semua orang asyik suruh kitorang review tempat makan, tempat shopping, tempat lepak, amboih kemain semua orang padahal beberapa orang je pon..tapi, setakat kitorang masih ada kat JB ni, memang kat JB jelah yang boleh review, tunggu nanti kitorang pindah negeri lain, time tu JB bye2!
Hentakbelipat dengan I memang favourite food adalah roti, kalau tengahari pun bukannya makan nasi, makan roti high-5 yang 50 sen tu yang perisa blueberry ke yang ada sardin tu ke..konon nak diet ke apa tah sampai makan roti 50 sen tu je, ke nak saving?kedekut gila nak saving sampai makan tengahari 50 sen
ok ini adalah kedai roti yang paling umpph!sekali kat JB, tengok dari signboard pun macam whoaaaa!kedai ni dari abad ke berapa dah ada ni?
marilah masuk!marilah masuk!
mungkin ini adalah pakcik salahuddin atau anak dia, mungkin cucu kot?tak sempat pulak nak interview
kan dah cakap, memang berabad dah kedai roti ni, tempat buat roti pun macam sikit lagi nak kiok..semua roti kat sini memang asli sangat pembuatan dia, sebab tu lah umpph!
teruja sampai dalam kedai roti pun nak kena ambil gambar banyak-banyak, mesti pakcik Salahuddin tengok pelik
kalau datang sini, beli 1 je roti, korang boleh simpan ajelah duit minyak buat beli roti kat bhai roti naik motor depan rumah korang tu aje ye
tengok lah tu,,alololo tak ke comel aje muffin-muffin ni..GRRRR..macam nak cubit tau dia ni
korang jangan pandang serong kat roti ni, nampak je lebam tapi rasa dia sedap gila kot! dengan ada gula kat atas tu. memang kalau tengok cerita Halimah Jongang, terus rasa macam oh!best jugak cerita ni rupanya, punya kaw! penangan roti ni kan
Seriously, I rasa orang yang datang sini macam I kot, geram sangat tengok roti-roti kat sini, jadi kitorang hempap-hempap, lenyek-lenyek, cubit-cubit roti ni..tengok tu, habis kena penyet dah.. :p
kalau tak terliur jugak tak tahulah nak cakap apa, mungkin memang korang takda jodoh dengan roti kot. hmmph!
kitorang borong roti macam borong baju jugak, tengoklah tu.. sampai terangkat-angkat kaki, menahan rasa sedap bila roti tu masuk dalam mulut tau
kedai roti ni dekat Jalan Dhobi, sederet dengan The Scandelist. bukak dari pagi tak tau pukul berapa, nak check dekat Facebook, rasanya Salahuddin ni tak buat FB lagi kot, tapi yang pasti malam memang tak bukak lah




