Wednesday, February 24, 2010

tips untuk pesakit senggugut

Lelaki juga boleh baca entry ni untuk membantu teman2 wanita atau isteri2 anda ketika haid

Disebabkan i adalah salah seorang pesakit melamapu time period i akan berkongsi tips2 untuk perempuan2 di luar sana bila sedang mengalami period pain..sila beri saya waktu untuk terangkan apa itu senggugut sebenarnya:ehem-ehem

Senggugut atau "period pain" kerapkali dialami oleh wanita ketika kedatangan haid . Apakah yang menyebabkan senggugut berlaku?Pengeluaran sejenis bahan - prostoglandin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugut.Otot rahim akan mengecut (contraction) dengan lebih cepat.

Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).

ada banyak simptom yang berkaitan dengan PMS seperti di bawah:
  • Perut kembong~kira macam perut agak buncit la time period
  • Kejang perut
  • Payu dara bengkak atau sensitif~ni kadang2 sebelah je yang rasa sakit
  • ketegangan atau bimbang
  • Masalah tidur
  • Sakit sendi atau otot
  • Pening kepala
  • Hayunan perasaan (Mood swings)
  • Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

period pain ni sakitnya 1% dari orang nak beranak..bayangkanlah..sakit ni ya rabbi!memang gila2 nya sakit paham!siapa yang tak pernah rasa tu sila bersyukur sekarang!

so macam mana nak kurangkan sakit senggugut ni?bawah ni tips2 yang i selalu buat..bolehlah kalau nak amalkan:sebab kalau pergi hospital atau clinic pun paling kuat dorang akan cucuk kan..itu kalau memang dah tak boleh blah sakit dia..


Tips-tips penting:
1.
guna benda-benda panas untuk tuam perut korang..
benda-benda panas termasuklah:

a. iron
panaskan dulu iron lepas tu alas perut korang dengan kain sebelum letak iron atas perut..if tak alas mungkin korang terus innalillah kat atas katil time tu jugak

b.if takda iron
ni untuk remaja perempuan yang kat hostel ye:korang suruh la member pergi beli air panas then tuam atas perut tu

c.pad panas
letakkan pad panas atas perut korang..boleh didapati di mana-mana farmasi berdekatan


d.beli losyen mustajab yang extra hot
ni macam paling mujarab jugak lah bagi i setakat ni..sapu kat perut korang..rasailah kepanasan melampau di samping bau halia yang menusuk kalbu..hmmm sedap

2. makan panadol dengan air coke
hah!ni member mak i (doktor ye) yang suruh buat..selalunya kita dengar makan panadol dengan coke boleh mabuk kan..kalau korang berani try lah..setakat ni i takda lah sampai kena masuk hospital..ok je

3.beli air seratus (100 plus)
minum banyak-banyak..kalau boleh, beli yang botol besar tu..habiskan..cara ni jugak mujarab untuk orang yang demam..minum dua botol besar konpem ilang demam

4.Ubat pengurang radang (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.

5.Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation")
Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin ini menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit berkurangan.
itu sahaja tips dari saya..selamat beramal!

5 comments:

pengarut tegar said...

waaa!! bagus pny tips...
tapi no 2 org laki pon folo...hohoho

petisuara said...

hahahaha..itu laki nak high br buat..hahaha

- said...

sy slalu bt yg tuam dgn air pns tu.
ok la jgk...tp di samping tu, kena tdo.sbb bila bgun tdo kompem dh xsakit.

hmm, sgugut ni better jgn mkn pil thn sakit la.rosak sistem..

Unknown said...

uwaa terima kasih.. slalu guna tuam dengan air panas dengan losyen tu je.. boleh la.. kadang2 sakit sangat terpaksa makan penadol. tapi org kata tak elok.. betul ke ye?

aidillah HAIMI said...

Wahh, sangat berguna. Terima kasih kerana berkongsi. Dila akan amalkan kalau sengugut datang. =)