Showing posts with label Sedapnya nasi lemak. Show all posts
Showing posts with label Sedapnya nasi lemak. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Sedapnya Nasi Lemak : siri 04 (penghujung)




Pintu dapur dibuka perlahan-lahan. Darby sengaja membiarkan pintu itu tidak habis ditutup, kenalah mereka merangkak bila keluar nanti. Senang sikit kalau apa-apa berlaku. Kemain suka mereka berempat. Masing-masing terus bergegas melaksanakan tugas yang diagih-agihkan sebelum ini. Jo mengambil sambal, Bigong menyedok nasi lemak, Darby mengutip telur rebus dan gambir mencari pencuci mulut apa yang ada.

Sambil Bigong menyedok nasi lemak dari periuk besar ke pinggan, sambil dia menyedok ke mulutnya sendiri. “Perghhhh sedap sampai kelangit nihh” luah Bigong tanda puas hati. Jo tersenyum lebar, Gambir pun sama Darby menepuk-nepuk lantai tanda seronok. Masing-masing terbayangkan nikmat yang kelangit itu. Dah lama mereka mengidam nasi lemak tersebut tapi kalau dah perangai nak bangun subuh pun payah masyaallah, celah mana nak sempat makan sarapan.

“Jo..Aku jumpa tembikai ni…besarr nih. Sedapnyee” teriak Gambir separa berbisik pada Jo. 


BANG!!


Masing-masing kaku. Masing-masing membisu sambil mata bulat memerhatikan cawan plastik yang sedang jatuh dari rak dimana Gambir mengambil tembikai besar itu. Menunggu saat dimana cawan itu menghentam lantai.


KELETANG!!!


“Siapa oi!!” kedengaran jeritan makcik dewan makan dari bilik tidurnya. Masing-masing pucat besi. Lantas Jo memberi isyarat kecemasan kepada yang lain. “Alarm! Alarm!” seraya itu mereka berdesup membuat formasi kecemasan. 

Terus mereka beratur menegak dari pintu dapur yang sengaja dibiarkan terbuak sedikit tadi. Jarak pintu tersebut dari mereka berdiri  adalah dalam 100 meter. “Gelongsor!!” Jo memberi arahan, lantas Jo sebagai orang pertama menggelongsor secara meniarap. Momentum yang diberikan cukup padu sehingga koyak bajunya akibat geseran dari permukaan lantai dan perut. 


Zuppp…..“lepas!” Jo berjaya keluar dari pintu tersebut.

Zuppp…..”lepas!” Darby juga berjaya menggelonsor lepas dari pintu dapur.

Zuppp…..”lepas beb!” Gambir juga tidak mengalami sebarang masalah. 


Zuppp……GEDEGANG!!


“Tak lepas!! Sangkut!!” jerit Bigong. Ternyata saiz badan Bigong tak lepas ruang sekecil itu. Jo dah panik, Darby pucat, Gambir basah seluarnya dan Bigong buat-buat tertidur. Dari dalam dapur, kelibat makcik dewan makan makin hampir. 


Jo lesap, Darby ghaib, Gambir hilang dan Bigong yang tersangkut masih buat-buat tidur. Terbit air mata mengalir perlahan-lahan di pipi Bigong.

Wednesday, March 16, 2011

Sedapnya Nasi Lemak : siri 03

“Bagus Gambir..jika dilihat disini, tepat pukul 12 malam, makcik dewan akan bergayut dengan kekasihnya selama satu jam. Maknanya, dalam pukul 1 dia dah habis bergayut.” Yang lain hanya mengganguk. 

“ Tepat pukul 1.10 pagi pula, makcik dewan akan mula memasak dimulai dengan memasak sambal, mentanak nasi, merebus telur dan memotong timun. Tiba pukul 2.30 pagi, makcik dewan akan bersiap-siap untuk tidur…jadi aku anggarkan, dalam pukul 3 dah boleh gerak dah!”

“Yehaaa!!!” jerit yang lain.

Tepat pukul 3 pagi, sayup-sayup kedengaran bunyi derap-derap tapak kaki. Jo, Darby, Gambir dan Bigong berpakaian serba hitam. Masing-masing lengkap dengan pistol dua bijik setiap sorang, teropong jenis boleh tengok malam, pelancar roket dan juga pisau Rambo.Kemain lagi.

“pintu dewan makan aku dah siap-siap setting tak berkunci” bisik Darby pada mereka bertiga.

“bagus…kejap lagi kita akan bergerak dalam posisi berdua-dua. Mula-mula kau dan Gambir. Lepas itu baru aku dan Bigong” arah Jo

“Lapaaaaaa” dengus Bigong. 

