Tuesday, March 16, 2010

Used Item Is Still Hot!

Dengar khabar-khabar angin aku punya sponsor nak masukkan duit dalam minggu depan. Berdebar kejap jantung aku. Cemas dah kalau-kalau dia bagi sama banyak macam Rooney dapat. Planning apa nak sebat kena ada. Aku ada dengar nasihat masa class falsafah yang duit banyak-banyak tak bawak kemana, tak bawak keakhirat pun, kalau dah mati duit tu orang lain jugak ambik. Aku ingat memang aku kurang la niat menyimpan kalau macam tu. Macam En Carl cakap, "kau simpan-simpan ni macam kapitalis". fuh...tajam.

Bila cerita shopping aku saja nak kongsi-kongsi negara luar punya style berbelanja. Sebab aku ada pesan dekat kawan aku, C-Lok yang belajar kat UK. Aku suruh dia beli jaket yang ganas-ganas tapi murah. Dia kata nanti dia usha dekat 'Car-Boot sale'.

Car-Boot sale ni kira macam bundle tapi style diorang ni jual lain sikit. Diorang tak payah susah-susah pikir pasal cukai kedai ke, sewa kedai ke atau bil air. Lagi senang diorang gather community diorang sendiri, plan lebih kurang mana event then diorang kumpul ramai-ramai dekat kawasan lapang, bawak kereta masing-masing. Bukak boot lepas tu display barang. Gerek! Barang-barang dia biasanya used item lah. Barang-barang harian pun ada jual. Janji nampak manis depan mata. Diorang siap ada jadual untuk gerakan Car-Boot sale ni. Memang popular la senang cerita.





Tak betul ni bro

Cukup mantap!


Kalau Garage Sale pula dia jenis lain sikit. Jenis malas nak bergerak penjual dia. Lebih senang dia goyang kaki duduk depan rumah buka meja, Jual barang-barang rumah yang agak-agak wangi lagi. Selalu diorang buat ni bila nak pindah, barang dah banyak sangat dalam rumah atau dah rasa macam nak bankrupt. Dekat sini boleh korang cari perabut yang style dengan murah habis.




Memang hebat bukan. kalau dekat JB jangan cakap korang kurang pasti pasal ni. Senak perut kelak. Paling serasi dengan event-event diatas adalah Bazar JB dekat area Jalan Dhobi atau Junksale hasil kelolaan Junkies. Tapi Bazar JB diorang buka hari-hari. Memang macam-macam benda pelik boleh jumpa. Entry pasal Bazar Jb ni aku dah post dulu. Nak tahu mendalam boleh godek-godek.

11 comments:

sasha* said...

kalau kt oversea tak heran kn benda cmni.kt sini je blum lagi :P

aduka said...

i love bundle..
:P

si para para said...

kat malaysia tak nk buat mcm ni ke?

agak agak penguatkuasa pun dtg beli brg skali...jgn hulur saman sudah la..hehe

hentakbelipat said...

hahaha!!tulah..kalau korang datang Jb kene singgah Bazar Jb..lebih kurang la style die. kat tmpt lain still belum jmpe

sherah said...

hentak berlipat....nak tgk...post yg dulu..wuuuuwuuu bagi lah link :P

cyberboy said...

wow.sesuatu yg baru ni kalau kat malay ni...

hentakbelipat said...

hahaha..nnti i link kn ok

kenwooi said...

haha selling guns.. really wrong =P

Amirah Rashid said...

xtau pun JB ade bnde ni. cool gila okayy. mcm uptown sikit :)

aNoZ said...

i thot kamu blaja luar negara. tidak eh? hoho

petisuara said...

anoz:tidak lah..kitorang kat UTM skudai la..hihi..kenapa luar negara pulak