Friday, March 12, 2010

Geng AL

Petisuara dah balik kampung. Aku jadi King dalam blog ni.hahahaha. Aku tiba-tiba teringat dekat rumah. Bila aku teringat dekat rumah, automatis aku terus teringat perkara yang paling 'horror'. Perkara ni memang melibatkan sifat-sifat seperti sabar, tenang dan aman. Kalau nak balik rumah aku memang kena perkasakan jati diri aku dulu. Sebab aku kena berhadapan dengan sekumpulan Geng AL. Korang kalau jumpa Geng AL ni kena hati-hati sebab silap-silap korang boleh kena tinju dekat tulang rusuk.


Geng AL satu.
AL Harith Hatim Bin AL Hasrizal
(merangkap ketua geng tersebut dan juga senior kepada yang lain)

Geng AL kedua
AL Hazith Hakim Bin AL Hasrizal
(Selaku penasihat dan juga pemeriksa kira-kira)


Geng AL ketiga
AL Haiman Hazim Bin AL Hasrizal
(Pemain simpanan atau ayam tambatan geng ini)

Sikit punya cemas bukan. Wajah-wajah diorang ni memang tengah 'ready' nak 'ambush'. Tapi aku tenang. Sebab aku ni kira ketua operasi diorang la. Apa-apa gerakan pun kena 'rogger' aku dulu. Diorang sangat berbakat. Penuh seni di dada. First time aku tengok bakat diorang dicungkil bila aku lepas cat rumah untuk sambutan raya. Memang lawa cara diorang tambahkan corak dekat dinding rumah aku. Tercalar juga hati aku tengok..lantak korang la. Jangan kau conteng arang dimuka aku sudah. Bakat lain aku tengok dari segi 'abstract'. Ini kerana aku rasa diorang ada bakat jadi kontraktor kelas A besok. Apa saja dalam tangan diorang akan kaji macam mana benda tu berkerja, macam mana benda tu bersambung dan ketahanan benda itu. Kajian dia senang saja. Campakkan ke dinding atau lantai sudah memadai. Syabas!!

Hobi Geng AL memang sekutu. Diorang tak pernah berkompromi bila datang waktu iklan dekat TV. Hanyut aku tengok. Kau panggil la kuat mana pun. Jawapannya adalah kesunyian. Lagi satu diorang selalu belajar seni pertahankan diri dari satu pahlawan ni...


dan ini...


Cukup kenal diorang dengan hero-hero ni. Sebut saja mana satu, tepat jawapan diberikan. Kadang-kadang diorang ada datang menuntut dekat aku juga. Aku cuma bagi ilmu sipi-sipi. Hentakan lutut di perut mu dan libasan siku di pinggang sering aku ajarkan. Lebih-lebih nanti takut makan tuan pula.


Mungkin berbincang startegi untuk menjatuhkan aku

Memang aku saja bagi diorang bermain dengan senjata.

Kalau diorang ni tak ada dekat rumah memang sunyi la rumah aku tu. Kira penyeri juga lah diorang. Aku dah target dah bila diorang besa diorang nak jadi apa. Geng AL pertama aku nak didik jadi seorang yang gagah dan sasa tubuh badan. Geng AL kedua aku nak pupuk minat headbanging. Biar dia bela rambut panjang-panjang. Senang aku nak pergi gig ada teman. Geng AL ketiga aku biar dia jadi soleh. Nanti terkawal sikit kumpulan ini...

Sekian...harap-harap anak buah aku ni boleh belanja besar aku nanti


11 comments:

Unknown said...

AL Hazith Hakim Bin AL Hasrizal adalah hensem! nak chup buleh? hehehe

Carl Samsudin said...

aku suka entri ni!! terbaik aku penah baca! gelak sakan! aku dpat bayangkan kenakalan heng al ni! sialan stakok!

hentakbelipat said...

wawan:kalau nk cop budak tu kena cop paksu dia dlu
kaled: hehehe...mmg naka tahap langit dowh..sangat!

uncle said...

hahahah mmg best baca...tu dia aih geng AL uncle boleh apply masuk tak? hahaha

sugar2 kapas strawberry said...

cantik nama dorg ;)

hentakbelipat said...

Uncle: hahaha tu uncle kene tanya kumpulan tu lah..diorang ade buat sesi ujubakat

Sugar: sume pun nak name mule huruf H macam saye Hazwan..haha

Hanis Amanina said...

smart ah nama2 diorang!

hans said...

geng AL menakutkan
hehehhe

NiZaM Limited said...

Haha..macam2 konspirasi yg diorg buat utk mengalahkan musuh mereka.
boleh kalahkan geng bas skolah ni. kehkeh..

petisuara said...

haha..mmg drg boleh bawak masuk dlm drama bersiri..konpem laku

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

alolo tomeinye geng al ni haha xleh blah