Tuesday, May 18, 2010

Embun


Harini pasti bukan macam semalam. Aku memang tak mahu hari Selasa sama macam hari Isnin. Aku dapat bangun pagi..nasib bunyi telipon hasil ihsan orang dapat berbunyi. Memang neraka betul manusia yang rembat telipon aku...

Selesai buat apa yang wajib. Capai laju paket segera jenis 3 dalam 1 kopi cap coffemix..memang pegi hirup kopi panas panas. Aku cukup suka waktu pagi. Bukan senang nak dapat situasi pagi. Semalam dah batal..sebab kalau batal waktu pagi aku belum tentu waktu lain aku menjadi. Jadi kena hargai waktu pagi ini cukup cukup. En Carls masih menghargai waktu pagi dia di bawah lantai dengan ditemani selimut lembut..kadang kadang situasi macam itu pun lebih sedap..tapi harini aku nak mula macam ini. Hirup lagi kopi.

Bukan maksud aku hari Isnin tak style. Kapitalis barat terlalu menghebahkan dengan Monday Blues nya. Bukankah dalam pegangan kita Isnin perlu menjadi pemulaan...kalau bukan Isnin biar Selasa. Style apa bila bangun pagi buta. Semua benda kau boleh dapat, boleh buat. Aku dapat minum kopi, minum air kosong, masuk toilet dengan Pall Mall dekat tangan..termenung. Brader sebelah bilik pagi betul dia mandi. Tempias dia sampai dekat aku.Bukan tempias tapi lebih kepada simbahan. Habis padam Pall Mall aku. Nasib ini pagi. Kalau tengahari aku dapat mandi free mungkin perut kau aku buat cucuh bara Pall Mall...

Bukan semua benda kita boleh dapat bukan? Jadi biar aku 'dapat' pagi ini. Nanti nak jemput Petisuara dengan senyuman mesra. Baru dia pun senang..sekarang waktu waktu sindrom nak mengamuk dia berlangsung..kalau silap langkah memang kembang rambut dia..Jadi biar aku dan dia dapat sedikit apa yang mahu pada hari ni...







15 comments:

.::WaNiE::. said...

ye ye isnin adalah hari permulaan

monday blues boleh merosakkan minggu terus hahaa

Carl Samsudin said...

tapi aku bangun lambat. tdor awal dah semalam. aku pon nak bangun pagi la lepas ni. btw mang cibai oran gmand mesti teperecik tengah syok berak. haha. style2!!

Unknown said...

monday blues tu apa?first time dengar...

Hizami Li said...

ahha.
monday blues.
aku pun ada.
;)

hentakbelipat said...

monday blues tu adalah perasaan yang sant damm.
carl:kau dah kene ke percikan tu..mmg damm

Carl Samsudin said...

percikan sial 2. nasib baik bukan atok mase K11 dulu. hahaha.

oshinz said...

bangon pagi-pagi baru semangat nak wat keje. kalo bangun lambat rase cam nak tros tido sampai malam. lemau je..

spek pink said...

kesian awk,telipon kena curi ker... adui,dasar pencuri ni mmg xpnh tobat...

NurSya said...

errkkk..monday blues?? hmmmm

Nand Nasyari said...

isnin ari mls..hahah :P

Chaon Cornerz said...

mulakan hari dengan senyuman.. :)

hentakbelipat said...

yeee..mari bersenyum2 selalu hehehe

Cik Lily Putih said...

sedapnya bau kopi, segar rasanya kan!

Cik Ina Do Do Cheng said...

senin hari yang paling malas.sebab dah cuti dua hari.

Anonymous said...

yay! ade orang layan the smiths! woot woot!