Monday, May 31, 2010

Sekolah Asrama Itu Seram: Bab 2 - Meremang lagi


Matahari dah semakin meninggi ke langit biru cair. Kelibat budak-budak lelaki muka basi beransur-ansur buat barisan dalam dewan makan. Makan tengahari hari sabtu adalah perkara yang paling ditunggu-tunggu. Kalau miss memang bawa ke arah batal satu hari. Siapa yang tak mahu makan nasi ayam warna kuning dengan ayam masak madu. Kerak ayam madu tu kalau buat ulam memang pegi.


Gores dan Yuyu awal-awal lagi dah tempah port betul-betul bawah kipas. Nasi ayam warna kuning diorang dihantar secara percuma oleh budak tingkatan empat. Lagak abang besar kena ada..


"Akhu hak nampakh pulakh figong ini hari...apehal??" soal Gores. Habis besepah tembikai merah sedang dikunyah Gores atas meja.

"Tu lah..kalau tak, time ni dah 2 dulang die bedal..kesukaan die menu hari ni" jawab yuyu. Ada seketul biji tembikai lekat di kening yuyu. Yuyu bukan tak sedar, tapi dia kalau boleh nak balun nasi tu cepat-cepat. Benda lain ditolak ketepi dulu. Herot-berot muka Yuyu akibat sifat gelojoh.

"Dengar cite Bigong ada mimpi pelik malam tadi..itu yang die kurang waras....ishh..seram aku. Ini aku rasa ada kena mengena dengan kes itu hari la". Gores menjawab dengan memalingkan wajah. Tak saggup benar dia melihat iras rupa Yuyu time itu. Hilang selera makan.


Gedebang!!!


Bergema satu dewan. Bercempera budak tingakatan empat berlari masuk bawah meja. Keadaan hinggar benar. Macam bunyi earthquake gamaknya. Gores dan Yuyu paling mahir bab-bab menyelamatkan diri. Tau-tau saja dah hilang dari tempat makan. Nampak Gores sedang memanjat dinding blakang dewan dengan kuku jemari. Lagak tak tumpah macam biawak tanah. Yuyu tak pula menyimpan kuku sepanjang Gores. Lantas Yuyu mempraktikkan hikmat jelmaan diri. Jadi betul hikmat Yuyu. Saling tak tumpah macam tiang mikrofon.


"Psttt...Yuyu! kau steady tau!" bisik Gores. Sempat mengelap peluh cemas di dahi.

"Iye..aku steady" Jawab Yuyu acuh tak acuh.


Nun disudut dimana bunyi misteri terhasil, kelibat makcik dewan makan terperosok di dalam longkang. Badan makcik tersebut yang besar menyebabkan rekahan di tepi-tepi bucu longkang Meleleh darah disegenap rongga makcik dewan makan. Perit benar wajahnye menahan kesakitan.....Impak yang dasyat. Habis berterabur ayam madu yang cuba diseludup makcik dewan makan. Untuk jiran-jiran barangkali.


"Aku dah kate Yuyu...sejak Bigong azan pagi tadi macam-macam benda pelik yang jadi. Aku ingat nak pegi jumpa Ustaz Terminator la. Mana tau dia ada tindakan susulan". Cemas Gores menuruni dinding. Patah-patah kukunya.


Yuyu hanya mampu diam membisu.
Cuba diingat kembali hikmat menjelma kebentuk asal..tapi tak berjaya. Kemungkinan Yuyu terpaksa menyamar lagi dalam 3-4 hari.


*****


Sipil langkah laju. Tidak dipedulikan langsung gadis-gadis separa matang yang menjelingnya. Matanya berurat. Sambil itu mulutnya tak henti-henti berkumat-kamit membacakan sesuatu. Langkah dia terhenti di tepi dewan makan....Dilihat tiang mikrofon itu iras-iras benar macam Yuyu.



"Khayalan masa permainan iblis". Monolog Sipil seraya meludah kiri dan kanan. Langkah diteruskan menuju ke bilik rawatan pesakit pelajar lelaki. Khabar yang menyatakan Loki sudah boleh terkebil-kebil kelopak mata semenjak dia koma 2 hari lepas membuatkan Sipil ingin berjumpa dengannya. Banyak persoalan yang mahu ditujukan berhubung dengan insiden 2 hari lepas.


Ditinjaunya dulu bilik sakit. Dia kalau boleh mahu 1 by 1 dengan Loki. Diragut pantas bunga lalang ditepi bilik tersebut sebagai buah tangan....Langkah kanan Sipil mulakan. Perlahan dia bergerak kearah sahabat baiknya itu....Loki menyedari Sipil datang. Dibuat-buatnya tak sedar. Konon-konon macam terkejut.


