Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Monday, May 10, 2010

SEGMENT KHAS DARKBATMAN: AKU PUNYA ENTRY BAEK PUNYA

Aku jarang nak masuk apa apa acara dalam arena maya ni. Sebab aku jenis bukan kaki main game..memang dasar muka selalu kalah..kalau tak reti main game panggil apa??kaki bangku?kaki busuk?..

Jadi aku nampak Darkbatman macam garang dan gagah suruh orang masuk game dia. Aku secara tidak malu saja cuba jaya..lagipun game ni bukan macam game sangat..dia lebih kepada mari perasan diri anda best..hahahahha..jadi tajuk sepatutnya adalah..AKU PUNYA ENTRY BAEEKK LA SANGAT PUNYA SANGAT..yeay..tapi Darkbatman sejuk habis sebab tu aku nak masuk juga sebab nak jadi sejuk macam dia..Tengok saja banner dia..sejuk kan.


Jadi setelah aku dan Petisuara bincang kencang dalam pemilihan entry..kami setuju memilih entry berjudul: Geng AL

Bukan senang nak buat pemilihan benda ni..macam pemilihan juara AIM juga tahap susah dia. Segala maksud maksud isi tersirat perlu ditafsir lancar. Jadi aku rasa entri ini menjadi taruhan. Ini kerana aku saja bagi orang luar tahu situasi yang seronok bila aku bersama dengan Geng AL. Dalam entry ini tiada sebarang faedah jua untuk orang luar. ..saja aku nak kongsi pengalaman aku dengan Geng Al. Bila besar nanti mana tahu tiba tiba ada orang minta ambil gambar sambil buat peace!!.Aku juga yang disebut sebut..Lagi satu Geng AL ini aku nampak berpotensi menjadi penggerak belia belia akan datang jadi sebagai pengenalan pertama aku pada orang luar lah kiranya. Lagipun aku secara jujur rindu pada mereka..walaupun hakikatnya bila balik rumah aku sangat bengis seperti paus sungai tapi dalam hati ada air pancut...."harith, hazith,haiman!!!!sabtu ni acuboy balik bawak cite Altromen baru!!!wargh!!!!!!!mari tengok sama sama!!!!"

Sekian lintas langsung dari kami....






Tuesday, May 4, 2010

PERADUAN CLEAN & CLEAR TOP BEST FRIENDS MODEL ASIA 2010 “CLEAN & CLEAR POSSIBILITIES UNLTD”

Jom kita usha satu contest yang pastinya akan membuatkan para gadis di luar sana menjadi teruja dan lantas menyiapkan diri untuk masuk contest yang super cool ini!!

PERADUAN CLEAN & CLEAR TOP BEST FRIENDS MODEL ASIA 2010 “CLEAN & CLEAR POSSIBILITIES UNLTD”


Biasa dengar Clean and Clear kan?bohong la kalau korang tak pernah dengar..korang duduk ulu mana ni..aihh..contest ni senang je..korang cuma perlu letak gambar korang bersama seorang BFF korang dan dapatkan seramai mana orang untuk vote gambar korang tu..senang bukan?tak sampai 10 minit dah boleh siap dah..tak amik amsa yang lama pun

meh sini I bagi cara-cara nak join competition yang sungguh cool ini

pegi website ni: http://apps.facebook.com/cleanclearmy/

nampak kan butang registration tu,so REGISTER cepat!!sebelum terlambat

Ok next step is korang kena upload gambar korang dengan BFF,,

Dah selamat upload,,apa lagi!!!ajak la semua orang pegi VOTE korang skunk!!!!jangan berlengah lagi..nak hadiah kan

Vote ok jangan tak vote

Ingat I saja-saja ke nak suruh korang join contest ni..mestilah sebab hadiah yang ditawarkan sangatlah lumayan..memang rugi woo kalau tak join..

tengok tu yang I highlight tu..gila kan..memang impian setiap gadis tu..siapa nak bagi korang free-free macam tu kalau bukan CLEAN AND CLEAR..dahlah senang je nak enter contest ni..kalau korang malas jugak tak tahulah..memang RUGI!!

ok sebenarnya I suruh korang masuk contest ni ada sebab lain..eheheh..sebab nak mintak tolong korang vote kan untuk kawan baik saya ni..tehee..marilah kita bantu membantu..hari ni kita bantu diorang esok lusa mungkin hari kita pulak kan?dah korang vote kawan baik I ni,,barulah korang join contest ni..if tak vote untuk diorang..TAK BOLEH JOIN contest ni!!

Macam mana nak vote kawan baik I ni?
kelik je sini dan tekan buatng VOTE!!!yeah..semudah itu..tak susah pun kan kita nak tolong orang?if tak boleh korang type je Khairatul Azwa dan tekan butang VOTE!!!


Ha,sekarang jangan buang masa..pegi VOTE untuk kawan I ni pastuh pegi join contest ni..OK??










Monday, April 5, 2010

My Favourite Sport

Lagi sekali aku di asak bertubi-tubi oleh Petisuara untuk post pasal Project Alpha Contest. Mentang-mentang laptop dia dekat aku. Baru nak cuba-cuba berenang atas tilam. Emphh!..Tapi kalau tak dibuat pasal ni ada juga aku kena pujuk bertubi-tubi..lagi hilang akal. Kalau korang nak tahu lagi lanjut benda alah Project Alpha selamba hentak SINI!!!

