Masa aku lahir, memang dah wujud tanda ni. Aku sendiri pun kurang pasti macam mana boleh jadi. Puan Bedah cakap cahaya dalam perut dia kurang 20% masa aku dalam tu... kira ada effect dekat situ. Satu lagi mungkin ayah Puan Bedah dan keturunan beliau memang ada tanda sebegini. Tanda lahir bawah mata aku ni makin lama makin merebak. Dulu mungkin 12% sekarang aku rasa dah boleh jadi 70%. Aku tak salahkan Puan Bedah. Sistem tidur aku pun kena ambil kira jugak. Zaman sekolah asrama tak 'style' la tidur awal. Masa malam baru jadi burung hantu. Itu belum kira pecah masuk aspuri dan dewan makan. Kira benda tu semua penyumbang juga. Satu lagi aku rasa warden sekolah aku ni kurang sikit tengok siaran-siaran kesihatan. Diorang tak belajar kot nak baca buku kena ada cahaya lampu yang hebat. Lepas pukul 11 dah kena 'light off'. Jadah apa.
Bila sudah besar aku rasa tanda bawah mata aku ni banyak menyebabkan kepincangan anggapan umum terhadap aku. Hilang sikit aku punya 'market'. Aku rasa kalau tanda bawah mata aku ni hilang..perghhh...memang pegi! Macam-macam dah aku dengar desas-desus caci nista orang awam pasal mata aku ni. Tapi aku buat-buat tak dengar. aku rasa memang susah nak dapat mata ni sekarang.
Budak-budak emo bukan main sibuk nak dapat mata macam aku. Aku ingat nak buka kelas khas bagi ajar budak-budak ni nak jadi mata macam aku. Tenang saja aku tak payah susah-susah tenyeh mata bagi lebam-lebam.
Bila ada mata macam ni aku kena lebih bertanggung jawab dengan penampilan aku. Sebab mata ni buat aku nampak lebih jahat sikit. Kira aku kena kemas-kemas pakai baju hari-hari. Ada satu brader ni 'sound' aku kata aku 'join' kelab makan darah kambing. Aku jawab "darah kambing kurang manis brader..darah kau aku ingat enak sikit"..jeling dia berlalu laju.
Puas dah aku guna macam-macam bagi hilang tanda bawah mata aku ni. Segala cecair aku dah sapu. Tak jalan juga. Pernah juga aku cuba petua ibu-ibu jamu ..letak timun, letak bekas teh, sapu bedak sejuk...memang BATAL!
Tapi sekarang aku dah tenang sikit. Ramai dah ada kefahaman tentang mata aku ni. Aku pun macam suka ada tanda ni. Siapa berani nak jeling aku lama-lama. Aku tenung sikit dah buat-buat pandang langit. Ramai dah budak-budak menggigil bila aku tenung. Belum kira brader-brader yang cuba pandang sinis dekat petisuara..aku laju balas pandangan brader tu.
Bila aku kaya besok aku ingat nak beli haiwan ni. Kira macam haiwan kesayangan aku la sekarang. Sebab dia punya identiti dah dekat-dekat sama. Tambah lagi haiwan ni suka makan tempe aku dengar.....
17 comments:
bodo. haha.
huk alos..
sedap ke tempe eh?
tanda tu jd cop sirim kan?
hehehe...
tempe sedap gilaaaaa!!!
aku saje ngadu pasal mate lebam aku ni kaled
huhuh..
mate aq pn lebam..
hahhaaa..
x ckup tdo..
asyk duk on9 je..
wakkaa..
terasa aku yang bermata panda ni..hehehe..xper, senang, xpayah pakai eyeshadow sesusah jer..
kunjungan persahabatan dari blog pribadiku...
hahhaha mata saya tak lebam.. tapi ade eye bag sbb lebey tdo.. hakhakahakhakahakahkaahaka
entri ni comel lah.
memang mata lebam boleh buat kite rase macam artist kn
i got this prob too
benci sgt2
mata i dah tahap paling kritikal
dunno wat to do
dah mcam2 buat
1 je belum buat lg
plastic surgery
jom buat jom!!
haha
baru first time dengo panda suke makan tempe bro~
heee3x..
:D
Assalammualaikum....
setiap manusia yang lahir pasti akan ada kecacatan dan kekurangan... kekurangan yang terang kita boleh lihat ialah dalam keadaan fizikal..manakala antara kekurangan yang tak dapat dilihat ialah hati manusia.. sebab tak semua hati manusia cantik seperti fizikalnya.. jadi.. bagi zool setiap manusia patut bersyukur kerana Allah itu Adil.. dan sentiasa memberi hak kepada hamba2nya...mmm
sengal...mata syaitonnn!!!hak hak hak
LOVE tempe too!
org jhr ka? hiks!
the ONLY way to combat eye-bags is to get enough sleep, and drink PLENTY of plain water, like really seriously.
no products ade untuk hilangkan eye-bags tu. itu either genetic or life-style. klu product utk kurangkan appearance tu oklah - only works if you buat ape yg i cakap kt atas tu.
:)
hahaha...panda mmg suke makan tempe lahh
ok!!aku try tidur awal la lepas ni..paling awal tu pkul bape la agak2 ea
kul 8.30 lepas isya'
LOLS
Post a Comment