Monday, March 22, 2010

No Sweat

Kira ini pertama kali aku terlibat dalam Project Alpha Contest. Petisuara memang semangat nak masuk benda ni. Kira ni hadiah aku untuk dia lah..Urghhh! Kalau koranng nak tahu lebih banyak pasal Project Alpha...CLICK SINI!

Tajuk aku minggu ini berbunyi agak berlagak..No Sweat wehh!!!..aku pun kurang pasti dalam bahasa melayu dia apa. Tiada peluh? Tiada Masalah? Tiada Halangan? atau Tiada Hal? yang utama kalau aku dalam keadaan gelabah pasti akan berpeluh juga. Lagi-lagi dicelahan-celahan sensitif. Kena pula matahari betul-betul atas kepala. Memang berlendir. Sikit punya panas kan Malaysia ni. Kalau jenis yang memang tak reti berpeluh aku agak dia lahir kurang cukup bulan. Tapi yang jenis berpeluh tak kena gaya pulak lain macam. Habis semua tempat dia nak berpeluh. Mohd Jasmin Fathi pun dalam golongan tak kena gaya. Makan gula-gula pun nak berpeluh. Cukup hairan aku. Sekarang dah korang tak perlu risau. Macam-macam benda dah keluar kat pasaran. Iklan pun dah banyak tunjuk cara-cara mengatasi masalah peluh berlebihan.

Bergaya bukan benda ni. Dicipta memang nak bagi korang kurang nafsu peluh. kalau jenis yang tak paham bahasa nak peluh jugak memang kena ada 'spare' dua tiga kotak dalam bilik. Kalau rasa nak lagi berfaedah benda ni korang boleh jugak ubah gaya pemakaian dia. Mat-mat rempit memang suka cara ni...bila agak-agak nak keluar dengan awek, guna benda ni dari hujung kaki sampai hujung kepala, temasuk buat pewangi ketiak, spray rambut, pewangi badan dan kalau lagi ganas boleh buat pewangi mulut.

Tapi orang yang jenis berpeluh memang bau badan dia kurang enak. Boleh juga beli benda ni banyak-banyak buat pewangi rumah atau kereta. Menarik! Kadang-kadang jenis suka lawa-lawa ni bukan pasti bilik diorang pun lawa. Lipas memang sah bersepah. Jadi benda ni memang dibuat khas untuk senang kejar lipas. Saiz dia pun kecik boleh sumbat celah-celah sempit. Aku ingat aku sokong tema benda ni No Sweat! Sebab benda ni memang serba guna. Kira betul la ayat aku mula-mula tadi. Tiada peluh! Tiada Masalah! Tiada Halangan! atau Tiada Hal!

p/s: Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions





5 comments:

kenwooi said...

all the best =)

Admin said...

no sweat...good luck

http://coretanmayaku.blogspot.com/

SUHAIDA SUPALIO said...

gud luck

jemput singgah..saya blogger baru
suhaidasupalio.blogspot.com
follow skali k.thanks

nursarah said...

gud luck~

ilyani said...

all the best for the entry! ^_^
come check mine too

ilyani.net

:)