Kira tajuk dia memang mencabar minda. My favourite sport. Tahu-tahu saja aku memang jenis suka bersukan lasak. Lagi-lagi atas katil. Aku ada juga berjinak-jinak dalam sukan lagi ganas seperti berjalan ringan sambil bersiul-siul riang di petang hari. Tapi tak cukup peluh yang dihasilkan. Baik saja aku baring lagi atas katil.


Aku bukan tak suka bersukan, cuma sukan yang aku kira paling pandai adalah ragbi. Tak betul kalau tiap-tiap petang aku ajak member main ragbi. Nak carik satu pasukan pun belum tentu dapat, lagi-lagi main ragbi memang lasak habis. Ada juga budak-budak UTM cacat-cacat. Itu satu hal. Aku pula kalau dah naik hantu memang aku sondol habis semua, hatta pengadil sekali. Semangat berpasukan orang kata. Bila main ragbi kau jangan la sangka kau akan berbau harum macam kau main layang-layang. Sikit punya banyak peluh kau kumpul atas padang. Belum kira peluh rakan sebelah kau, rakan pasukan lawan serta pengadil. Lagak kau pun dah lebih kurang kerbau. Habis semua tanah kau sodok...Jadi aku ada nampak satu jenama yang memang boleh kau jadi 'hensem' masa lasak-lasak atas padang...


Memang kalau pakai alat-alat solek ni aku rasa lebih bertenaga serta yakin diri. Bukan setakat aku berjaya menyondol habis semua musuh, silap hari bulan aku boleh 'ngorat' juga gadis-gadis 'pom-pom' sebelah padang. Mana tidak, benda ni memang bagi kulit kau licin macam marmar, badan kau harum walaupun kau memang dasar berdaki, rambut kau berkilat macam rambut 'superman'. Memang dasyat!!!'Protection' dia bagi sangat menyeluruh. Kau kena pakai dulu sebelum bermain. Ini petua. Kalau lepas main pun kau boleh pakai, lagi licin habis kulit kau. Tapi jangan kau buat minuman pula. Mentang-mentang benda ni ada iras-iras tonik. Bau celahan ketiak juga boleh dijaga rapi. Berbaloi orang kata. Lagi satu, benda-benda ni boleh buat kau jadi garang sikit dekat padang. Ini semua kau kena ambil kesah. Sebab lagi garang kau atas padang lagi senang kau nak menang. Bila pakai pun baju adidas, letak lagi pencuci muka adidas, tambah celoreng jalur tiga dekat muka macam simbol adidas...'comferm' juara..

Garang-garang abang ni

p/s: Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions





Monday, March 22, 2010

No Sweat

Kira ini pertama kali aku terlibat dalam Project Alpha Contest. Petisuara memang semangat nak masuk benda ni. Kira ni hadiah aku untuk dia lah..Urghhh! Kalau koranng nak tahu lebih banyak pasal Project Alpha...CLICK SINI!

Tajuk aku minggu ini berbunyi agak berlagak..No Sweat wehh!!!..aku pun kurang pasti dalam bahasa melayu dia apa. Tiada peluh? Tiada Masalah? Tiada Halangan? atau Tiada Hal? yang utama kalau aku dalam keadaan gelabah pasti akan berpeluh juga. Lagi-lagi dicelahan-celahan sensitif. Kena pula matahari betul-betul atas kepala. Memang berlendir. Sikit punya panas kan Malaysia ni. Kalau jenis yang memang tak reti berpeluh aku agak dia lahir kurang cukup bulan. Tapi yang jenis berpeluh tak kena gaya pulak lain macam. Habis semua tempat dia nak berpeluh. Mohd Jasmin Fathi pun dalam golongan tak kena gaya. Makan gula-gula pun nak berpeluh. Cukup hairan aku. Sekarang dah korang tak perlu risau. Macam-macam benda dah keluar kat pasaran. Iklan pun dah banyak tunjuk cara-cara mengatasi masalah peluh berlebihan.

Bergaya bukan benda ni. Dicipta memang nak bagi korang kurang nafsu peluh. kalau jenis yang tak paham bahasa nak peluh jugak memang kena ada 'spare' dua tiga kotak dalam bilik. Kalau rasa nak lagi berfaedah benda ni korang boleh jugak ubah gaya pemakaian dia. Mat-mat rempit memang suka cara ni...bila agak-agak nak keluar dengan awek, guna benda ni dari hujung kaki sampai hujung kepala, temasuk buat pewangi ketiak, spray rambut, pewangi badan dan kalau lagi ganas boleh buat pewangi mulut.

Tapi orang yang jenis berpeluh memang bau badan dia kurang enak. Boleh juga beli benda ni banyak-banyak buat pewangi rumah atau kereta. Menarik! Kadang-kadang jenis suka lawa-lawa ni bukan pasti bilik diorang pun lawa. Lipas memang sah bersepah. Jadi benda ni memang dibuat khas untuk senang kejar lipas. Saiz dia pun kecik boleh sumbat celah-celah sempit. Aku ingat aku sokong tema benda ni No Sweat! Sebab benda ni memang serba guna. Kira betul la ayat aku mula-mula tadi. Tiada peluh! Tiada Masalah! Tiada Halangan! atau Tiada Hal!

p/s: Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions