Mungkin FunFair dekat Euro dah kurang peminat atau daya penarik nya. Sebab tu susah-susah diorang datang JB buka tapak FunFair. Sebelum siap pemasangan benda alah tu lagi petisuara dah menggila teruja. Dia memang suka sukan-sukan pening. Aku terkecuali. Malam Jumaat tiba-tiba nafsu dia dah datang, laju dia pujuk aku ajak pergi FunFair Euro tu. Aku ada rasa kurang senang sikit. Sebab benda ni aku belum mahir lagi bab-bab keselamatan dia. Lagi-lagi aku ada tengok satu filem pasal orang mati-mati dekat FunFair...Final destination 3 kot...Ahh Sudahh.
Puas aku 'control' gagah. Melangkah masuk benda tu pun aku cuba ubah gaya. Biar kurang nampak aku punya cemas. Tapi diorang ni memang nakal bab-bab nak dapat duit ni. Baru masuk kau dah kene kerat 3 ringgit..belum tentu kau nak main alat-alat dalam tu lagi.
Cukup berlagak pakcik tu 'kitai' duit orang kampung. lari 'budget' mat-mat rempit malam tu
Belum sempat aku nak atur strategi..petisuara dah pergi claim tiket sampai 8 ringgit. Dia kata dia nak naik yang paling hebat punya. Kalau aku nak buat-buat sakit perut pun dah tak sempat dah. Bersinar mata dia penuh teruja...Aku bukan apa.. Aku cuma kurang setuju aksi lasak macam ni dibuat malam-malam. Tambah lagi sikit pun peluh aku tak boleh keluar. Sebab tu aku kurang setuju. Petisuara tarik aku rakus sampai bawah satu jentera warna warni. Bila aku dongak atas aku macam nak pitam...
Bila benda tu mula beroperasi laju...aku ingat aku nak telifon dah Puan Bedah siap-siap minta maaf lebih kurang..Gila apa diorang cipta benda macam ni. Mana tak lemah pemikiran budak-budak zaman sekarang..Duh!
Akhirnya selamat juga aku dengan dugaan pertama..aku cakap pertama sebab baru kejap tadi petisuara bisik halus dekat aku dia kata " I sebenar dah lama tak naik buai..hikhik..I nak naik buai yang laju sikit...hikhik"....Emphhhhh!!!! Belum puas rupanya budak ni. Level pening aku pun belum turun dia dah tarik aku laju ke buai yang dimaksudkan...Mula-mula aku pikir apa sangat kalau buai. Dekat kampung dulu selamba aku berbuai sambil berdiri. Tapi bila aku tengok dia bergerak aku mula rasa geram dengan pengusaha ni..Gampang! Lagi laju tak boleh ke!!
Kau tengok amaran ni. Macam mana aku tak 'goyang'..awal-awal dah tunjuk simpton-simpton dia lepas main benda ni. sikit pun tak cakap kau akan rasa riang lepas main..
Aku cuba juga 'control' hebat. Keliling awek pulak tu..tengok diorang sikit punya happy..tak paham
Aku cuba juga 'control' hebat. Keliling awek pulak tu..tengok diorang sikit punya happy..tak paham
Petisuara masih belum puas. Tapi aku terus buat-buat hilang ingatan. Dia macam paham hasrat aku nak balik. Gila apa nak main lagi..ada aku muntah atas langit karang..Tapi masa aku nak balik aku ada nampak satu benda yang macam lebih aman sifat dia. Aku pun lebih kearah cintakan haiwan. Kalau lain kali petisuara ajak dating aku nak main benda ni jelah...baru la romatis..
11 comments:
adakah anda takut naik benda2 nih??
hahah
u tak cuak ke naik benda tu?huhu kalau i mau terkencing :P
bukan tkt atau cuak..cume xberapa yakin...salu kalau kita syubahah kena jauhkan betul
haha lom nek rollercoaster g hehe
Assalammualaikum... saya tak pernah pergi funfair.. saya rasa..saya pun tak berani...naik benda2...mmm
hahaha comell kot.....peti suara sgt hebat.;D
aha. bravo cik petisuara!! hiks. :P mr hentakbelipat, u need to learn from her braveness, kang da kawen kowt2 you plak yg pengsan if wife na bersalin.. hehe :P
wowowowowo.....best tuh.......
tapi kalau g genting berani sikit.mungkin kene sejuk dulu baru berani
rasenye genting the best kan? :D
merry-go-round? itu je yg u berani?
NOOOOOO F WAAAAYYYYYYYYY
Post a Comment