celah giginya.

"Haih...", Ismael menghela nafas panjang. Berat bunyi nafas Ismael. Semenjak tiga hari yang lepas, Ismael lebih banyak menekan papan kekunci dari mengurut isterinya, Sofie. Yang peliknya, hanya perkataan 'MERAH' sahaja yang ditulis berderet-deret. Semacam orang hilang waras. Sofie naik pening. Masuk ini sudah tiga botol minyak cap kapak habis dimandinya, tetap pening. Pening melihat perangai suami. Perjalanan penulisan novel 'sungguh enak menyangkul tanah perkuburan' yang patut disiapkan Ismael turut terbengkalai gara-gara pael barunya ini.

Penyakit menaip perkataan 'MERAH' ini melarat sampai ke dinding tandas jua. Malam sudah, kalau tak silap hari itu adalah hari Jumaat, habis diconteng belakang badan Sofie dengan perkataan 'MERAH'. Sofie hanya mampu tersedu-sedu memadam marker dibelakang badan.

Punca Ismael mempunyai hobi baru ini adalah akibat kejadian tiga hari lalu. Stesen keretapi tanah melayu adalah kawasan kejadian. Ismael melihat seorang gadis yang cantik memakai gaun labuh warna merah tanpa lengan tersenyum sambil dilanggar keretapi tanah melayu. Gadis itu berkecai di landasan itu akibat hampa apabila melihat tunangnya memakai gaun labuh tanpa lengan bewarna merah berkilau-kilau, tas tangan berjenama Guess dan dandanan rambut paling rapi, menunggu mana-mana kawan yang sudi menegurnya di bahu jalan. Ismael melopong.

Dengan mulut lopong, Ismael terjumpa nota dihimpap jam tangan berbentuk hati merah saga. Nota terisi isi hati gadis itu untuk siapa-siapa yang mahu tahu. Mulut lopong Ismael terukir senyuman.

Hari ini, kalau tak silap hari ini adalah hari Rabu. Ismael masih dengan senyuman itu memesan roti pelanta dan milo ais tabur. Ismael memesan roti pelanta dan milo ais tabur di Restoran Yasin dengan memakai gaun labuh tanpa lengan bewarna merah berkilau-kilau, tas tangan berjenama Guess dan dandanan rambut palsu paling rapi, menunggu mana-mana kawan yang sudi menegurnya.

dari google

Tuesday, October 19, 2010

Siri cerita yang 'cutting-edge' : Ini satu kebetulan ( .2)

Puas Jumi menunggu keretapi tanah melayu tiba. Sudah puas. Dari daun-daun kering gugur satu-satu sampai habis semua kena kutip dengan tukang servis stesen keretapi tanah melayu. Keretapi tak juga sampai. Hairan juga. Selalunya keretapi yang sedang-sedang uzurnya itu akan tiba dengan kelajuan 100Km/h dari arah barat, tapi hari ini tidak.

Jumi mendongak. Kelibat awan kumulonimbus bercorak macam badak tadi sudah lama ditiup angin. Yang kini diganti dengan sepasang awan yang lebih gelap warnanya, hujan bakal mererejah tak lama lagi. Jumi menghela nafas gusar. Sesekali ditinjau jam tangan berbentuk hati merah saga. Jam tangan itu tiba-tiba menyebabkan Jumi berhujankan air mata.

Jumi mahu pergi dari bandar ini. Bandar Pelatinum ini sememangnya bukan untuk Jumi, malah jauh sekali hendak Jumi jadikan sebagai syurga birunya. Neraka lebih tepat. Neraka yang tak jemu-jemu membakar hati dan jantung Jumi.

Jumi tinjau lagi jam tangan berbentuk hati merah saga. Melelah lagi air mata. Jumi paling cepat-cepat. Mahu sahaja dia baling jam itu ke tanah dan henyak-henyak sampai lumat, macam lumatnya hati Jumi ketika ini. Kenapa entah Jumi masih menyimpan jam pemberian tunangnya. " U simpan tau jam ini baik-baik, kerana jam ini lambangnya cinta i pada U!" masih jelas dialog itu. Tapi tak sampai 2 bulan hayat dialog itu, semacam ada sumpahan, tunang Jumi mula berubah. Malah perubahan tunangnya langsung tidak dapat diterima akal Jumi.

