Wednesday, May 12, 2010

Hari ini hari Jururawat


Kalau aku jadi jururawat hari ini mesti aku dah beli kek yang ada tulis Selamat Hari Jururawat Untuk Aku lepas tu tiup lilin sorang sorang jerit warghhh!!!! Seronok kan sebab hari ini hari Jururawat.

Aku sampai sekarang sangat kurang geng dengan jururawat. Aku bukan diskriminasi atas pekerjaan diorang. Ini kerana aku mempunyai perasaan yang sangat cilake bila nampak jururawat. Lagi pegi perasaan itu kalau jururawat tu keluar dari klinik pergigian..perghhh..ini boleh buat batal!

Memang Bonda aku sendiri merupakan seorang engineer dalam membuat gigi palsu. Kau mintak saja gigi jenis apa kau nak..pejam mata saja dia bikin. Pernah masa aku lepak dalam lab bonda, pesakit ini mahu berterima kasih kepada beliau.."khak..hehimaa phsehh laa yeee...kheronok hapat ghighi ni.." sumbing telinga aku dengar jadah apa dia cakap..lepas tu mak aku steady bagitau.."mak silap balancing la gigi mkcik tu..habis senget mulut dia dah"...steady...Besok aku rasa baru makcik tu perasan mulut dia lari alingment.

Jadinya sejak kecil lagi mak aku dah bagi panduan cara cara memberus gigi dengan hebat..kejap berus cara ini dan cara itu. Walaupun aku ikut berus cara ini dan cara itu aku tetap memiliki gigi yang sangat chibeey. Badan gemuk dan gigi raksasa....Lalu sinonim bila rakan rakan panggil aku..Aboy gemuk gigi rongakkkkk ooooo aboy gemuk gigi rongakkkk!!!!..tak reti malu boleh sambut jawab yeee lari bergendut gendut tunjuk senyuman yang haram J.

Mak aku sangat angker bila kejadian gigi aku berlaku. Lantas laju dia setting dengan minah minah jururawat yang lain nak settlekan aku. Hari yang ditetapkan Bonda... aku macam tak pikir apa sangat. Aku mula mula berlagak 'hero' jalan gendut gendut masuk dalam bilk pesakit. Tenang saja aku duduk atas kerusi pesakit. Aku tengok doktor dan jururawat tu senyum kat aku. Aku malas senyum sebab aku dah set aku 'hero' hari tu. Doktor tu tanya aku.." adik comelll apa nama??" Ceh saja nak 'game' aku la tu..padahal hari hari aku lepak sini tak kan tak tahu. Aku jawab simple.."aboy anak cik Bedah pembuat gigi palsu"..Doktor tu tanya lagi.."cuba buka mulut adik luas luas..ngaaaaaa"..aku turutkan saja..hero kan.

Bila aku dah nganga aku macam kurang rasa enak bila aku nampak ada jarum sana sini atas muka aku. Ini sudah masuk perangkap!! "wei!! wei!! ini apa main jarum jarum ni..saya bukan sakit pun"..aku cuba 'sound direct'. Jawapan yang aku terima kurang memuaskan...Aku cuba 'calmdown'..cuba cari cari jalan penyelesaian..bila aku nampak diorang leka..aku terus mengatur langkah serangan..aku dengar sayup..." BEDAHHHHHHHHH ANAK KAU LARI LAHHHH...TANGKAP DIA CEPAT!!!!!"............aku kalah dalam pergelutan. Sebab aku ingat ada brader pakai baju coklat dengan tangan besar berbulu kemas dia cekup aku. Aku duduk balik atas kerusi macam mula mula. Tapi aku cukup marah bila jururawat tu nak suntik mulut aku..perghh..mengelupur beb!! ada juga 6 orang datang pegang aku..baru kau tau aku hero jauh mana..sempat aku bagi gigitan berbisa dekat lengan salah satu jururawat..tapi aku kalah juga. Tahu tahu saja aku rasa mulut aku membengkak macam Ning Baizura cakap sengau sengau..ceh..


Sekarang aku dah gagah. Walaupun begitu, tobat aku taknak pergi hospital pergigian atau klinik swasta. Puas Petisuara paksa manja pun aku tak mahu....







Kalau macam gini punya jururawat cabut lah semua gigi aku pun tak apa!..
Stylee ennn style enn!





