Monday, April 5, 2010

My Favourite Sport

Lagi sekali aku di asak bertubi-tubi oleh Petisuara untuk post pasal Project Alpha Contest. Mentang-mentang laptop dia dekat aku. Baru nak cuba-cuba berenang atas tilam. Emphh!..Tapi kalau tak dibuat pasal ni ada juga aku kena pujuk bertubi-tubi..lagi hilang akal. Kalau korang nak tahu lagi lanjut benda alah Project Alpha selamba hentak SINI!!!

Kira tajuk dia memang mencabar minda. My favourite sport. Tahu-tahu saja aku memang jenis suka bersukan lasak. Lagi-lagi atas katil. Aku ada juga berjinak-jinak dalam sukan lagi ganas seperti berjalan ringan sambil bersiul-siul riang di petang hari. Tapi tak cukup peluh yang dihasilkan. Baik saja aku baring lagi atas katil.


Aku bukan tak suka bersukan, cuma sukan yang aku kira paling pandai adalah ragbi. Tak betul kalau tiap-tiap petang aku ajak member main ragbi. Nak carik satu pasukan pun belum tentu dapat, lagi-lagi main ragbi memang lasak habis. Ada juga budak-budak UTM cacat-cacat. Itu satu hal. Aku pula kalau dah naik hantu memang aku sondol habis semua, hatta pengadil sekali. Semangat berpasukan orang kata. Bila main ragbi kau jangan la sangka kau akan berbau harum macam kau main layang-layang. Sikit punya banyak peluh kau kumpul atas padang. Belum kira peluh rakan sebelah kau, rakan pasukan lawan serta pengadil. Lagak kau pun dah lebih kurang kerbau. Habis semua tanah kau sodok...Jadi aku ada nampak satu jenama yang memang boleh kau jadi 'hensem' masa lasak-lasak atas padang...


Memang kalau pakai alat-alat solek ni aku rasa lebih bertenaga serta yakin diri. Bukan setakat aku berjaya menyondol habis semua musuh, silap hari bulan aku boleh 'ngorat' juga gadis-gadis 'pom-pom' sebelah padang. Mana tidak, benda ni memang bagi kulit kau licin macam marmar, badan kau harum walaupun kau memang dasar berdaki, rambut kau berkilat macam rambut 'superman'. Memang dasyat!!!'Protection' dia bagi sangat menyeluruh. Kau kena pakai dulu sebelum bermain. Ini petua. Kalau lepas main pun kau boleh pakai, lagi licin habis kulit kau. Tapi jangan kau buat minuman pula. Mentang-mentang benda ni ada iras-iras tonik. Bau celahan ketiak juga boleh dijaga rapi. Berbaloi orang kata. Lagi satu, benda-benda ni boleh buat kau jadi garang sikit dekat padang. Ini semua kau kena ambil kesah. Sebab lagi garang kau atas padang lagi senang kau nak menang. Bila pakai pun baju adidas, letak lagi pencuci muka adidas, tambah celoreng jalur tiga dekat muka macam simbol adidas...'comferm' juara..

Garang-garang abang ni

p/s: Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions





9 comments:

Azuan said...

buat minuman pun layan je haha

Anna Boleyn said...

Good luck. :) Salam kenal. Da follow btw. Hit me back kayh :)

zamankacak said...

konfem eyh kacak n dipikat gadis klu pkai menatang niyh???xjadik siap kau...aku nk pkai sebelom n selepas joging and maen ftsl...pastuh selambe gi duk sebelah awek cun..hahaha....

Gloghia said...

hahaha. fineeeeee aku nak beli satu set, kalau jogging orang ikut kat belakang. perghhh

Nurul Harun said...

good luck!~ :D

Muhammad Adam Rayyan said...

salam...

nak tanya pasal #action 3 tag tu la.
projek alpha tu suroh tweet pas tu include #action 3 tu apa ek? tak paham la. adam ni newbie lagi ni..mekasey yerr

hentakbelipat said...

ktrg xd twitter so xtweet pon..xgne pon bd 2..just post mcm biase je

hentakbelipat said...

ktrg xd twitter so xtweet pon..xgne pon bd 2..just post mcm biase je

TeRRoRRiZZ said...

sangat sangat suke sukan nih...
semue pemainnye nmpak gagah!!!!!!!
kecuali yang tulis pos nih!!!
huhuuhuhu...juzzz kidding....