Bermula dengan Daby dan Gambir. Pelahan-lahan mereka bergerak menghampiri pintu dewan makan. Darby menggunakan teknik berjalan seperti kucing manakala Gambir pula menyusur seperti ular. Tak ada bunyi langsung. Jo dan Bigong pula lebih selesa menggunakan terknik bergolek macam bola. Lagi terer

Setibanya di depan pintu dewan, langkah demi langkah mereka aturkan sesenyap yang mungkin memasuki kawasan dewan makan.

“Beres” getus hati masing-masing. Yang tinggal kini hanya halangan berupa pintu yang menghubungkan dewan tempat makan dan dapur. Pintu dapur ini sedikit leceh kerana bunyinya boleh tahan memekak juga kalau hendak dibuka. Alah macam pintu kedai runcit yang kena tarik-tolak keatas dan kebawah kalau nak buka tu.

“bab ni, kita kena fokus betul-betul..silap sikit habis kita” nasihat Jo pada yang lain. Darby mengeluarkan sejenis alat dari beg galasnya. Alat tersebut nampak macam speker radio tetapi mempunyai antena. 

“Alat ini bertujuan menyerap bunyi yang akan dihasilkan bila kita membuka pintu dapur nanti, supaya makcik dewan langsung tak perasan. Aku beli dulu dekat SmartShop masa darjah 6” terang Darby. Jo menepuk-nepuk bahu Darby tanda kagum.


 gogle


Saturday, March 12, 2011

Sedapnya Nasi Lemak : siri 02

gogle

Menjelang pukul 11 malam, lampu-lampu dorm ditutup satu persatu. Hanya tinggal lampu koridor sebagai bekalan bagi yang memerlukan. Ada budak yang dah tarik selimut, ada yang tarik meja belajar ke depan pintu dan tak lupa juga yang tarik dalam-dalam asap rokok.

Sebagai abang senior di sekolah berasrama, duduk di tebing koridor, di hujung tandas adalah paling in. Tak nampak senior lah kalau tak duduk macam itu.

Kalau yang duduk belah atap, itu jangan ditegur.

Bigong dari tadi dok gesel-gesel belakang dengan dinding. Gatal sangat barangkali. Habis mengelupas cat-cat dinding digesel Bigong, biasalah nak garu pakai tangan tak berapa sampai.

Gambir memegang sesuatu di tangannya, macam sekeping kertas.


"aku ada jadual harian makcik dewan tuh...lengkap dari pagi sampai dia tido" tayang Gambir pada Jo


"pehh mana kau dapat jadual dia ni?" Jo hairan


"biasalah...budak blog..semua nak cerita dalam blog kan..." Gambir berseloroh sambil membuat gaya tangan ke bahu, mata keatas. Cacat benar perangai Gambir sehinggakan muntah bubur Darby tak memasal.


Jo memaparkan muka penuh harapan. Naik tus air liur akibat terbayangkan nasi lemak nanti.
"Emmphhhh!!!!" tepejam-pejam mata Jo akibat kesedapan. Darby muntah lagi akibat reaksi muka Jo yang cukup comel.



sambung nanti......

Friday, March 11, 2011

Sedapnya Nasi Lemak : siri 01

gogle

Malam tu bulan terang betul. Penuh dan bersinar. Kalau tak ada lampu pun rasa-rasa tarak hal sangat. Lampu dewan makan tiba-tiba menderang setengah dewan. Kelibat budak lelaki satu-satu memasuki perkarangan dewan makan. Hari Khamis, roti ban dan kuah kacang adalah menu standard sesi makan supper. Sedap tu tak lah sangat, tapi kalau dah nama duduk asrama, dua mangkuk juga paling kurang.

Jo, Darby, Bigong dan Gambir duduk sebaris malam tu. Masing-masing tekun suap bubur dalam mulut. Sesekali Bigong tersalah suap ke hidung. Gelojoh.

“Nak lagi!!!”pekik Bigong secara membuta tuli. Tersembur Jo di sebelah akibat terkejut yang melampau. Tergopoh gapah juga makcik dewan makan menggantikan mangkuk yang kosong di depan Bigong dengan mangkuk yang berisi penuh bubur kacang. Takut-takut Bigong bertindak luar kawalan. Roboh pula dewan itu nanti.

“Amacam malam ni? Kau dah siapkan kertas kerja, jadual dan juga peta laluan?” soal Jo serius pada Gambir dan Darby.

“Siap Jo!” angguk Gambir

“Beres Jo!” tegas Darby. Masing-masing menampakkan urat di dahi tanda serius.

“Benda ini kena jadi malam ini juga. Nak jadi apa pun jadilah…benda ini kena jalan!” tegas Jo sambil menghentak meja makan dengan kaki kiri. Prakkk patah dua meja makan.

“Yehaaaa!!!!” laung yang lain-lain.

Dari sudut kanan dewan, kelihatan warden kegemaran ramai, Encik Razi sedang membuat tekan tubi. Mungkin memperkuatkan tapak tangan. Siapa tak kenal penampar kilat Encik Razi .Habuan Jo malam itu.


sambung nanti.......