Dua bulan lepas, Jumi semacam perasan akan tindakan tunangnya yang makin lama makin menjauhi dirinya. Hakikat lelaki, jika sudah bertingkah-laku begitu, paling tidak sudah ada perempuan lain. Jumi tetap tidak mahu menelan hakikat itu. Dalam hatinya mungkin tunangnya itu sibuk bekerja, tarikh nikah pun makin dekat. Tapi bila tepat hari Sabtu, kira-kira dalam pukul sepuluh malam.Oh, Jumi terlambat dalam tiga minit lima belas saat. Betul-betul di bahu Jalan Implikasi 4/7, Jumi terlopong. Sambil terlopong sambil menangis. lalu Jumi terjelepuk bersimpuh ketanah. Betul-betul depan matanya, tunangnya memakai gaun labuh tanpa lengan bewarna merah berkilau-kilau, tas tangan berjenama Guess dan dandanan rambut paling rapi, menunggu mana-mana kawan yang sudi menegurnya.

Oh ya. tunangnya dulu Khairul, tapi kini lebih selesa dipanggil Sara...Sara Superb. "Shit!" raung Jumi dalam hati.
Bunyi deruan keretapi mengejutkan Jumi yang terkhayal di telan masa lampau. Dikesat cepat-cepat air matanya. Destinasi seterusnya bagi Jumi bakal tiba. Jumi keluarkan satu nota ringkas sebesar A4 dilipat menjadi kecil. Diletakkan nota tadi diatas pangkin, dihempap nota itu dengan jam tangan berbentuk hati merah saga. Jumi melangkah yakin kearah landasan. Langkah demi langkah, kini Jumi betul-betul dihadapan keretapi tanah melayu yang begitu gagah menuju kearahnya. Gaun labuh tanpa lengan bewarna merah yang dipakainya rakus disambar angin. Jumi depakan tangan luas-luas......





Friday, October 15, 2010

Siri cerita yang 'cutting-edge' : Ini satu kebetulan

Setiap pukul sepuluh tepat malam, Khairul sudah bertenggek senang di bahu jalan , Jalan Implikasi 4/7 memang sinonim dengan Khairul. Mungkin sebab Khairul tiada kerja lain selain dari duduk di bahu jalan, atau memang hobinya itu suka melihat gelagat manusia-manusia dengan isi hati masing-masing siapa yang tahu merayau segenap pelusuk kota itu mencari hal masing-masing. Siapa yang tahu.

Khairul bukan nya bodoh mahu duduk disitu, berdiri di situ sendiri sepanjang malam. Ramai kawan-kawan Khairul. Khairul peramah. Dia memiliki kawan seorang pemandu teksi, kawan seorang penjual berger di simpang tiga, kawan bernama Suresh, bekas kelasi kapal yang memiliki lengan setebal paip pembentung air dan kadang-kadang kalau hari itu hair yang lucky, Khairul bakal berkawan dengan pemilik Mercedes-Benz SLK warna putih mutiara.

Malam ini, tepat pukul sepuluh lagi, Oh. Khairul terlambat dalam tiga minit lima belas saat. Tapi tetap Khairul mengisi kekosongan bahu jalan itu. Mungkin Khairul telambat kerana gincu merahnya habis, atau mungkin hari ini dia bingung mahu mengenakan pakaian apa yang paling vogue. Jadi, dia memilih gaun labuh tanpa lengan bewarna merah berkilau-kilau, tas tangan berjenama Guess dan dandanan rambut paling rapi, menunggu mana-mana kawan yang sudi menegurnya, " Sara....u available?". Oh ya, Khairul senang dipanggil sebagai Sara....Sara Superb.



Sunday, October 3, 2010

Siri cerita yang 'cutting-edge' : Petrol


Sedang Saufi leka duduk di muka pintu rumhanya sambil memotong kuku kaki, nampak kelibat Mansor dari jauh kengkang-kengkang menuju ke rumahnya. Saufi endahkan saja Mansor. Kuku ibu jarinya perlu dipotong dahulu. Lumpur dari padang bola belakang rumah Saufi dah seminggu berumah di dalam kuku...pengotor masyaallah sangat.

"Hoi wahai Abdul Saufi Sameran!!, jadahnya kau duduk betenggek depan rumah!!" tempik Mansor sambil dok belek-belek diri sendiri depan tingkap rumah Saufi

Berdarah hujung ibu jari Saufi terkepit pengepit, terkejut punya pasal. Jadahnya Mansor..bukannya Saufi duduk jauh sangat pun, itu pun mahu ditempik sekuat hati.