"Kau semakin pulih sahabat?" Sipil bertanya sopan. Dihulurnya bunga lalang tadi.

"Modulus Oblagantaku masih belum dapat beroperasi 100%. Tapi aku semakin pulih. Terima kasih wahai sahabat...apa hajat kau datang?" Loki padahal dah tahu niat Sipil datang, comperm ingin membuat sesi soal jawab. Tapi Loki sikitpun tiada nafsu mahu bercerita tentang kisah silam yang menimpa dirinya dan juga Bigong.

"Baguslah...aku belum berpuas hati dengan khabar angin. Aku kalau boleh nak dengar dari mulut kau juga. Storyla sikit dekat aku..kedeng!.." Sipil bertindak agak hilang sabar.

"Aku bukannya tak nak cerite..aku belum boleh ingat lagi seratus peratus. Tau -tau saja aku dah terbaring kat sini. Kau tanyalah Bigong....budak itu pun ada sama aku waktu itu." Dalih Loki

"Bigong dah semakin aneh..becakap pun tidak..asyik termenung aje kejenye". Sipil mencari-cari makanan di tepi katil Loki.... Selalu orang sakit memang dihujani biskut-biskut merry.

"Hmm..pelik.....aku serius tak ingat sangat..tapi aku ada perasan satu benda. Sebelum aku pengsan, aku ternampak satu bungkusan aneh warna putih susu dekat bilik setor. Aku baru nak try ambik, tapi belum sempat apa-apa aku ada terhidu bau cukup wangi. Seingat aku, memang aku jenis bangsa tak reti pakai minyak wangi..Bigong apatah lagi. Lepas itu aku dah tak sedar dah". Jelas Loki panjang lebar.


Sipil masih tak berpuas hati dengan penjelasan Loki. Masakan hanya kerana bungkusan putih boleh buat kedua-dua budak itu hilang akal. Ditenungnya Loki dalam-dalam. Terus Sipil berlalu. Sambil berjalan keluar, dilihat awan makin mendung petanda hujan. Tapi belum tentu mahu hujan. Azam dihati disimpan rapi. Cerita hangat Sipil dan Loki perlu diketahui dengan segera.






23 comments:

-telordibasuh- said...

hehe..best..tapi ngn bace2 tengok nasi ayam.haha..hmm lapooooooo

NaNaJoe said...

huhuhuhu~~ ade smbungan lg ni ye?
gud in writing~ keep it up!!~~~ :)

Ogy said...

sedappp betul tgk nasi ayam tu..huhuh....adehhh duk tgk yg len pulak...

hentakbelipat said...

hehe..thanks sbb bace..nak tau sambung2 die lagi keep on view blog ni lah..hehehe

Ahmad Tajuddin Abdullah said...

giler seramm....nak terkencing aku...

Salmia said...

hoho.. nak nasi ayam tu.

Mommyyus said...

xsabar nak tunggu sambungan..

Little Xha said...

cian kan yuyu tuh. emg kene jadik eh tiang mikr0f0n? hahahaha. klakala. :P

.::WaNiE::. said...

sambung sambung

tp gambar nasi ayam tu adoii bikin lapar ok

nurul nadia said...

wei korang, belom seram lg laa..tunggu klimaks...

nUR_rOsALiNdA said...

Adeh!! terlapar balik tgk nasi ayam tu

hentakbelipat said...

hahaha...nak seram cepat2 ke???

tiefazatie said...

haha..stakok..cite xleh blah..mcmana ko blh hebat bercerita nie??hihi

nurul nadia said...

bley gak..seram, pastu seram-seram. ending lagi mau seram seram seram seram seram..huh..penat taip.

wadud@duad said...

citer dah sempoi.. tapi asal ada gamba nasik ayam?? huhu.. wat teringin daa, :-)

Encik Tikus said...

bersabar menunggu the next story

belalang hijau said...

pandai la buat story ala klakar seram nih...

mmg best baca...

Kie-yu said...

ada potensi tulis novel ni
keep it up!

zither said...

ada pulak visit org sakit bagi bunga lalang.. hadoii haha..

patut lah dy xnk cter..

tahniah abg HB, bestlah!

hentakbelipat said...

sambungan die nanti aku post oraite...chil2 dlu

NICK IRFAN said...

kesian mak cik tu jatuh longkang? adoi.. eh! kenapa dgn loki dgn bigong? nape nama kwn2 ko pelik2 la... hehe

efy said...

aku gi bc entry ni bulan puase pehal? adoi. x leh blah tgk nasi ayam tu!!!

Tqa said...

aku tak sabar nak tau pe y bakal jadik pasneh.