30 comments:

Kniedaz said...

hehe..anak akak yg tujuh tahun tu dah 2 kali cabut gigi..skang ni asyik ajak kami g klinik gigi je sebab gigi dia dah goyang tahap gaban..org kata kalau first g klinik dah fobia, sampai tua pun fobia ^_^

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

mana petisuara pergi eks?

hehehe~

aku hari ni pakai baju PBSM< maka rasa tempuas2 gak~

FiesyaaChacha said...

wahhh if sume staff nurse kt mesia neyh sexy cemtu, rmai lerr laki dok wat2 saket jerr.. hehe :P

Nand Nasyari said...

gedik yg amat hentakbelipat..kang kene lesing ngn peti suara baru tau..hak3.. :P

slmt hari jururawat.. ;D

Hizami Li said...

ahha.
takut jugak nak kena cabut gigi.
ahha~
:)

petisuara said...

patisuara ade je ni kak zara..hihi

hentakbelipat said...

ahhah..kneidaz: saya buka fobia kak..tu memang oenyakit keturunan
nand: bukan gediks la..mergoyan je lebih..
fiesyaa: kalau bukan nurse pun bole je pakai camni kan.

Lucy S. said...

amboi2, nk nurse yg cantek2 je :))

Pemilik Cinta said...

tkot jgk dgn nurse gigi.. time skolah klu diorg dtg mmg x sng duduk da.. huhuh tp seb bek smpi skang x pnh ad mslh.. ada x jururawat kacak?

Stargone said...

Itu sebab lar aku malas nak gi klinik pergigian walaupun gigi aku dah banyak lobang sana lobang sini.. wahahaha!

- elina - said...

klau dpt nurse yg hott tuh,dh xda gigi pn mst still nk pegi cabut ggi..
;DD

Milimilo said...

doktor paling skeri adelah doktor gigi.nurse gigi pn samelah.ske lari bile kne cek gigi zmn skolah dulu.heeee

NurSya said...

nurse jahat la skrg..hukhuk..dorg layan pesakit xfriendly lgsg..!! cm xikhlas je nk wat keje..sbb 2 aisya xske g klinik selain klinik swasta..hohoho..;p

Aduka said...

if nurse pkai camtu, tiap2 ari aku pg bhai..
miahaha..
=P

hentakbelipat said...

jururawat mesti lah tidak mempunyai jerawat kan??

Unknown said...

dulu aku ada skandal dengan nurse...jangan kasi tau bini aku tau...ni cerita betul...hak3

XYZ said...

aku nk jururawat lelaki yang kacak lagi bergaya... lalala

Tupai Karan said...

boo.. boo.. nak yg lawa2 ja.. haha.. xsangka hg rongax..

petisuara said...

ahahahha..lawak lah krg ni..
scandal dgn nurse itu sgt hot!wow..huhu

xsngke ramai laki yg tkot cbut gg ea...apa da..

jururawat laki mcm xpnah jp lagi la yg hensem..kalau jp tlg bgtau ea..trus mtk msuk hosp..huhu

Usy@M^^ said...

jururawat bnyk yg cun2..hehehe..

Nurelle said...

haha, klu jururawat llaki yg hensem, mesti tiap2x hari ramai aweks dtg check gigi, hehe :P

hentakbelipat said...

tupai: mane ade rongak!!!ilang satu gg je..tu pun jarang2 nampak

hanaKir@ said...

hahaha..xle blah

uncle said...

uncle tak peduli hari ni hari jururawat tapi uncle peduli tang jururawat kat gambar bawah sekali..macam screensaved desktop yg pernah uncle donlod dulu nih hahahahha

Aiza Syahida said...

haha.terbaikla wok!!sakit perut gelak.=)

Amirah Rashid said...

tak sgka takut dgn jarum. hee ;D

Propito.com said...

kalau jururawat cantik, cabot gigi pun rase macam kena usik je.. hehehe...
kalau 1 jam tunggu, rase macam 30 minit je.. :p

Chaon Cornerz said...

hahha.. jururawat cantik punya pasal.. buat2 sakit teruk.. bleh duduk situ lame2..

honey amour said...

dulu tak suka nurse now bole la cket2...

Neyra Shazeyra said...

nurse day`~~~