"Kau ni..tak fun sungguh duduk rumah hari minggu. Harinilah kalau nak cari gadis-gadis gebu. Jom ikut aku pergi pekan...manalah tahu jumpa satu-dua." Ajak mansor sambil tak habis-habis perbetul rambut penuh gel keras lain macam.

Saufi senyum nipis. Bingkas dia bangun tutup pintu rumah. Bukanlah Saufi gemar benar nak mengikut Mansor. Tapi itu sahajalah kawan yang dia ada di kampungya. Ikutkan hati malas benar dia nak tinggalkan rumah. Lagi pula, harini ada Melodi dekat tivi.

"Kau ni..baju tah hapa-hapa. Tengok macam aku, ini lah baru gaya terkini dekat KL sana. Baru gadis melekat." lagak Mansor. Saufi senyum nipis sambil sarung kasut palas kain hitam.

"Kau ni...bila nak maju. Tengok macam aku, setakat ini adalah dalam 4-5 awek aku dah ajak tengok wayang. Gaya kena ada...gaya!" tegas Mansor lagi. Saufi angguk sahaja sambil hidupkan motor Modenas.

"Kau ni...bila nak tukar kenderaan. Tengok macam aku, baru minggu lepas aku dah tempah MyVee warna hitam. Barulah kena dengan gaya." ngomel Mansor lagi. Saufi diam sambil kancing topi keledar. Mansor pun sama kancing topi keledar.

Sepanjang perjalanan, tak habis-habis Mansor berlagak itu ini. Pasal pasang astro dekat rumahlah, jenis rokok yang dia hisaplah, frend list dekat akaun Fb dia lah. Ikutkan Saufi, mahu saja dilibas pinggang Mansor dengan topi keledar. Tapi Saufi paling kuat pun senyum nipis lagi.

Sedang Saufi maintain dengan kelajuan 60 Km/h, tiba-tiba tenampak awek sedang garu kepala sambil sorong motosikal.

"Hah!! ini lah peluang Saufi!..peluang!. Cepat pergi tolong awek tu. Nampak gaya macam minyak habis" ajak Mansor sambil kuat menepuk-nepuk belakang Saufi..sikit lagi Saufi nak hentam tiang letrik. Jenis Saufi memang turut perintah..maka turut perintah lah.

Tak sempat Saufi nak parking moto, Mansor dah dulu lompat dari motor. Terus diterkam awek tadi. Awek yang dalam kesusahan, memang laju angguk kepale kalau dah ada orang hulur bantuan.

“Err…macam mana kite nak tolong nih, stesen minyak ada jugak 2 km..kite tolong tunda lah, kalau tak pun kita pecut tolong beli minyak dulu” Saufi memberi buah akal.

“Kau ni…lambat! lambat!. Kesian awek ni..mana boleh bia dia sorang-sorang. Tuh ada paip getah, bia aku sedut minyak moto kau, tuang sikit dalam motor dia…ha! kan bernas!!” lagak Mansor memang laju. Akal nak cuba pancing akaun facebook awek tadi.

Saufi tengokkan saja perangai Mansor. Mansor sedut minyak motor Saufi. Laju sangat Mansor sedut, habis basah mulut dengan petrol. Tertumpah sikit petrol pada baju dan seluar. Terludah-ludah Mansor akibat tertelan petrol. Cepat-cepat Mansor halakan hujung paip kedalam tong motor awek.

“Ha!!kan menjadi nih..pergh…dasar orang kacak memang akal pun kacak!perghh!” dabik dada Mansor sambil cekak pingang. Awek senyum tersipu-sipu.

Mansor gelak lagi sebab bangga. Sambil gelak, dijentiknya Dunhill dari kotak 20 yang kemek. Tepat digigit punting rokok. Mansor gelak lagi sebab macam terer jentik rokok terus masuk mulut. Dicapai pemetik api pula. Dengan laju dipetiknya pemetik api. Mansor lupa mulutnya masih bersepah baki-baki petrol.

BUFFFFFFF!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saufi melangkah perlahan menuju motornya. Saufi berlalu pergi sambil bersiul siul. Hari macam nak mendung. Cahaya belakang Saufi yang tadi menyala merah-merah, makin lama makin suram…makin padam.